Bab
5: Adab Terhadap Diri Sendiri
Kaum muslimin
percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada
perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta
kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan
dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :
“
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan
sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)
Rasullullah
bersabda :
“
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa
terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan
menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar
kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik
hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)
Oleh yang
demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan
membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih
dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang
buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui
untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :
a.
Taubat
Taubat yang
bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala
dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi.
Seperti firman Allah yang bermaksud:
“
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan
taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)
Dan sabda
Rasullullah :
“
Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat
setiap hari seratus kali ”
( Muslim )
b.
Muraqabah ( Pengawasan )
Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan
diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa
memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan
keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah
dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :
“
Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas
menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan
.....”
( an-Nisa [4] : 125 )
Rasullullah juga bersabda :
”
Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila
kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”
(Muttafaq ’alaih)
c.
Muhassabah
Melakukan
perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan
demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat
perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang
dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah
segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan
membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap
diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan
membersihkan diri
Allah berfirman
:
“
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari
esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)
d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)
Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu
Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan
menjauhi kebaikan.
Allah telah
berfirman :
“
Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya
nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....”
(Yusuf [12] : 53 )
Sebagai umat
Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan
sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan
tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :
“
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat
baik.”
(al-Ankabut : 69)
Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah
demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram
serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.
0 komentar:
Posting Komentar