Bab
3: Adab Kepada Al-Quran
1.
Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan
ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan
yang tertinggi.
2.
Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t.
yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul
akhir zaman.
3.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-
" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari
qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)
4.
Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat
keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.
5.
Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan
keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan
keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud
:
" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya"
(Riwayat Bukhari) " Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang
pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)
6.
Adab - adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah :-
i)
Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati
dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah
s.a.w. yang bermaksud :-
" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)
0 komentar:
Posting Komentar