Keluasan Neraka
Yazid
Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang Kepada Nabi
saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi
orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur
itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail,
jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan
Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga
hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang
jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu baju
ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh
pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari oranglaki-laki
dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu
terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak
perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya
Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab
Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang
musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama
Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam
tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.
a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar
dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih
boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan
panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
> 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat
mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4.
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000
bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai
70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap
pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh
70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.
|
0 komentar:
Posting Komentar