Bab
4: Adab Terhadap Rasulullah s.a.w
i)
Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi
Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah :
“
Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah
dan Rasul-Nya.....”
( Al-Hujurat 49:1 )
ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat
dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“
Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada
Rasul...”
( Muhammad 47:33)
iii)
Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti
dalam firmannya :
“
Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa
kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang
telah Allah wahyukan kepadamu.....”
( An-Nisa’ 4:105 )
iv)
Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik
akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri
dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan
sempurna.
Beberapa
cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
Hendaklah
mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya
dalam urusan dunia dan agama.
Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai,
dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya
disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya
dan menghargai sifat-sifatnya.
Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada
soal agama dan dunia
Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang
menziarahinya.
Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai
Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka
membenci Nabi Muhammad S.A.W.
( Rujukan : Bimbingan Mukmin )
0 komentar:
Posting Komentar