1.
| Had (Takrif)
| Ilmu
yang diketahui daripadanya Ahwal nafsu pada kebaikan dan kejahatannya
dan kaifiat(cara-cara) membersihkan daripada segala Aib-aib dan penyakit
daripada sifat Mazmumah dan najis yang Ma'nawi(syirik khafi) dan
menyatakan kaifiat-kaifiat Suluk dan berjalan kepada Allah.
|
2.
| Maudu' (Tempat Hantaran)
| Al-Zat
Al-'Aliyyah(Zat Allah) kerana dibahaskan daripada ‘itibar makrifat
dengan dalil dan burhan atau dengan syuhud dan ‘iyan dan Al-Nufus Wal-Qalbu Wal-Arwah kerana dibahas akan dia membersih dan mensucikan.
|
3.
| Wadhi' (orang menghantar)
| Nabi
SAW.mengajarkan dia oleh Allah Taala dengan Wahyu dan Ilham. Maka
awal-awla orang mendhohirkannya dan mengatakannya Sayyidina Ali
Karramallahi Wajhu kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Hasan
Basri dan ibunya Umi Khairah Maula' bagi Umi Salamah, isteri Rasulullah
dan bapanya Mauli bagi Zaid bin Zabit kemudian mengambil akan dia
daripadanya oleh Habibil ‘Ajami RA. kemudian mengambil akan dia
daripadanya oleh Abu Sulaiman Daud Al-Thoi RA. yang wafat pada tahun
120Hijrah; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Mahfuz
Ma'ruf bin Tiruz Al-Kharkhi RA.; kemudian mengambil akan dia daripadanya
oleh Abu Hassan Sirri RA. yang wafat pada tahun 251 Hijrah dan
menzhohirkan pemberitahuan hakikat oleh Sheikh Abul Qasim Al-Junaid
Al-Bagdadi yang wafat pada tahun 297 Hijrah. Sheikh Junaid inilah
menjadi orang yang pertama yang Ijtihad dalam Ilmu Tasauf di mana
beliaulah Imam kita kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.
|
4.
| Ismuhu (Namanya)
| Tasauf
dan ilmu Qalbu dan Ilmu Batin dan Ilmu Laduni, dan Ilmu Mukashafah
dan Ilmu Asror dan Ilmu Maknun dan Ilmu Hakikat dan Ilmu Zauqi dan Ilmu
Wujdan dan beberapa nama yang lain daripada yang tersebut itu.
|
5.
| Istimdat (Petikan)
| Daripada Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. dan daripada Ilham Sholihin dan Fatuhat (Penemuan dan pembukaan)'Ariffin.
|
6.
| Hukum
| Wajib
‘Aini atas tiap-tiap mukallaf mempelajarinya seperti Wajib ‘Aini
mempelajari barang yang membaikkan zhohir(syariat/fekah) mereka itu.
|
7.
| Masail (Masaalah)
| Bicara
yang bergantung dengan Musyahadah akan Hak Taala dan yang bergantung
dengan segala Maqam dan Hal-Ahwal bagi segala Arifin dan Sholihin
daripada beberapa Adab dan amalan mereka itu.
|
8.
| Faedah
| Sampai kepada makrifat yang sebenar (hakikat makrifat)
|
9.
| Nisbah Bagi Seluruh ('Ilam)Ilmu
| Bahwa
Ilmu ini asal titik ‘Ilam dan ilmu yang lain daripanya adalah
cawangannya. Bermula nisbahnya bagi batin seperti nisbah fekah kepada
zhohir. Ianya metahkiqkan bagi Ilmu Usul dan mengheningkan Ilmu Fekah.
|
10
| Kelebihannya
| Semulia-mulia ilmu yang dibangsakan kepada agama kerana ia jumlah daripada pati Ilmu Tauhid.
|
0 komentar:
Posting Komentar