OLEH : SYEIKH NADZIR AS SAGHIR
BERBAGAI-BAGAI JENIS AMAL ADALAH KERANA BERBAGAI-BAGAI AHWAL (HAL-HAL)
Ini
dalam memperkatakan tentang makrifat tentang gambaran makrifat tetapi
tidak dikatakan makrifat dan tidak dihuraikan secara terus terang
sebaliknya diperkatakan sebagai ahwal. Ahwal adalah jamak bagi perkataan
hal. Hikmat ini membawa erti hal membentuk keadaan amal. Amal adalah
perbuatan atau kelakuan lahiriah dan hal adalah suasana atau kelakuan
hati. Amal berkaitan dengan “lahiriah” manakala hal berkaitan dengan
“batiniah.” Oleh kerana hati menguasai sekalian anggota maka kelakuan
hati iaitu hal menentukan bentuk amal iaitu perbuatan lahiriah.
Dalam
pandangan tasauf, hal diertikan sebagai pengalaman rohani dalam proses
mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang
berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah
(pengenalan tentang Allah s.w.t). Oleh itu, tanpa hal tidak ada hakikat
dan tidak diperolehi makrifat. Ahli ilmu membina makrifat melalui dalil
ilmiah tetapi ahli tasauf bermakrifat melalui pengalaman lansung tentang
hakikat.
Sebelum
memperolehi pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu
memperolehi kasyaf iaitu terbuka keghaiban kepadanya. Ada orang mencari
kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti jin. Dalam proses
mencapai hakikat ketuhanan kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf
yang penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang
bersembunyi dalam berbagai-bagai bentuk dan suasana dunia ini. Kasyaf
yang menerima hakikat sesuatu, walau apa jua rupa yang dihadapi, penting
bagi pengembara kerohanian. Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ahli
kasyaf yang paling unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang
asli dua kali sahaja, walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui
Rasulullah s.a.w dengan rupa yang berbeza-beza, Rasulullah s.a.w tetap
mengenalinya sebagai Jibrail a.s. Kasyaf yang seperti inilah yang
diperlukan agar seseorang itu tidak tertipu dengan tipu daya syaitan
yang menjelma dalam berbagai-bagai rupa yang hebat dan menawan
sekalipun, seperti rupa seorang yang kelihatan alim dan warak.
AL-ALIM .
Bila
seseorang ahli kerohanian memperolehi kasyaf maka dia telah bersedia
untuk menerima kedatangan hal atau zauk iaitu pengalaman kerohanian
tentang hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperolehi dengan beramal
dan menuntut ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan
untuk masuk ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan
menuntut ilmu untuk sampai hampir dengan pintu gerbangnya. Apabila
sampai di situ seseorang hanya menanti kurniaan Allah s.w.t, semata-mata
kurniaan Allah s.w.t yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya.
Kurniaan Allah s.w.t yang mengandungi makrifat itu dinamakan hal. Allah
s.w.t memancarkan Nur-Nya ke dalam hati hamba-Nya dan akibat dari
pancaran itu hati akan mendapat sesuatu pengalaman atau terbentuk satu
suasana di dalam hati. Misalnya, pancaran Nur Ilahi membuat hati
mengalami hal bahawa Allah Maha Perkasa. Apa yang terbentuk di dalam
hati itu tidak dapat digambarkan tetapi kesannya dapat dilihat pada
tubuhnya yang menggigil hingga dia jatuh pengsan. Pancaran Nur Ilahi
membuat hati mengalami hal atau zauk atau merasai keperkasaan Allah
s.w.t dan pengalaman ini dinamakan hakikat, iaitu hati mengalami hakikat
keperkasaan Allah s.w.t. Pengalaman hati tersebut membuatnya
berpengetahuan tentang maksud Allah Maha Perkasa. Jadi, pengalaman yang
diperolehi daripada zauk hakikat melahirkan pengetahuan tentang Tuhan.
Pengetahuan itu dinamakan makrifat. Orang yang berkenaan dikatakan
bermakrifat terhadap keperkasaan Allah s.w.t. Oleh itu untuk mencapai
makrifat seseorang itu haruslah mengalami hakikat. Inilah jenis makrifat
yang tertinggi. Makrifat tanpa pengalaman hati adalah makrifat secara
ilmu. Makrifat secara ilmu boleh didapati dengan belajar, sementara
secara zauk didapati tanpa belajar(laduni). Ahli tasauf tidak berhenti
setakat makrifat secara ilmu malah mereka mempersiapkan hati mereka agar
sesuai menerima kedatangan makrifat secara zauk.
Ada
orang yang memperolehi hal sekali sahaja dan dikuasai oleh hal dalam
tempuh yang tertentu sahaja dan ada juga yang berkekalan di dalam hal.
Hal yang berterusan atau berkekalan dinamakan wisal iaitu penyerapan hal
secara berterusan, kekal atau baqa. Orang yang mencapai wisal akan
terus hidup dengan cara hal yang berkenaan. Hal-hal (ahwal) dan wisal
boleh dibahagikan kepada lima jenis:
1 : Abid:
Abid
adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia
merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang
tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk
melakukan sesuatu. Kekuatan, keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang
ada dengannya adalah daya dan upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya
itu adalah kurniaan-Nya semata-mata. Allah s.w.t sebagai Pemilik yang
sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak mengambil kembali pada
bila-bila masa yang Dia kehendaki. Seorang abid benar-benar bersandar
kepada Allah s.w.t hinggakan sekiranya dia melepaskan sandaran itu dia
akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia benar-benar
melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t. Hal atau
suasana yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan
sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak
mengambil bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari
Allah s.w.t dan gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain
Allah s.w.t akan menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.
2 : Asyikin:
Asyikin
ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t.
Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa
sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta
Keelokan Allah s.w.t di dalamnya. Amal atau kelakuan asyikin ialah gemar
merenung alam maya dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada apa yang
disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati keindahan alam beberapa jam
tanpa berasa jemu. Kilauan ombak dan titikan hujan memukau pandangan
hatinya. Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah
s.w.t. Orang yang menjadi asyikin tidak memperdulikan lagi adab dan
peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan lagi pada alam ini. Dia
mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah Keindahan Allah
s.w.t.
3 : Muttakhaliq:
Muttakhaliq
adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya
dikuasai oleh suasana Qurbi Faraidh atau Qurbi Nawafil. Dalam Qurbi
Faraidh, muttakhaliq merasakan dirinya adalah alat dan Allah s.w.t
menjadi Pengguna alat. Dia melihat perbuatan atau kelakuan dirinya
terjadi tanpa dia merancang dan campur tangan, bahkan dia tidak mampu
mengubah apa yang mahu terjadi pada kelakuan dan perbuatannya. Dia
menjadi orang yang berpisah daripada dirinya sendiri. Dia melihat
dirinya melakukan sesuatu perbuatan seperti dia melihat orang lain yang
melakukannya, yang dia tidak berdaya mengawal atau mempengaruhinya. Hal
Qurbi Faraidh adalah dia melihat bahawa Allah s.w.t melakukan apa yang
Dia kehendaki. Perbuatan dia sendiri adalah gerakan Allah s.w.t, dan
diamnya juga adalah gerakan Allah s.w.t. Orang ini tidak mempunyai
kehendak sendiri, tidak ada ikhtiar dan tadbir. Apa yang mengenai
dirinya, seperti perkataan dan perbuatan, berlaku secara spontan.
Kelakuan atau amal Qurbi Faraidh ialah bercampur-campur di antara logik
dengan tidak logik, mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan alim
dengan jahil. Dalam banyak perkara penjelasan yang boleh diberikannya
ialah, “Tidak tahu! Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki”.
Dalam
suasana Qurbi Nawafil, pula muttakhaliq melihat dengan mata hatinya
sifat-sifat Allah s.w.t yang menguasai bakat dan keupayaan pada sekalian
anggotanya dan dia menjadi pelaku atau pengguna sifat-sifat tersebut,
iaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi Nawafil ialah
berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t mengurniakan
kepadanya kebolehan untuk berbuat sesuatu. Contoh Qurbi Nawafil adalah
kelakuan Nabi Isa a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat lalu
menyuruh burung itu terbang dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan
beliau a.s menyeru orang mati supaya bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s
melihat sifat-sifat Allah s.w.t yang diizinkan menjadi bakat dan
keupayaan beliau a.s, sebab itu beliau a.s tidak ragu-ragu untuk
menggunakan bakat tersebut menjadikan burung dan menghidupkan orang mati
dengan izin Allah s.w.t.
4 : Muwahhid:
Muwahhid
fana dalam zat, zatnya lenyap dan Zat Mutlak yang menguasainya. Hal
bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah s.w.t. Orang
ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan sekalian
maujud. Kelakuan atau amalnya tidak lagi seperti manusia biasa kerana
dia telah terlepas dari sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan.
Misalkan dia bernama Ahmad, dan jika ditanya kepadanya di manakah Ahmad,
maka dia akan menjawab Ahmad tidak ada, yang ada hanyalah Allah! Dia
benar-benar telah lenyap dari ke‘Ahmad-an’ dan benar-benar dikuasai oleh
ke‘Allah-an’. Ketika dia dikuasai oleh hal dia terlepas daripada beban
hukum syarak. Dia mungkin melaungkan, “Akulah Allah! Maha Suci Aku!
Sembahlah Aku!” Dia telah fana dari ‘aku’ dirinya dan dikuasai oleh
kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun sikap dan kelakuannya dia
tetap dalam keredaan Allah s.w.t. Apabila dia tidak dikuasai oleh hal,
kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat. Perlu
diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai
oleh hal tidak berupaya menahannya. Ahli hal karam dalam lakuan Allah
s.w.t. Bila dia melaungkan , “Akulah Allah!” bukan bermakna dia mengaku
telah menjadi Tuhan, tetapi dirinya telah fana, apa yang terucap melalui
lidahnya sebenarnya adalah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang
mengatakan Dia adalah Tuhan dengan menggunakan lidah muwahhid yang
sedang fana itu.
Berbeza
pula golongan mulhid. Si mulhid tidak dikuasai oleh hal, tidak ada
zauk, tetapi berkelakuan dan bercakap seperti orang yang di dalam zauk.
Orang ini dikuasai oleh ilmu tentang hakikat bukan mengalami hakikat
secara zauk. Si mulhid membuang syariat serta beriman berdasarkan ilmu
semata-mata. Dia berpuas hati bercakap tentang iman dan tauhid tanpa
beramal menurut tuntutan syariat. Orang ini bercakap sebagai Tuhan
sedangkan dia di dalam kesedaran kemanusiaan, masih gelojoh dengan
keinginan hawa nafsu. Orang-orang sufi bersepakat mengatakan bahawa
sesiapa yang mengatakan, “Ana al-Haq!” sedangkan dia masih sedar tentang
dirinya maka orang berkenaan adalah sesat dan kufur!
5 : Mutahaqqiq:
Mutahaqqiq
ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran
sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi
melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan
kehidupan dunia yang wajib diuruskan. Dalam kesedaran zat seseorang
tidak keluar dari khalwatnya dengan Allah s.w.t dan tidak peduli tentang
keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia seluruhnya. Sebab itu
orang yang demikian tidak boleh dijadikan pemimpin. Dia mesti turun
kepada kesedaran sifat baharulah dia boleh memimpin orang lain. Orang
yang telah mengalami kefanaan dalam zat kemudian disedarkan dalam sifat
adalah benar-benar pemimpin yang dilantik oleh Allah s.w.t menjadi
Khalifah-Nya untuk memakmurkan makhluk Allah s.w.t dan memimpin umat
manusia menuju jalan yang diredai Allah s.w.t. Orang inilah yang menjadi
ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli tarekat yang
sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya dalam satu
kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani. Insan Rabbani peringkat
tertinggi ialah para nabi-nabi dan Allah s.w.t kurniakan kepada mereka
maksum, sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang
diberi perlindungan dan pemeliharaan.
Ahwal
(hal-hal) yang menguasai hati nurani berbeza-beza, dengan itu akan
mencetuskan kelakuan amal yang berbeza-beza. Ahwal mesti difahami dengan
sebenar-benarnya oleh orang yang memasuki latihan tarekat kerohanian,
supaya dia mengetahui, dalam amal yang bagaimanakah dia mendapat
kedamaian dan mencapai maksud dan tujuan, apakah dengan sembahyang,
zikir atau puasa. Dia mesti berpegang sungguh-sungguh kepada amal yang
dicetuskan oleh hal tadi, agar dia cepat dan selamat sampai ke puncak.
——————————————————————————
1:Gambaran, ingatan, tarikan dan keinginan terhadap benda-benda alam seperti harta, perempuan, pangkat dan lain-lain.
2: Kehendak atau syahwat yang mengarahkan perhatian kepada apa yang dikehendaki.
3: Kelalaian yang menutup ingatan terhadap Allah s.w.t.
4: Dosa yang tidak dibasuh dengan taubat masih mengotorkan hati.
Diri manusia tersusun daripada anasir
i.tanah,
ii.air,
iii.api dan
iv.angin.
Ia
juga diresapi oleh unsur-unsur alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan,
haiwan, syaitan dan malaikat. Tiap-tiap anasir dan unsur itu menarik
hati kepada diri masing-masing. Tarik menarik itu akan menimbulkan
kekacauan di dalam hati. Kekacauan itu pula menyebabkan hati menjadi
keruh. Hati yang keruh tidak dapat menerima sinaran nur yang melahirkan
iman dan tauhid. Mengubati kekacauan hati adalah penting untuk
membukakannya bagi menerima maklumat dari Alam Malakut. Hati yang kacau
itu boleh distabilkan dengan cara menundukkan semua anasir dan unsur
tadi kepada syariat. Syariat menjadi tali yang dapat mengikat
musuh-musuh yang cuba menawan hati. Penting bagi seorang murid yang
menjalani jalan kerohanian menjadikan syariat sebagai payung yang
mengharmonikan perjalanan anasir-anasir dan daya-daya yang menyerap ke
dalam diri agar cermin hatinya bebas daripada gambar-gambar alam maya.
Bila cermin hati sudah bebas daripada gambar-gambar dan tarikan
tersebut, hati dapat menghadap ke Hadrat Ilahi.
Selain
tarikan benda-benda alam, hati boleh juga tunduk kepada syahwat.
Syahwat bukan sahaja rangsangan hawa nafsu yang rendah. Semua bentuk
kehendak diri sendiri yang berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t adalah
syahwat. Kerja syahwat adalah mengajak manusia supaya lari dari hukum
dan peraturan Allah s.w.t serta membangkang takdir Ilahi. Syahwat
membuat manusia tidak reda dengan keputusan Allah s.w.t. Seseorang yang
mahu menuju Allah s.w.t perlulah melepaskan dirinya dari belenggu
syahwat dan kehendak diri sendiri, lalu masuk ke dalam benteng aslim
iaitu berserah diri kepada Allah s.w.t dan reda dengan takdir-Nya.
Perkara
seterusnya yang yang diperkatakan sebagai ilmu hikmatialah junubbatin
tidak suci dan dilarang melakukan ibadat atau memasuki masjid. Orang
yang berjunub batin pula tertegah dari memasuki Hadrat Ilahi. Orang yang
di dalam junub batin iaitu lalai hati, kedudukannya seperti orang yang
berjunub zahir, di mana amal ibadatnya tidak diterima. Allah s.w.t
mengancam untuk mencampakkan orang yang bersembahyang dengan lalai
(dalam keadaan berjunub batin) ke dalam neraka wil. Begitu hebat sekali
ancaman Allah s.w.t kepada orang yang menghadap-Nya dengan hati yang
lalai.
Mengapa
begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang lalai?
Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita
yang zahir. Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah
s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun
dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung.
Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan
belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung
pangkal dan kelakuannya sangat tidak bersopan. Perbuatan demikian adalah
satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha
Tinggi. Jika raja didunia murka dengan perbuatan demikian maka Raja
kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaan-Nya kepada
hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian
dicampakkan ke dalam neraka wil. Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu
bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak
masuk ke Hadrat-Nya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan
santun tidak layak mendekati-Nya.
Perkara
yang ke empat adalah dosa-dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ia
menghalang seseorang daripada memahami rahsia-rahsia yang halus-halus.
Pintu kepada Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi adalah taubat!
Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar
pintu Rahsia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat, samalah seperti
orang yang mati syahid yang belum menjelaskan hutangnya terpaksa
menunggu di luar syurga. Jika dia mahu masuk ke dalam Perbendaharaan
Allah s.w.t yang tersembunyi yang mengandungi rahsia yang halus-halus
wajiblah bertaubat. Taubat itu sendiri merupakan rahsia yang halus.
Orang yang tidak memahami rahsia taubat tidak akan mengerti mengapa
Rasulullah s.a.w yang tidak pernah melakukan dosa masih juga memohon
keampunan sedangkan sekalipun baginda s.a.w berdosa semuanya diampunkan
Allah s.w.t. Adakah Rasulullah s.a.w tidak yakin bahawa Allah s.w.t
mengampunkan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan baginda s.a.w (jika
ada)?
Maksud
taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Orang yang
melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah s.w.t. Walaupun orang ini
sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat
dengan banyaknya namun, tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari
Allah s.w.t. Dia telah masuk ke dalam golongan hamba yang melakukan amal
salih tetapi yang berjauhan bukan berdekatan dengan Allah s.w.t. Taubat
yang lebih halus ialah pengayatan kalimat:
“Laa Hau la wala quwata illa billah.”
Tiada daya dan upaya melainkan anugerah Allah s.w.t.
“Inna Lillillahi wa-inna ilai-irajiun”
Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali.
Segala
sesuatu datangnya dari Allah s.w.t, baik kehendak mahupun perbuatan
kita. Sumber yang mendatangkan segala sesuatu adalah Uluhiyah (Tuhan)
dan yang menerimanya adalah ubudiyah (hamba). Apa sahaja yang dari
Uluhiyah adalah sempurna dan apa sahaja yang terbit dari ubudiyah adalah
tidak sempurna. Uluhiyah membekalkan kesempurnaan tetapi ubudiyah tidak
dapat melaksanakan kesempurnaan itu. Jadi, ubudiyah berkewajipan
mengembalikan kesempurnaan itu kepada Uluhiyah dengan memohon keampunan
dan bertaubat sebagai menampung kecacatan. Segala urusan dikembalikan
kepada Allah s.w.t. Semakin tinggi makrifat seseorang hamba semakin kuat
ubudiyahnya dan semakin kerap dia memohon keampunan dari Allah s.w.t,
mengembalikan setiap urusan kepada Allah s.w.t, sumber datangnya segala
urusan.
Apabila
hamba mengembalikan urusannya kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t
sendiri yang akan mengajarkan Ilmu-Nya yang halus-halus agar kehendak
hamba itu bersesuaian dengan Iradat Allah s.w.t, kuasa hamba sesuai
dengan Kudrat Allah s.w.t, hidup hamba sesuai dengan Hayat Allah s.w.t
dan pengetahuan hamba sesuai dengan Ilmu Allah s.w.t, dengan itu jadilah
hamba mendengar kerana Sama’ Allah s.w.t, melihat kerana Basar Allah
s.w.t dan berkata-kata kerana Kalam Allah s.w.t. Apabila semuanya
berkumpul pada seorang hamba maka jadilah hamba itu Insan Sirullah
(Rahsia Allah s.w.t).
MAHA
SUCI ALLAH YANG MENUTUPI RAHSIA KEISTIMEWAAN (PARA WALI) DENGAN
DIPERLIHATKAN SIFAT KEMANUSIAAN BIASA KEPADA ORANG RAMAI DAN TERNYATA
KEBESARAN KETUHANAN ALLAH S.W.T DALAM MEMPERLIHATKAN SIFAT KEHAMBAAN
(PADA PARA WALI-NYA). Orang yang jahil dan lemah imannya mudah terlintas
sangkaan apabila berhadapan kejadian yang luar biasa yang terzahir
daripada seseorang manusia. Nabi Ia a.s dilahirkan secara luar biasa,
dan padanya terzahir mukjizat yang luar biasa, menyebabkan segolongan
manusia menganggap beliau a.s sebagai anak Tuhan. Uzair yang ditidurkan
oleh Allah s.w.t selama seratus tahun dan dijagakan di kalangan generasi
yang sudah melupai Kitab Taurat, lalu Uzair membacakan isi Kitab Taurat
dengan lancar. Orang ramai pun menganggap Uzair sebagai luar biasa,
lalu mengangkatnya sebagai anak Tuhan. Orang ramai sering mengagungkan
manusia yang memiliki kebolehan yang luar biasa. Kadang-kadang cara
pengagungan itu sangat keterlaluan sehingga orang yang diagungkan itu
didudukkan pada taraf yang melebihi taraf manusia. Selain dianggap
sebagai anak Tuhan, ada juga yang dianggap sebagai penjelmaan Tuhan.
Timbul juga penabalan sebagai Imam Mahadi yang dijanjikan Tuhan. Kesan
pemujaan sesama manusia banyak terdapat pada lembaran sejarah. Pemujaan
yang demikian disifatkan Allah s.w.t sebagai mempertuhankan makhluk.
Perkara ini berlaku kerana salah mentafsirkan kejadian luar biasa yang
terzahir pada orang berkenaan, walaupun mereka tidak meminta diagungkan.
Perkara luar biasa yang terjadi pada nabi-nabi dinamakan mukjizat dan
yang terjadi pada wali-wali dinamakan keramat. Mukjizat menjadi
sebahagian daripada bukti atau hujah kepada orang ramai tentang
kebenaran kenabian. Fungsi utama mukjizat adalah memperkuatkan keyakinan
orang ramai kepada seseorang nabi itu. Sesuai dengan fungsinya mukjizat
berlaku secara terbuka dan diketahui umum. Keramat pula merupakan
kurniaan khusus kepada para wali. Tujuan utamanya adalah untuk
menambahkan keyakinan wali itu sendiri. Ia bukan bertujuan untuk
membuktikan kedudukan wali itu kepada orang ramai. Kekeramatan banyak
berlaku pada zaman akhir ini, jarang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w
dan para sahabat, sedangkan para sahabat baginda s.a.w adalah aulia
Allah yang agung. Sebahagian daripada mereka telah pun diistiharkan
sebagai ahli syurga ketika mereka masih hidup lagi. Mereka sudah
memiliki iman yang sangat teguh, tidak perlu kepada kekeramatan untuk
menguatkannya. Jaminan syurga yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w tidak
membuat mereka mengurangkan khidmat bakti mereka kepada Allah s.w.t.
Umat yang akhir ini tidak memiliki hati sebagaimana umat pada zaman
Rasulullah s.a.w. Umat zaman akhir ini memerlukan kekeramatan sebagai
penawar yang menguatkan hati mereka. Oleh sebab kekeramatan itu lebih
berguna untuk diri sendiri, maka ia lebih banyak berlaku secara
tersembunyi, hanya sebilangan kecil yang menyaksikannya atau
kadang-kadang tidak ada yang melihatnya. Sifat kewalian dizahirkan
kepada wali Allah itu sendiri sedangkan kepada orang ramai dizahirkan
sifat manusia biasa, hinggakan orang ramai tidak mengetahui kedudukannya
yang sebenar. Dengan demikian seseorang wali Allah itu diberi layanan
sebagai manusia biasa. Dia perlu hidup dan menguruskan kehidupan seperti
orang ramai. Perilakunya yang memakai sifat kemanusiaan biasa menjadi
contoh kepada orang ramai, bagaimana mahu menjalani kehidupan di dunia
dengan mentaati Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menjalani kehidupan
sebagai manusia biasa di mana baginda s.a.w terpaksa mengikat perut
dengan kain bagi menahan lapar, padahal dengan hanya berdoa kepada Allah
s.w.t baginda s.a.w boleh menjadi kenyang tanpa makan. Para nabi dan
para wali adalah manusia yang menjadi model untuk diikuti oleh orang
ramai. Jika mereka hidup secara istimewa seperti bergerak secepat kilat
dan kenyang tanpa makan, sudah tentu tidak ada manusia yang dapat
mengikut mereka. Oleh itu apabila Allah s.w.t memakaikan sifat kehambaan
seperti orang ramai kepada para nabi dan para wali-Nya itu adalah bagi
kebaikan manusia umum. Orang ramai boleh mengikut contoh yang mudah dan
tidak timbul pemujaan sesama manusia yang boleh membawa kepada syirik.
|
0 komentar:
Posting Komentar