Selasa, 12 November 2013

Kunci Pembuka Hijab

Bissmillahirrahmanirrahiim

KUNCI PEMBUKA HIJAB

-------------------------

Kunci Pembuka Hijab Ingat Kepada Allah

Kunci keramat untuk membuka hijab kepada Allah adalah dengan

"Tidak ingat kepada selain Allah"

Kunci, petua, cara, kaedah atau jalan yang boleh membuka hijab zulmat hati menuju cahaya ingat kepada Allah itu, adalah dengan cara lupa kepada makhlok!

Cara untuk lupa kepada sifat makhlok itu, adalah dengan mengembalikan semua yang bersifat kepada Allah!

Inilah juga kunci pembersih hati dari bersifat kotor. Dengan cara berserah diri, diri akan menjadi bersih, selepas diri menjadi bersih ingat kepada Allah akan datang sendiri !

BUANGKAN INGATAN kepada MAKHLUK – INGAT ALLAH semata-mata

Ingat kepada Allah itu, setelah ingatan kita tidak lagi terhenti atas sifat makhlok. Selagi ingat makhlok, ingat dunia dan ingat alam benda, selagi itulah Allah tidak akan dapat kira ingat.

Setelah putusnya ingatan kita terhadap makhlok / diri, disitulah baru wajah Allah dapat kita lihat, pandang, tengok dan dapat kita ingat dengan jelas terang lagi nyata. Ingat atau zikir kepada Allah itu, hendaklah sebagaimana berzikirnya makhlok-makhlik lain. Ingat / zikir kepada Allah bukan sahaja makhlok manusia ! Malahan semua makhlok berzikir dan bertasbih kepada Allah.

Tandanya makhlok lain dialam ini berzikir kepada Allah, adalah melalui sifat patuh, sifat tunduk dan sifat taatnya kepada perintah dan ketetapan yang telah Allah tetapkan.

Tanda ingat dan tanda berzikirnya makhlok alam kepada Allah itu, adalah seumpama tidak ada hujan yang terbit dari bumi kelangit. Tak ada bulan, bintang yang lari atau targelincir dari paksi pusingan galaksinya. Sifat patuh, taat, akur dan tunduk itulah, tanda berzikir dan ingatnya makhlok alam kepada Allah. Tanda ingatnya kita kepada Allah itu, hendaklah juga sebagaimana ingatnya makhlok lain, iaitu dengan percaya, yakin, taat dan patuh kepada ketetapan Allah !

Berzikirnya makhlok alam kepada Allah itu, bukan dengan cara sebagaimana sebutan manusia. Berzikirnya makhlok alam itu, adalah dengan menggunakan cara atau kaedahnya sendiri, iaitu dengan cara pasrah, berserah dan terserah kepada Allah, atas segala ketetapan azali Allah.

Itulah cara atau kaedahnya berzikir, ingat dan bertasbihnya makhlok alam kepada Allah Ta'ala . Seandainya kita sebagai makhlok manusia, boleh berzikir dan bertasbih sebagaimana zikir dan tasbihnya alam semesta kepada Allah, alangkah tinggi dan mulianya kedudukan zikir kita disisi Allah. Sayangnya kebanyakan dari kita ingatkan / zikir Allah itu, hanya setakat lafasan bibir yang selalu berdusta dan mungkir.

Amalan zikir / ingat kepada Allah itu, adalah amalan yang teramat mudah dan teramat senang untuk diamalkan, tidak seperti payahnya mengamalkan amalan-amalan lain.

Sayangnya dikeranakan terlalu mudah dan terlampau senangnya kaedah ingat kepada Allah itu membuatkan kebanyakan dari kita lupa untuk mengamalkannya.

INILAH YANG DIKATAKAN HIJAB

0 komentar:

Posting Komentar