Pengertian Wali
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan semesta alam yang menurunkan
barakah dari sisiNya kepada mereka yang Ia sendiri menghendakinya.
Limpahan selawat dan salam ke atas penghulu sekelian Nabi dan Rasul,
Saiyyidina Muhammad s.a.w. yang menjadi bukti kewujudan barakah di dalam
kehidupannya, juga ke atas keluarga dan para sahabat dan seluruh
pengikutnya yang mempersaksikan dan menimba barakah dari sisinya.
Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah melimpahkan rahmat dan
memberikan nikmat yang tiada terhingga bagi kita sehingga dapat
mendalami ilmu-ilmu Allah s.w.t. yang berkurun-kurun lamanya telah
diwarisi oleh para ulama, wali-wali dan orang-orang saleh sehingga kita
dapat mengamalkannya dalam rangka kita meningkatkan tahap pengabdian
kita terhadap Allah swt.
Dalam setiap era kemodenan, kehidupan
manusia sentiasa berkembang ke arah kesempurnaan, sehingga terwujudlah
adat-istiadat, pengetahuan, budaya, moral, kepercayaan, aturan
kemasyarakatan, pendidikan, undang-undang dan pemerintahan. Dalam
perkembangannya, aturan moral ini tetap mengalami pasang surutnya.
Namun, setiap kali mengalami masa surutnya, pasti akan muncul
insan-insan yang digelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang untuk
mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi , sehingga nilai-nilai
ini diserapi kembali ke dalam jiwa manusia.
Perkembangan adat
dan nilai akhlak ini terjadi pula di kalangan dunia Islam sejak Allah
s.w.t. telah menjelaskan bahwa Nabi saw mempunyai moral yang paling
sempurna . Nabi s.aw. pun mengenalkan dirinya sebagai utusan yang akan
menyempurnakan keperibadian moral dan akhlak. Justeru itu, Allah s.w.t.
telah menyeru umat Islam untuk menjadikan RasulNya sebagai insan yang
sentiasa dicontohi. Nabi Muhammad s.a.w. telah berhasil membina
sahabat-sahabatnya menjadi manusia-manusia sufi yang boleh dibanggakan
di hadapan seluruh umat manusia. Padahal pada waktu sebelumnya mereka
adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di tepi jurang neraka.
Tentunya keberhasilan beliau itu tidak lain karena bantuan Allah dan
bimbingan Baginda s.a.w.
Dalam kehidupan sehariannya Nabi s.a.w.
menyeru dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu prihatin,
berharap penuh keridhaan Allah dan kesenangan di akhirat, dan selalu
menjalani kehidupan sufistik dalam segala tingkah laku dan tindakannya.
Kehidupan sufistik ini dilanjutkan oleh generasi tabi'in, tabi' tabi'in
dan seterusnya hingga kini. Perjuangan Rasulullah s.a.w. tidak berhenti
setakat masa hidupnya sahaja, namun segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai
akhlak Islamiyyah telah diwarisi oleh wali-wali yang sentiasa mendokong
dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. sepertimana yang disifatkan
oleh Allah s.w.t. dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi : "Wali-waliKu berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku".
Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka
merupakan para kekasih Allah yang terdapat di seluruh pelusuk bumi di
mana sahaja terdapat orang yang beriman. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah mereka
sebagaimana tercatit dalam kitabnya Fatawa Ibnu Taimiyah : "Wali
Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah Ingatlah
sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri mereka
dan mereka tidak merasa khuwatir. Mereka beriman dan bertaqwa kepada
Allah, bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya,
penciptaanNya, izinNya, dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang
lingkungan agama. Semua itu kadang-kadang menghasilkan berbagai karamah
pada diri mereka sebagai hujjah dalam agama dan bagi kaum muslimin, tapi
karamah tersebut tidak akan pernah ada kecuali dengan menjalankan
syari'at yang dibawa Rasulullah s.a.w."
Kedudukan wali hanya
dapat diberikan kepada orang-orang yang telah nyata ketaqwaannya.
Sementara orang yang nyata telah melanggar syari'ah tidak dapat
diberikan kedudukan yang mulia ini Sayangnya, di kalangan manusia,
ada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah wali dan memperoleh karamah
dari Allah, padahal dalam kehidupannya sehari-hari mereka tidak
melaksanakan syariat Islam dengan baik sehingga mustahil bagi Allah
untuk memberikan darjat ‘wali' kepada orang seperti ini.
Yang
perlu diwaspadai juga, syaitan pun dapat membantu manusia untuk
mewujudkan keajaiban-keajaiban di mata manusia. Itulah yang dinamakan
sihir. Syaitan pun berupaya membantu seseorang menghilang dirinya dari
pandangan orang lain, dan juga memberi maklumat kejadian yang akan
datang. Dan inilah yang sering dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak
beriman untuk menipu manusia.
Maka, peri pentingnya bagi umat
Islam mengetahui juga akan perkara-perkara luar biasa yang wujud di alam
ini supaya dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Para
wali-wali Allah juga diberi kurniaan yang luar biasa dikenali sebagai
Karamah. Karamah adalah sesuatu pemberian Allah swt yang sifatnya
seakan-akan dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan
melakukan hal-hal yang luar biasa yang diberikan kepada orang-orang yang
dikasihiNya yang dikenal sebagai wali Allah.
Mudahan-mudahan
dengan pembentangan secebis pengetahuan tentang wali-wali Allah dan
karamah mereka ini, pintu keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka
bagi kita, sehingga dapat kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita
kepada Yang Maha Pencipta.
PENGERTIAN WALI
Dari Segi Bahasa
Wali dari segi bahasa bererti :-
1 Dekat. Jika seseorang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah,
dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah
menjadi dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan pemberianNya, maka di
saat itu orang itu menjadi wali.
2 Orang yang senantiasa dipelihara dan dijauhkan Allah dari perbuatan maksiat dan ia hanya diberi kesempatan untuk taat sahaja.
Adapun asal perkataan wali diambil daripada perkataan al wala' yang
bererti : hampir dan juga bantuan. Maka yang dikatakan wali Allah itu
orang yang menghampirkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan apa
yang diwajibkan keatasnya, sedangkan hatinya pula sentiasa sibuk kepada
Allah dan asyik untuk mengenal kebesaran Allah.
Kalaulah dia
melihat, dilihatnya dalil-dalil kekuasaan Allah.Kalaulah dia mendengar,
didengarnya ayat-ayat atau tanda-tanda Allah.Kalaulah dia bercakap, maka
dia akan memanjatkan puji-pujian kepada Allah. Kalaulah dia bergerak
maka pergerakannya untuk mentaati Allah. Dan kalau dia berijtihad,
ijtihadnya pada perkara yang menghampirkan kepada Allah.
Seterusnya dia tidak jemu mengingat Allah, dan tidak melihat menerusi
mata hatinya selain kepada Allah. Maka inilah sifat wali-wali Allah.
Kalau seorang hamba demikian keadaannya, nescaya Allah menjadi
pemeliharanya serta menjadi penolong dan pembantunya.
Siapakah yang digelar wali?
1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin menyatakan "
Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat".
2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah. Baginda
mengatakan "Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat
Allah".
3. Abu Bakar Al Asam mengatakan "Wali-wali Allah itu
adalah orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula menjalankan
kewajiban
penghambaan terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru manusia kepada Allah".
Penggunaan Istilah Wali Dalam Al-Quran.
"Allah adalah wali bagi orang-orang yang beriman".1
"Dia menjadi wali bagi orang-orang shalih".2
"Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas orang-orang kafir".3
"Yang
demikian itu adalah kerana Allah itu adalah wali bagi orang-orang yang
beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi mereka".4
"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya".5
1 Surah Al-Baqarah: 257
2 Surah Al-‘Araf: 196
3 Surah Al-Baqarah: 286
4 Surah Muhammad: 11
5 Surah Al-Maidah: 55
Dari
semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali, orang mukmin
disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi tugas melindungi dan
memelihara anak kecil juga disebut wali. Demikian juga orang yang lemah
yang tidak dapat mengurus harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara oleh
keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu juga dipanggil wali.
Penguasa pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut
wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya
juga disebut wali.
Lantaran itu dapatlah kita mengambail
kesimpulan makna yang luas sekali dari kalimat wali ini. Terutama sekali
ertinya ialah hubungan yang amat dekat(karib), baik kerana pertalian
darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau kerana kedudukan,
atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang karib. Allah adalah
wali dari seluruh hambaNya dan makhlukNya, kerana Dia berkuasa lagi
Maha Tinggi. Dan kuasaNya itu adalah langsung. Si makhluk tadi pun wajib
berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari Allah. Kalau Allah sudah
nyata tegas dekat atau karib kepadanya diapun hendaklah beraqarrub,
ertinya mendekatkan pula dirinya kepada Allah. Maka timbullah hubungan
perwalian yang timbal balik. Segala usaha memperkuatkan iman,
memperteguhkan takwa, menegakkan ibadah kepada Allah menurut garis-garis
yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya, semuanya itu adalah usaha dan
ikhtiar mengangkat diri menjadi wali Allah. Segala amal salih, sebagai
kesan dari iman yang mantap, adalah rangka usaha mengangkat diri menjadi
wali.
Dari Segi Penggunaan Wali pada mafhumnya bererti :-
1 Seorang yang senantiasa taat kepada Allah tanpa menodainya dengan perbuatan dosa sedikitpun.
2
Seorang yang sentiasa mendapat perlindungan dan penjagaan, sehingga ia
senantiasa taat kepada Allah tanpa melakukan dosa sedikitpun, meskipun
ia dapat melakukannya.
DALIL-DALIL WUJUDNYA WALI Allah DARI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
DARI AL-QURAN
Pertama
"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka itu ialah
orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. .Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat"6
Dalam ayat ini Allah swt. menyatakan bahawa para wali-wali Allah itu
mendapat berita gembira, baik di dunia mahupun di akhirat. Apakah yang
dimaksudkan dengan berita gembira (Busyra) itu?
Surah Yunus: 62- 64
Pengertian Al-Busyra (Berita Gembira)
Yang dimaksudkan dengan berita gembira di kehidupan dunia adalah :
1 Mimpi yang baik seperti yang tersebut di dalam hadis :
"Al busyraa adalah mimpi yang baik yang dilihat oleh seorang mukmin atau yang diperlihatkan baginya"7
"Mimpi yang baik adalah seperempat puluh enam bahagian dari kenabiaan."
2 Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang gembira
di dunia ialah turunnya malaikat untuk menyampaikan berita gembira
kepada seorang mukmin yang sedang sakaraul maut.
3 Ada pula
yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang gembira di dunia
ialah turunnya malaikat kepada seorang mukmin yang sedang sakaratul
maut yang memperlihatkan tempat yang akan disediakan baginya di dalam
syurga, seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt.:
"Para
malaikat turun kepada mereka sambil mengatakan: "Janganlah kamu takut
dan janganlah kamu susah dan bergembira kamu dengan syurga yang pernah
dijanjikan kepada kamu"8
4 Ada yang mengatakan bahawa yang
dimaksudkan dengan berita yang gembira di dunia ialah pujian dan
kecintaan dari orang banyak kepada seorang yang suka beramal saleh,
seperti yang disebutkan dalam hadits berikut:
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim, menurut Al Hakim hadis ini sahih
5 Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang
gembira di dunia ialah karamah dan dikabulkannya segala permintaan
seorang mukmin ketika ia masih di dunia, sehingga segala keperluannya
dipenuhi oleh Allah dengan segera.
Seorang ulama berkata: "Jika
seorang mukmin rajin beribadah, maka hatinya bercahaya, dan pancaran
cahayanya melimpah ke wajahnya, sehingga terlihat pada wajahnya tanda
khusyu' dan tunduk kepada Allah, sehingga ia dicintai dan dipuji oleh
banyak orang, itulah tanda kecintaan Allah kepadanya, dan itulah berita
gembira yang didahulukan baginya ketika ia di dunia."
6 Surah Fushshilat: 62
"Abu Dzar menuturkan bahawa ada seorang yang bertanya kepada
Rasulullah: "Apakah pandanganmu jika ada seseorang yang suka beramal
saleh, sehingga ia dipuji oleh orang ramai?" Sabda beliau: "Itu adalah
berita gembira yang cepat kepada seorang mukmin." Semua keterangan
di atas adalah benar. Sedangkan berita gembira yang sebenarnya adalah
kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada seorang mukmin untuk rajin
beribadah dan keasyikannya untuk beramal saleh. Manakala, yang dimaksudkan dengan berita gembira di akhirat ialah :
1 Syurga beserta segala macam kesenangannya yang bersifat abadi, seperti yang disebutkan dalam firman Allah yang artinya:
"Iaitu pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan,
sedangkan cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan
mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira
untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu
kekal di dalamnya. Itulah kejayaan yang besar."
Surah Al Hadiid: 12
2 Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita gembira di
akhirat ialah sambutan baik dari para malaikat kepada kaum Muslimin di
akhirat, iaitu ketika mereka diberi berita gembira dengan keberhasilan,
diputihkannya wajah-wajah mereka dan diberikannya buku catatan amal-
"amal mereka dari sebelah kanan dan disampaikannya salam dari Allah kepada mereka dan beberapa berita gembira yang lain.
TANDA-TANDA WALI Allah
1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:
"Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah berfirman:
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku
sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka."
Dari Said ra, ia berkata:
"Ketika Rasulullah saw ditanya: "Siapa wali-wali Allah?" Maka beliau
bersabda: "Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat
mengingatkan kita kepada Allah."
2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya' dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
"Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu'adz ibnu Jabal ra, kebetulan
ia sedang menangis, maka Umar berkata: "Apa yang menyebabkan engkau
menangis, wahai Mu'adz?" Kata Mu'adz: "Aku pernah mendengar Rasulullah
saw bersabda: "Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang
bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka
tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak
dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu."
3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah swt berfirman:
"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah
orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat"13
Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: "Tanda-tanda kewalian seseorang
adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali
kepada Allah ketika ditimpa bencana."
4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
Hadis riwayat Nasa'i, Al Bazzar dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
Surah Yunus: 62 - 64
Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
"Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada
orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para
syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti
kedudukan mereka di sisi Allah." Tanya seorang: "Wahai Rasulullah,
siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?" Sabda beliau: "Mereka adalah
orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak
ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah
mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari
cahaya, mereka tidak akan takut dan susah." Kemudian Rasulullah saw
membacakan firman Allah yang artinya: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali
Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati."
5. Mereka selalu sabar, wara' dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa"Rasulullah saw bersabda:
Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
"Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi
wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara'
dan berbudi luhur kepada orang lain." Rasulullah saw bersabda:
"Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang
tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut
siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang
berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar,
berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan
semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki
yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya
dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah
mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat
beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan
mereka." Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka.
Dan beliau bersabda: "Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian
Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu
Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang
menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang
berat."
6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar ra, katanya:
"Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba
yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya,
jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam
syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan
mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak
terkena sedikitpun oleh bencana yang datang."
Rujukan:-
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya'
Hadis riwayat Abu Hu'aim dalam kitab Al Hilya
Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6
8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha'i: "Bumi ini
tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah
dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan
punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan
dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang
mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di
sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan
syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka.
Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan,
mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di
dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah
khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da'i kepada agamaNya yang
lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka."
9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam Ghazali menyebutkan: "Allah pernah memberi ilham kepada para
siddiq: "Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu
merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan
memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka
Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka,
maka Aku murka kepadamu. " Tanya seorang siddiq: "Ya Allah, apa
tanda-tanda mereka?" Firman Allah: "Di siang hari mereka selalu menaungi
diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan
penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti
burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur
telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah
bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya.
Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat,
menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk,
ruku', sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku
beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati
mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia.
Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan
mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan
wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku
berikan kepada mereka?"
Rujukan:-
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80
Ihya' Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358
10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw
bersabda: "Malaikat memberitahu kepadaku: "Sebaik-baik umatku berada di
tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika
mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis
secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka
suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah
Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka
suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka
selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia,
meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi
dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu
berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka
mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur'an. Mereka suka membaca Al Qur'an
dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya.
Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka
memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan
mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit.
Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia,
tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan
akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia,
tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau
menyebutkan firman Allah yang artinya: "Kedudukan yang setinggi itu
adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut
kepada ancamanKu."
11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari Anas ibnu Malik ra berkata: "Rasul saw bersabda: "Berapa banyak
manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia
berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra' ibnu Malik, salah
seorang di antara mereka."
Ketika Barra' memerangi kaum
musyrikin, para sahabat: berkata: "Wahai Barra', sesungguhnya Rasulullah
saw pernah bersabda: "Andaikata Barra' berdoa, pasti akan terkabul.
Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami." Maka Barra' berdoa, sehingga
kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra' berdo'a:
"Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah
aku dengan NabiMu." Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra'
gugur sebagai syahid.
Rujukan:-
Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I, hal 16
12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah ibnu Mas'ud pernah menuturkan:
"Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: "Afahasibtum annamaa
khalaqnakum ‘abathan", pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan
izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya
kepadanya: "Apa yang engkau baca di telinga orang itu?" Kata Abdullah:
"Aku tadi membaca firman Allah: "Afahasibtum annamaa khalaqnakum
‘abathan" sampai akhir surah." Maka Rasul saw bersabda: "Andaikata
seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung,
pasti gunung itu akan hancur."
- Hadis riwayat Abu Nu'aim dalam Al Hilya jilid I hal 7
BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MENJADI WALI AllahSesesorang itu menjadi wali dengan salah satu dari dua cara iaitu :-
1. Kerana Kurnia Allah.
Adakalanya seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia dari Allah
meskipun ia tidak pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid. Allah
berfirman:
"Allah menarik kepada agama ini orang yang di
kehendakiNya dan memberi petunjuk kepada agamaNya orang yang suka
kembali kepadaNya." Surah A-Syuara' : 13
2. Kerana Usaha Seseorang
Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:
"Allah berfirman: "Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku akan
mengumumkan perang kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang
mendekat dirinya kepadaKu dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal
sunnah sehinggai Aku menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya,
tangannya dan kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau
memohon perlindungan, maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya
dan melindunginya. Belum Aku merasa berat untuk melaksanakan sesuatu
yang Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seorang mukmin yang
takut mati, dan Aku takut mengecewakannya."- Hadis riwayat Al-Bukhari
APAKAH SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG WALI?
Tentang hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di antara mereka,
ada yang berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui bahawa dirinya
adalah seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya tentang
dirinya dapat menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia merasa
aman.
Tetapi, ada pula yang berpendapat bahwa seorang wali tahu bahwa dirinya seorang wali.
Syeikh Al Qusyairi berkata: "Menurut kami, tidak semua wali mengetahui
bahawa dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang mengetahui bahawa ia
adalah seorang wali. Jika seorang wali mengetahui bahwa dirinya seorang
wali,
maka pengetahuannya itu adalah sebahagian dari karamahnya
yang sengaja diberikan kepadanya secara khusus."- Risalah Al Qusyairiyah
jilid II hal 662
TINGKATAN PARA WALI Allah
Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan
mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi
martabat berlainan.
Di kalangan para Anbia dan Rasul yang
jumlahnya sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang
wajib diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang
bakinya tidak wajib diketahui.
Daripada 25 orang Nabi dan Rasul
itu ada pula lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil
‘Ulul Azmi', iaitu Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s.
dan Nuh a.s.
Para Aulia juga mempunyai martabat yang
berbeza-beza. Namun tidak ada siapa yang dapat mengenal pasti siapakah
di antara para Aulia itu yang tertinggi martabatnya kecuali Allah,
kerana fungsi atau peranan para nabi dan Rasul.
Seperti
dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yang diutus kepada manusia harus
membuktikan bahawa mereka dibekalkan oleh mukjizat yang dikurniakan
Allah kepada mereka.
Tetapi para Aulia tidak wajib membuktikan
diri mereka sebagai Aulia melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah
kepada mereka. Bahkan para Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian
mereka, apalagi martabat mereka, kecuali dalam keadaan darurat atau
terdesak sahaja.
Sebab itu para Aulia tidak dapat dikenal pasti
sahaja yang lebih tinggi martabatnya daripada yang lain, sedangkan
bilangan mereka sangat ramai.
Mungkin martabat para Aulia itu
dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun
tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika terdesak.
Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa tingkatan sesuai
dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah swt. Di antara
mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya, tetapi ada pula
yang tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dengan hal ini, Syeikh
Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan
pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL
MAKKIYAT pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al
Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:
PEMBAHAGIAN WALI-WALI Allah
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti
penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat
kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut
hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al
Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang
mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan
taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur
Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz
dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah
berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap
masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah.
Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu
ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam
malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari
kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat
Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai
seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara,
di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di
setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal
berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang
memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap
masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu
wilayah di
bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh
daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal
itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada
seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada
seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang
dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash:
"Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan,
yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan
mengasingkan diri".
5. An-Nuqaba'
An Nuqaba'
berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum.
Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali
Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang
hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia
yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk
meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki
seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau
ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat
bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada
seorang waliNya?
6. An-Nujaba'
An Nujaba'
berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia.
Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka
mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini
tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat
mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang
lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih
dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun
berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah
wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika
seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang
lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan
darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi:
"Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".
Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia
dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata demikian,
kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy.
Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai
berhujjah.
|
0 komentar:
Posting Komentar