Bab
1.3 : Peranan Muamalat
Mewujudkan masyarakat yang aman
dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan
berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat
yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli
harta dan sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam
demi kesejahteraan umat manusia.
Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan
berlakunya sebarang penindasan sesama
manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan
yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan
bersih daripada sebarang perbuatan yang
dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan
perkara-perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu
atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah
s.a.w “Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada
punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak
akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya”
(Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)
Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia
yang berakhlak mulia dalam menjalankan
suatu amanat Allah s.w.t.
Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan
Allah s.w.t dengan cara yang betul dan
diredhainya. Sekiranya tiada peraturan
bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh
harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut
nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
Mengalakkan manusia supaya rajin
bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga,masyarakat
dan negara.
Melahirkan masyarakat yang saling
bekerjasama, tolong –menolong dan bantu-membantu
untuk kebaikan dan kebajikan bersama.
Supaya harta kekayaan yang disediakan
oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan
tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat
dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing
asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t
0 komentar:
Posting Komentar