Tampilkan postingan dengan label Tasawwuf. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tasawwuf. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Maret 2014

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Rujukan

Rujukan

1.Abdul Manam bin Mohamad Al-Merbawi. (2009). Tasawwuf dan Peranannya Dalam Pembinaan Kerangka Spritual Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Terengganu : Universiti Sultan Zainal Abidin.

2. Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. (2002). Hidayatus Salikin Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Jil. 2, Kuala Lumpur : Khazanah Fathaniyah.

3. Mohd. Sulaiman Haji Yassin. (1984). Mengenal Ilmu Tasawuf (Pengantar). Kuala Lumpur : JAKIM.

4. Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani. (2002). Prinsip-prinsip Tasawwuf Islam. Negeri Sembilan : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

5. Prof. TK. H. Ismail Yakub MA – SH. (1992). Ihya’ Ulumiddin Imam Ghazali, Jil. 4, Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.

6. Prof. TK. H. Ismail Yakub MA – SH. (1992). Ihya’ Ulumiddin Imam Ghazali, Jil. 3, Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.

7. Zakaria Stapa. (1995). Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 6.2 : Sifat Mazmumah

Bab 6.2 : Sifat Mazmumah

1. Syarhut Tha’am (banyak makan)

Syarhut Tha’am bermaksud terlampau banyak makan atau minum atau gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah kerana termasuk di dalam amalan pembaziran.

2. Syarhul Kalam (banyak bercakap)

Syarhul Kalam bermaksud banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah) (غضب )

Ghadhab bermaksud sifat pemarah iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya. Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki) (حسد )

Hasad dengki bermaksud menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah tidak bersetuju kepada Allah S.W.T. kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut) (بخيل)

Bakhil ialah menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T., lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul Jah (kasihkan kemegahan)

Hubbul Jah bermaksud kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah. Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud Dunya (kasihkan dunia)

Hubbud Dunya bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat seperti harta mewah sehingga berlebihan. Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat. Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah. Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong) (تكبر )

Takabbur bermaksud membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran. Sombong kepada Allah adalah perkara yang paling keji iaitu orang yang jahil tentang agama yang tidak mahu mempelajarinya dan sentiasa melakukan dosa kepada Allah.

9. ‘Ujub (bangga diri) (عجب )

‘Ujub bermaksud merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna. ‘Ujub ialah seseorang yang merasa nikmat yang besar dan cenderung kepadanya serta lupa bahawa nikmat yang besar yang didapatinya itu adalah daripada pemberi nikmat iaitu Allah. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’(رياء )

Riya’ bermaksud memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain. Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia. 



0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 6.1 : Sifat Mahmudah

Bab 6.1 : Sifat Mahmudah

1. Taubat(توبة )

Taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Taubat juga adalah asas di dalam perjalanan kesufian. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada membuat kesalahan dan terlupa, melainkan manusia yang ma’asum (terpelihara daripada dosa) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

1. Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.

2. Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.

3. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.

5. Memperbanyakkan amal kebajikan.

2. Khauf (Takut) (خوف)

Khauf bererti takut akan Allah S.W.T. iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah S.W.T. serta takut akan kemurkaan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seseorang itu tidak akan berasa takut kepada Allah S.W.T. jika tidak mengenal-Nya. Mengenal Allah S.W.T. ialah dengan cara mengetahui sifat-sifat ketuhanan dan sifat-sifat kesempurnaan bagi zat Allah. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama Islam. Dengan mengenal Allah S.W.T. dan mengetahui segala perintah dan larangan-Nya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah S.W.T. Rasa takut dan gerun kepada Allah S.W.T. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. dan seterusnya patuh dan tekun dalam mengerjakan perkara yang disuruh dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

 3. Zuhud (زهد)

Zuhud bererti meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya. Sebagai contoh, jika diberikan harta, seseorang itu tidak suka pada harta itu dan rasa menderita apabila mendapatnya. Maka dia tidak mengambil harta tersebut dan menjaga dirinya daripada kejahatan dan gangguan harta tersebut. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam (berbuat kebaikan dan amalan soleh) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Oleh itu, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu diri untuk beribadah kepada Allah S.W.T. (zuhud orang awam).

4. Sabar (صبر)

Sabar bermaksud menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai dan musibah yang melanda seseorang. Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut :

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada orang lain daripada Allah S.W.T. ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Sifat sabar itu dipuji oleh syarak kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama. Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas dirinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat kepada Allah tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

5. Syukur (شكر)

Syukur bermaksud mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberikan dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah S.W.T. Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. kepada makhluk-Nya adalah dengan limpah kurnia-Nya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita hendaklah bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut yang diberikan oleh Allah kepada kita. Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat kepada manusia. 

6. Ikhlas (إخلاص)

Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T. dan diqasadkan (niat) untuk menjunjung perintah Allah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’, ujub atau ingin akan pujian manusia. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah S.W.T. Ikhlas pada tauhid itu bermakna tidak menyekutukan Allah. Kita hendaklah membersihkan niat kita daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji (sifat mazmumah) seperti riya’, ujub, inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Tetapi jika orang yang beramal kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka maka dia ikhlas dalam beramal. Ikhlas pada amal ialah bahawa syaitan tidak melihat kepadanya dan tidak dilihat oleh malaikat lalu ditulis amalannya itu. Dalam meninggalkan larangan Allah S.W.T. hendaklah diniatkan untuk taat kepada Allah semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

7. Tawakkal (توكل)

Tawakkal ialah menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada iktiqad bahawa Allah S.W.T. yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Tidak berpaling hati itu kepada yang lain daripada Allah walau apa pun yang berlaku. Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah dan Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha dan sebagainya.

8. Kasih kepada Allah (مَحَبَّةُ)

Kasih kepada Allah bermaksud kasihkan Allah S.W.T. dengan mengingati-Nya pada setiap masa dan keadaan. Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintah-Nya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemurkaan Allah.

9. Redha dengan qada’ Allah (رضا)

Redha dengan qada' Allah ialah menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sama ada berbentuk nikmat atau berbentuk musibah (malapetaka). Di dalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah S.W.T. iaitu mereka memuji Allah (bertahmid) dalam keadaan yang susah atau senang. Rasulullah S.A.W. bersabda apabila memperolehi kegembiraan :

Baginda berkata : " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ". Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah S.W.T. dijelaskan di dalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : " Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " .

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah S.W.T. ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandarkan kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi diri Allah kerana bagi Allah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah S.W.T. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".

(Riwayat Muslim)

10. Zikrul Maut (mengingati mati) (ذكر الموت)

Zikrul Maut ialah sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik. Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi. Ketahuilah bahawa orang yang bersungguh-sungguh pada dunia dan mencintai nafsu keinginannya, sudah pasti hatinya lalai dari mengingati mati. Barang yang berharga pada orang mukmin itu adalah mati kerana mati akan melepaskan diri mereka dari azab menahan nafsu syahwat kepada dunia dan lalai kepada akhirat.




0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 4 : Matlamat Tasawwuf

Bab 4 : Matlamat Tasawwuf

Matlamat Tasawwuf adalah seperti berikut :

1. Mengenal Allah dengan cara beribadah kepada-Nya dengan cara bersungguh-sungguh dalam beribadah.

2. Penyucian, pembersihan dan peningkatan jiwa sehingga ia layak memperolehi ma’rifah Ilahi.

3. Membina masyarakat yang sejahtera dengan asas yang baik, akhlak yang mulia, berpegang dengan peraturan-peraturan agama dan jalan-jalan rahsia kesufian yang meningkatkan martabat pengamal.

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 6 : Sifat-Sifat Ahli Tasawwuf

Bab 6 : Sifat-Sifat Ahli Tasawwuf

Imam Al-Ghazali R.A. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah/terpuji dan 10 sifat Mazmumah/tercela di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin tentang menentukan “maqam” di dalam tasawwuf dan merupakan sifat-sifat yang perlu ada dan tidak perlu ada di dalam diri ahli tasawwuf iaitu :

SIFAT MAHMUDAH

1. Taubat (توبة)

2. Khauf (Takut) (خوف)

3. Zuhud (زهد)

4. Sabar (صبر)

5. Syukur (شكر)

6. Ikhlas (إخلاص)

7. Tawakkal (توكل)

8. Kasih kepada Allah (مَحَبَّةُ)

9. Redha dengan qada’ Allah (رضا)

10. Zikrul Maut (mengingati mati)

SIFAT MAZMUMAH

1. Syarhut Tha’am (banyak makan)

2. Syarhul Kalam (banyak bercakap)

3. Ghadhab (pemarah) (غضب )

4. Hasad (dengki) (حسد )

5. Bakhil (kedekut) (بخيل )

6. Hubbul Jah (kasihkan kemegahan)

7. Hubbud Dunya (kasihkan dunia)

8. Takabbur (sombong) (تكبر)

9. ‘Ujub (bangga diri) (عجب )

10. Riya’(رياء )

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 5 : Beberapa Elemen Asasi Tasawwuf

Bab 5 : Beberapa Elemen Asasi Tasawwuf

Terdapat beberapa elemen yang membentuk tasawwuf. Antara elemen utama yang membentuk tasawwuf itu ialah kesucian diri (safa’) dan penyaksian hati, peribadatan, ahklak dan kezuhudan.

i-Kesucian Diri dan Penyaksian Hati

Kesucian diri merupakan intipati bagi tasawwuf. Ia bermaksud sucinya diri daripada pelanggaran terhadap hukum syariat, sifat-sifat kecelaan, pegangan atau keyakinan yang batil dan juga tumpuan, tilikan serta pergantungan hati kepada sesuatu yang lain daripada Allah. Kesucian diri ini akan membawa kepada penyaksian hati terhadap kebenaran ketuhanan Allah, keagungan, keindahan dan kesempurnaan-Nya. Pencapaian penyaksian hati ini akan membuahkan keyakinan yang mantap selain akhlak yang mulia dan ibadat yang murni.

Elemen kesucian diri ini dapat dilihat dalam banyak takrifan yang diberikan oleh para ulama tasawwuf antaranya ialah takrifan yang dikemukakan oleh Shaykh Abu Bakr al-Kattani, Shaykh Abu Sa`id al-Kharraz dan Shaykh `Abd al-Qadir al-Jilani. Dalam mentakrifkan tasawwuf, al-Kattani menyebut bahawa tasawwuf itu ialah kesucian diri (safa’) dan penyaksian hati (mushahadah). al-Kharraz telah ditanya tentang sufi lalu menjawab bahawa “(sufi itu ialah) orang yang tuhannya telah membersihkan hatinya sehingga hatinya dipenuhi dengan cahaya hidayah dan orang yang berada dalam kelazatan dengan mengingati Allah. al-Jilani pula menjelaskan bahawa asal perkataan sufi itu ialah sufiya yang di ambil dari perkataan al-musafat. Kerana itu dikatakan bahawa sufi itu ialah orang yang bersih daripada penyakit-penyakit nafsu, bebas (bersih) daripada sifat-sifat kecelaannya, melalui jalan-jalan kesufian yang terpuji, berpegang dengan hakikat-hakikat kebenaran dan tidak tenteram (cenderung) hatinya kepada sesuatu makhluk.

ii-Peribadatan

Tasawwuf juga mengandungi elemen peribadatan iaitu kesungguhan, ketekunan, ketertiban dan keikhlasan dalam melaksanakan amal ibadah. Ini bererti sufi itu ialah orang yang menekuni amal ibadah dan bersungguh-sungguh melaksanakannya dalam bentuk yang lebih sempurna, teratur dan istiqamah. Elemen peribadatan dalam tasawwuf antara lain dapat dilihat pada definisi yang dikemukakan oleh Shaykh `Ali al-Muzayyin. Tasawwuf menurut beliau ialah ketaatan atau kepatuhan kepada Allah. Begitu juga Imam al-Ghazali yang antara definisi beliau terhadap tasawwuf ialah mencampakkan diri dalam `ubudiyyah (perhambaan diri kepada Allah) dan bergantung hati dengan rububiyyah (ketuhanan Allah).

iii-Akhlak

Ketinggian akhlak juga merupakan antara elemen asasi tasawwuf. Ini bererti sufi itu ialah orang yang berakhlak mulia dan bersih daripada akhlak yang keji. Elemen akhlak dalam tasawwuf antara lain dapat dilihat dalam takrifan yang dikemukakan oleh Abu Bakr al-Kattani. Tasawwuf itu menurut beliau ialah akhlak, sesiapa yang melebihi engkau pada akhlak, maka sesungguhnya dia melebihi engkau pada kejernihan rohani. Begitu juga Ahmad al-Jariri di mana tasawwuf itu menurut beliau ialah bersifat dengan semua akhlak yang murni dan bersih daripada semua akhlak yang hina.

iv-Kezuhudan

Antara elemen asasi tasawwuf ialah kezuhudan dengan erti ketidakcenderungan hati kepada perkara keduniaan, bukan semata-mata meninggalkan perkara keduniaan. Elemen kezuhudan dalam tasawwuf dapat dilihat antara lain pada takrifan yang diberikan oleh Samnun. Tasawwuf menurut beliau ialah bahawa engkau tidak memiliki sesuatu dan tiada sesuatu yang memiliki engkau. Begitu juga yang terdapat pada takrifan Ma`ruf al-Karakhi di mana tasawwuf menurut beliau ialah berpegang dengan hakikat dan berputus-asa (tidak berkeinginan) terhadap apa yang ada pada tangan (milik) makhluk.

Elemen-elemen seperti peribadatan, berakhlak mulia dan kezuhudan lahiriah secara berasingan tidak menggambarkan hakikat sebenar tasawwuf, namun ia adalah sebahagian daripada elemen yang membentuk tasawwuf dan tidak dapat dipisahkan daripadanya. Ketekunan melakukan amal ibadah tidak semestinya menunjukkan kesufian. Demikian juga memiliki akhlak yang mulia dan kezuhudan. Namun seorang sufi itu pasti menekuni amal ibadah, berakhlak mulia dan bersifat zuhud dalam bentuk yang sesuai dengan keadaan mereka.

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 3 : Konsep Tasawwuf

Bab 3 : Konsep Tasawwuf

Tasawwuf selalu diberikan gambaran yang menyentuh sudut-sudut tertentu sahaja terutamanya ketinggian akhlak, kezuhudan, peribadatan dan kekeramatan lahiriah. Menggambarkan tasawwuf dengan gambaran-gambaran tersebut ternyata tidak tepat dan tidak menyentuh intipati sebenar dan menyeluruh tentang tasawwuf itu. Pengertian sebenar tasawwuf itu ialah pencapaian darjat ihsan yang digambarkan dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :

“ihsan itu ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olahnya engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat engkau”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Hakikat ihsan itu tercapai dengan dua perkara iaitu ibadah yang sempurna lagi berterusan dan kehadiran hati, kesedaran jiwa, serta penyaksian batin terhadap makna-makna ketuhanan (hakikat-hakikat tauhid) dalam ibadah tersebut. Penyaksian batin ini diistilahkan oleh ulama tasawwuf sebagai muraqabah dan mushahadah dan ia mempunyai beberapa tingkatan tertentu. Pencapaian mushahadah ini akan membuahkan berbagai ahwal dan maqamat. Dari sinilah timbulnya berbagai persoalan tasawwuf yang dibicarakan secara panjang lebar oleh ahli sufi dalam karya-karya mereka.

Dengan kata lain, hakikat sebenar tasawwuf itu ialah tercapainya kebersihan diri, zahir dan batin. Kebersihan zahir membawa maksud keterikatan anggota lahiriah manusia dengan peraturan atau hukum-hukum agama iaitu apa yang diistilahkan sebagai ibadah. Kebersihan batin pula bermaksud kebersihan hati daripada sifat-sifat tercela (takhalli) dan terhiasnya ia dengan sifat-sifat terpuji (tahalli) iaitu apa yang disebut sebagai `ubudiyyah. Manakala kemuncak kebersihan batin manusia itu ialah terbuangnya sesuatu yang lain daripada Allah dari lubuk hati dan zahir kebenaran Allah di hati itu (tajalli) sehingga ia dapat melihat dengan jelas tanda-tanda keagungan-Nya dan merasai kehebatan-Nya iaitu apa yang dinamakan `ubudah. Kebersihan batin inilah yang membawa kepada tercapainya darjat ihsan seperti yang digambarkan dalam hadis.

Pengertian tasawwuf seperti inilah yang dapat dilihat pada definisi yang diberikan oleh Shaykh `Abd al-Qadir al-Jilani. Menurut beliau, tasawwuf itu ialah penyucian hati (tasfiyah) daripada sesuatu yang lain dari Allah. Shaykh Ahmad Zaruq telah meneliti definisi-definisi yang telah dikemukakan oleh para ulama tasawwuf dan membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa tasawwuf telah dihurai, ditafsir dan didefinisikan sejumlah hampir dua ribu. Semua itu terhimpun atau merujuk kepada satu pengertian sahaja iaitu “benarnya tawajjuh hati kepada Allah”. Permulaan tawajjuh hati itu ialah terhasilnya intibah (kesedaran jiwa) yang membawa kepada taubah yang benar. Pertengahannya ialah merasai ahwal dan mencapai maqamat. Kesudahannya pula ialah tertumpu pandangan hati hanya kepada Allah semata-mata, tidak kepada yang lain dari-Nya. Di sinilah terhasilnya mushahadah dan inilah kemuncak ihsan.

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 2 : Pengertian Ilmu Tasawwuf


Bab 2 : Pengertian Ilmu Tasawwuf
Ilmu tasawwuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.
Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah.
Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar.
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa.
Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakkal
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap
3) Marah
4) Hasad
5) Bakhil
6) Cintakan kemegahan
7) Cintakan dunia
8) Bangga Diri
9) Ujub ( Hairan Diri )
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk )
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bab 1 : Pengertian Tasawwuf

Bab 1 : Pengertian Tasawwuf

Pelbagai definisi Tasawwuf dari segi bahasa yang dikemukakan oleh ulama-ulama antaranya ialah sufah, suf, suffah , suffi, sof, sofwah, sof, sufanah,sufah al-qafa, sofa’ namun perkataan sofa’ yang bermaksud kebersihan jiwa daripada kekotoran dunia adalah pendapat yang sahih dan dipersetujui oleh kebanyakan ulama berdasarkan kekuatannya dari segi bahasa. Definisi Tasawwuf dari sudut istilah juga mempunyai pelbagai takrif bahkan mencapai sehingga dua ribu pentakrifan sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Zarruq r.a. iaitu wujudnya pelbagai definisi Tasawwuf di kalangan ulama-ulama adalah berdasarkan pengalaman rohani yang mereka alami dalam mujahadah mereka menuju kepada Allah.

Al-Sya’rani mendefinisikan Tasawwuf sebagai “Ilmu yang terbit di dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Sebagaimana ilmu yang terbit daripada ulama-ulama fiqh, setiap amalan yang dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan menerbitkan pelbagai ilmu, adab-adab, rahsia-rahsia dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan, dengan syarat jika amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak-kehendak hawa nafsu.

 

Syeikh Ahmad Zarruq pula mendefinisikan Tasawwuf sekaligus mengklasifikasikan ilmu Tasawwuf, Feqah, Usuluddin yang menjadi kewajipan terhadap semua mukallaf mempelajari dan mengamalkan ketiga-tiga ilmu tersebut, “Tasawwuf ialah suatu ilmu bertujuan memperbaiki hati dan mentafridkannya hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata tanpa yang lain. Ilmu Feqah bertujuan membetulkan amalan, menjaga peraturan dan menzahirkan hikmah terhadap hukum-hakam, Ilmu Usul (Ilmu Tauhid) untuk memantapkan muqaddimah keimanan dengan dalil-dalil serta menghiasi iman dengan keyakinan, ia seumpama ilmu perubatan yang bertujuan menjaga badan, ilmu nahu yang memperbetulkan lidah serta bermacam-macam lagi ilmu yang lain”.

Minggu, 02 Maret 2014

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid Versi Nawaites Idnef

Tasawuf dalam Pandangan Al JunaidPDF | Print | E-mail

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid

Dasar-dasar Tasawuf

"Kitab ini yaitu Al-Qur'an adalah kitab paling mulia dan paling lengkap. Syariah

kita adalah aturan hidup yang paling jelas dan paling rinci.

Tareqat kita, yakni jalan ahli tasawuf, dikuatkan dengan kitab dan sunnah.

Maka barang siapa belum mendalami al-Qur'an, memelihara Sunnah dan

memahami makna-maknanya tidak boleh di ikuti."

Ia juga berkata kepada sahabat-sabahatnya :

"Seandainya kamu melihat seseorang terbang di udara maka janganlah kamu

meyakininya hingga melihat perbuatannya berkaitan dengan perintah dan

larangan Allah.

Jika kamu melihat ia menjalankan perintah-perintah Allah dan meninggalkan

larangan-larangan-Nya, maka kamu boleh mempercayai dan mengikutinya.

Tetapi jika kamu melihat ia melanggar perintah dan larangan itu maka jauhilah

dia."



Lingkungan Agung Para Sufi

"Manakala Allah menghendaki kebaikan bagi seorang murid, Dia akan

membawanya ke lingkungan para Sufi dan menjauhkannya dari kaum ulama

pembaca buku." Dikatakan kepada Abdullah bin Sa'id bin Kilab, "Anda berbicara

pandangan masing-masing ulama. Lalu di sana ada seorang tokoh yang

dipanggil dengan nama al-Junayd. Lihatlah, apakah Anda kontra atau tidak?"

Abdullah lalu menghadiri majlis al-Junayd.

Ia bertanya kepada al-Junayd tentang tauhid, lalu Junayd menjawabnya. Namun

Abdullah kebingungan. Lantas kembali bertanya kepada al-Junayd, "Tolong Anda ulang ucapan tadi bagiku!" Al-Junayd mengulangi, namun dengan ungkapan yang lain. Abdullah lalu berkata, "Wah, ini lain lagi, aku tidak mampu

menghafalnya. Tolonglah Anda ulangi sekali lagi!" Lantas al-Junayd pun

mengulanginya, tetapi dengan ungkapan yang lain lagi. Abdullah berkata, "Tidak

mungkin bagiku memahami apa yang Anda ucapkan. Tolonglah Anda huraikan

untuk kami!" Al-Junayd menjawab, "Kalau Anda memperkenankannya, aku akan

menguraikannya."

Lalu Abdullah berdiri, dan berkata akan keutamaan al-Junayd serta keunggulan

moralnya.

"Apabila prinsip-prinsip kaum Sufi merupakan prinsip paling sahih, dan para

syeikhnya merupakan tokoh besar manusia, ulamanya adalah yang paling alim

di antara manusia.



Bagi para murid yang tunduk kepadanya, bila sang murid itu termasuk ahli

penempuh dan penahap tujuan mereka, maka para syeikh inilah yang menjaga

apa yang teristimewa, berupa terbukanya kegaiban.

Karenanya, tidak dibutuhkan lagi bergaul (terkait) dengan orang yang ada di luar

golongan ini.

Bila ingin mengikuti jalan Sunnah, sementara dirinya tidak bersaing untuk

mahir dalam hujjah, lalu ingin mencapai peringakat bertaklid agar bisa sampai

pada kebenaran, hendaknya ia bertaklid kepada ulama salafnya. Dan hendaknya

bersama jalan generasi Sufi ini, sebab, mereka lebih utama dari yang lain."



Tasawuf, Ilmu Paling Mulia

Al-Junayd berkata, "Jika Anda mengetahui bahwa Allah swt. memiliki ilmu di

bawah atap langit ini yang lebih mulia daripada ilmu tasawuf, dimana kita

berbicara di dalamnya dengan sahabat-sahabat dan teman kita, tentu aku akan

berjalan dan menuju ilmu tadi."



Makna Hakikat Terdalam

"Tasawuf artinya Allah mematikan dirimu dari dirimu, dan menghidupkan dirimu

dengan-Nya." Tasawuf adalah engkau berada semata-mata bersama Allah swt.

tanpa keterikatan apa pun."

"Tasawuf adalah perang tanpa kompromi." Dia berkata pula, "Para Sufi adalah

anggota dari satu keluarga yang tidak bisa dimasuki oleh orang-orang selain

mereka." Selanjutnya dia juga menjelaskan lagi, "Tasawuf adalah dzikir bersama, penyampain yang disertai bimbingan, dan tindakan yang didasari Sunnah."



Metafor Kaum Sufi

"Kaum Sufi adalah seperti bumi, selalu semua kotoran dicampakkan kepadanya,

namun tidak menumbuhkan kecuali segala tumbuhan yang baik." Dia juga

mengatakan, "Seorang Sufi adalah bagaikan bumi, yang di injak orang saleh

mahu pun munafiq; juga seperti mendung, memayungi segala yang ada; seperti

air hujan, mengairi segala sesuatu."

Dia melanjutkan, "jika engkau melihat seorang Sufi menaruh kepedulian kepada

penampilan lahiriahnya, maka ketahuilah wujud batinnya rosak."

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Mafhum Tasawuf dan Tareqat Versi Nawaites Idnef

Mafhum Tasawuf dan TareqatPDF | Print | E-mail

Mafhum Tasawuf dan Tareqat

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tasawuf dalam penggunaan ahli sufi merujuk kepada akhlak dan proses penyucian jiwa (rujuk siri penerangan tasawuf sebelum ini). Adapun golongan yang tidak mahu menggunakan istilah tasawuf, tidak mengapa. Apa yang paling penting, bukan nama, tetapi mafhum dan makna tasawuf itu sendiri, merupakan suatu kewajiban bagi setiap umat Islam.

Sepertimana dalam ilmu fiqh, kalau ada yang mengatakan, "saya menolak penggunaan nama ilmu fiqh", namun kewajiban keatasnya untuk beramal dengan mafhum dan makna ilmu fiqh tersebut tetap tidak gugur, kerana ilmu fiqh merupakan istilah yang merujuk kepada syariat, dan syariat wajib diikuti oleh setiap umat Islam.

Begitu juga dengan golongan yang mendakwa, kononnya mereka menolak penggunaan istilah tasawuf, namun mafhum dan makna tasawuf tersebut wajib juga dilaksanakan kerana mafhum dan makna istilah tasawuf merujuk kepada ilmu akhlak dan penyucian jiwa, dan penyucian jiwa ialah wajib bagi setiap individu muslim.

Nama tidak penting. Apa yang penting ialah makna! Gunalah nama apa sekalipun, tetapi ia tetap merujuk kepada suatu makna yang fardu ke atas umat Islam iaitu, penyucian jiwa dan berakhlak dengan akhak yang mulia.

Tareqat Sufiyah

Tareqat bermaksud jalan yang dilalui oleh seseorang. Apabila dinisbahkan kepada golongan sufi, ianya merujuk kepada suatu penggunaan khas yang bermaksud, manhaj sesuatu golongan sufi dalam tarbiah.

Satu tareqat merujuk kepada seorang mursyid, dengan bilangan anak murid yang ramai, dengan manhaj tarbiah yang tertentu, seperti himpunan zikir-zikir dan sebagainya. Ini dikenali dengan tasawuf amali (rujuk buku Tasawuf Amali karangan Sheikhuna Ust Rahimuddin An-Nawawi Al-Banteni).

Ianya dikenali pada awal kurun kelapan hijrah. Dikatakan, orang yang pertama mengasaskan suatu bentuk manhaj tarbiah yang sistematik ialah Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.. Manhaj tarbiah ini dikenali dengan Tarikat Sufiyah.

Walaupun tidak dapat dinafikan, sebelum Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. lagi, sudah wujud tarikat-tarikat sufiyah, seperti tarikat Al-Junaidiyah (yang dinisbahkan kepada Imam Junaid r.a.) dan sebagainya, namun tarikat-tarikat sebelum Sheikh Al-Jailani r.a. tidaklah dalam bentuk sistematik dan tersusun. (rujuk buku Tasawuf Amali).

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. mengasaskan gagasan baru dalam lembaran sejarah sufi apabila membuat suatu madarasah secara terbuka dan mengambil anak murid yang ramai dalam satu masa, dan menyusun manhaj tarbiah yang berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Hal ini menyebabkan beliau juga merupakan mujaddid dalam dunia sufi yang menunjukkan kepentingan Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiyah sufiyah, di samping menegaskan bahawa, Hakikat tidak terpisah dengan Syariat. Idea asal islah dan tajdid dalam dunia sufi ini sebenarnya diambil dari Imam Al-Ghazali r.a. melalui karangan-karangan beliau seperti Ihya' Ulumiddin, yang membahaskan mengenai tajdid ini secara teori, dan diterjermahkan ke dalam realiti oleh Sheikh Al-Jailani r.a..

Setelah itu, para murid Sheikh Al-Jailani r.a. menisbahkan manhaj tarbiah mereka kepada mursyid mereka iaitu, Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., dengan nama tarikat Qadiriyah. Setelah itu, muncullah ulama'-ulama' sufi lain yang melakukan metodologi tarbiah secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., seperti Sheikh Abul Hasan As-Syazuli, Sheikh An-Naqsyabandi dan sebagainya. (rujuk buku Tasawuf Amali).

Manhaj tarbiah mereka yang tersusun tersebut dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dari sini, jelaslah bahawa, tarikat sufiyah tidak lain melainkan suatu madrasah tarbiah penyucian jiwa, hasil ijtihad para ulama' sufi, dalam mentarbiah manusia. Sepertimana dalam bidang fiqh, ada mazhab tertentu, begitu juga dalam bidang penyucian jiwa, ada pelbagai manhaj tarbiah yang berbeza, sesuai dengan keadaan manusia dan sejajar dengan ijtihad para mursyid sufi yang jujur tersebut.

Adapun pertuduhan-pertuduhan ke atas tarikat sufiyah sebenarnya merupakn pertuduhan yang tidak berasas. Walaupun terdapat di kalangan para sufi yang bercanggah dengan ajaran Islam, namun ianya turut dikritik dan ditegur oleh para ulama' sufi itu sendiri. Namun, sikap mengkafirkan sesetengah golongan sewenang-wewenagnya yang dibawa oleh aliran salafiyah wahhabiyah tidak pernah mebaiki keadaan bahkan lebih mengeruhkan keadaan.

Para ulama' sufi turut menegur kesalahan-kesalahan para murid yang melampaui batasan Islam. Ini juga merupakan intipati ajaran sufi, yang membetulkan setiap kesalahan murid hatta kesalahan mereka yang berlebih-lebihan dalam sesetengah perkara, seperti kepercayaan penuh terhadap ilham, keinginan mendapatkan karamah dan lain-lain lagi.

Kalau kita lihat, ramai di kalangan para ulama' Islam yang menegur kesalahan-kesalahan sesetengah golongan sufi itu sendiri, merupakan dari kalangan sufi juga, seperti Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid Al-Baghdadi r.a., Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., Imam Ar-Rifa'i r.a., Imam As-Syazuli r.a. dan sebagainya. Ini kerana, di sisi golongan sufi, ada mutiara yang lebih berharga dari debu-debu yang melingkari kulitnya, hasil kejahilan sebahagian dari golongan sufi sendiri.

Kebanyakkan Para Ulama' Memilih Jalan Sufi

Jika kita singkapi sejarah umat Islam, kita dapati bahawa, ramai di kalangan ulama'-ulama' besar Islam yang mengambil jalan sufi atau bersahabat dengan para sufi yang muhaqqiq. Antara mereka adalah, Al-Imam As-Syafi'e r.a. (rujuk buku Kasyfu Khafa' m/s 341 karangan Imam Al-‘Ajluni), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. (ghuza'ul albab m/s 1/120 dan tanwir Al-Qulub karangan Imam Al-Kurdi, m/s 405), Imam Abu Hanifah (Ad-Dur Al-Mukhtar 1/43), Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid r.a., Imam Ar-Razi r.a., Imam ‘Izzuddin bin Abdul Salam r.a. dan sebagainya.

Jangan risau! Jalan tarikat sufiyah tidak wajib. Sesiapa yang ingin mengambilnya, dipersilakan, dan sesiapa yang boleh menyucikan diri sendiri juga silakan.

Tetapi, para ulama' muktabar yang memiliki ilmu Islam yang yang cukup mendalam juga, seperti yang disebutkan sebelum ini, turut mengambil tarikat sufiyah untuk menyucikan jiwa mereka.

Imam As-Sya'rani (digelar sebagai As-Syafi'e As-Shoghir) menegaskan bahawa: "Kalaulah Imam Al-Ghazali, sebagai Hujjatul Islam dan Imam Izz Abdul Salam, sebagai Sultonul ‘Ulama', turut mengambil jalan sufi sebagai jalan membersihkan jiwa, dengan mengambil tarbiah dari para sufi, maka siapakah kita, untuk tidak mengambil jalan tarikat sufiyah untuk menyucikan jiwa?"

Takkala Imam As-Sya'rani yang merupakan As-Syafi'e As-Soghir sekalipun, mengakui kelemahan beliau dalam menyucikan jiwanya sendiri dari sifat-sifat mazmumah, dengan keilmuan beliau yang tinggi, siapalah kita untuk menyucikan jiwa kita sendiri?

Tetapi, siapa yang rasa, kononnya dirinya boleh menyucikan jiwa dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah sendiri, silakanlah. Sedangkan Imam Al-Faqih Abu Hanifah Imam Al-Mujtahid As-Syafi'e, Imam Al-Muhaddith Ahmad bin Hanbal, Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali, Imam Sultonul ‘Ulama' Ibn Abdi As-Salam, Imam As-Syafi'e As-Soghir As-Sya'rani (radhiallahu ‘anhum ajma'in), juga mengambil tarbiah penyucian jiwa dari golongan sufi, atau sekurang-kurangnya bersahabat dengan golongan sufi, untuk menyucikan jiwa, siapalah kita untuk menyucikan jiwa kita dengan sendirinya?

Ya, benar! Khabar gembira buat mereka yang belum ambil jalan sufiyah, untuk menyucikan jiwa, kerana tarikat sufiyah bukanlah suatu kewajiban, selagimana diri sendiri boleh menyucikan jiwa tanpa melalui proses tarbiah dari seorang mursyid. Boleh jadi juga, mereka lebih hebat dari Imam Al-Ghazali yang merupakan hujjatul Islam dan selain dari beliau. Masya Allah...Subhanallah...

Kalaulah sememangnya penyucian jiwa boleh dilakukan hanya dengan merujuk kepada kitab-kitab seperti Al-Qur'an dan kitab himpunan hadis-hadis, sudah tentu Allah s.w.t. akan turunkan Al-Qur'an dalam bentuk kitab dan himpunan hadis-hadis dalam bentuk buku yang sudah terhimpun, tanpa mengutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai Murabbi dan Mursyid para sahabat.

Ramai orang awam yang keliru dalam masalah ini. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa, para ulama' adalah pewaris para nabi, bererti juga mereka (para ulama') yang amilin (yang beramal dengan ilmu) mewarisi juga Al-Bashirah (pandangan mata hati) yang membolehkan mereka berijtihad dalam masalah fiqh berlandaskan nas-nas Islam, dan menyucikan jiwa dengan pandangan mata hati dan pengalaman ditarbiah oleh seorang mursyid sebelum beliau.

Di sini, letaknya kepentingan mengambil tarbiah dari seseorang yang sudah ditarbiah. Oleh yang demikian, para sahabat mengambil tarbiah dari Rasulullah s.a.w. yang sudahpun ditarbiah oleh Allah s.w.t., dan seterusnya para tabi'in mengambil tarbiah dari para sahabat, dan begitulah seterusnya sehingga hari ini. Inilah yang dikenali sebagai silsilah tarbiah dengan izin, yang tidak difahami oleh kebanyakkan para awam sehingga memperkecilkannya.

Kalaulah sememangnya tarbiah boleh dilakukan dengan sendiri, cukup merujuk kepada kitab Al-Qur'an dan buku-buku himpunan Hadis, nescaya Allah s.w.t . hanya mengutuskan dua kitab tersebut (Al-Qur'an dan As-Sunnah) atau mengutuskan Rasulullah s.a.w. dalam tempoh masa sehari dua untuk menyampaikan dua kitab tersebut kepada para sahabat.

Kebangkitan Rasulullah s.a.w. di kalangan umat manusia pada ketika itu, dan dakwah Baginda s.a.w. selama 23 tahun, hidup dengan para sahabat, merupakan mesej yang penting kepada kita, tentang kepentingan berguru dalam mengambil tarbiah, sepertimana para sahabat mengambil tarbiah dari Rasulullah s.a.w., para tabi'in mengambil tarbiah dari para sahabat dan begitulah seterusnya.

Bagi mereka yang tidak memahami konsep Sunnah, menganggap buku-buku hadis sahaja merupakan sunnah, tanpa memerhatikan kefahaman Sunnah itu sendiri, di mana ianya menunjukkan tentang kepentingan mursyid dalam mendidik dan menyucikan jiwa.

Mengapa Muncul Tarikat pada Zaman Setelah Salaf?

Kemunculan Tarikat Sufiyah yang membawa warisan tarbiah dari Salaf merupakan natijah dari kepincangan bidang pengajaran umat Islam pada suatu masa. Pada zaman keempat hijriyah dan seterusnya, madrasah-madarasah mula dibuka secara meluas, dan menyebabkan ramai di kalangan penuntut ilmu masuk berbondong-bondong ke dalam madrasah tersebut.

Dari zahirnya, ia merupakan suatu perkembangan positif dalam memperbanyakkan pelapis-pelapis para ulama', namun dari suatu sudut yang lain juga, lambakkan penuntut ilmu di madrasah-madrasah ilmiah menyebabkan institusi pengajaran Islam tersebut hanya mewarsiskan ilmu pengetahuan tanpa mewariskan tarbiah kepada panuntut-penuntut ilmu.

Ini menyebabkan lahirnya generasi ulama' baru yang mana, sebahagian dari mereka tidak ditarbiah dengan sempurna. Ini menyebabkan, mereka mewarisi ilmu tanpa amal, hasil ketandusan tarbiah dalam intisitusi pengajian Islam.

Ia lebih dikenali dengan istilah moden sebagai Sekularisasi Ilmu Pengetahuan. Namun, dalam bidang ilmu-ilmu Islam, ia lebih parah kerana apabila ulama' Islam sendiri mengidap penyakit dalaman seperti takabbut' ujub' dan sebagainya, maka sudah pasti masyarakat akan terkesan sama bahkan lebih parah lagi.

Natijah dari lahirnya banyak ulama' yang tidak ditarbiah dengan sempurna, menyebabkan mereka tidak mengamalkan ilmu mereka sehingga mewujudkan juga masyarakat yang jauh dari tarbiah penyucian jiwa. Ulama' sedemikian dikenali dengan istilah ulama' dunia atau ulama' suuk menurut Imam Al-Ghazali r.a.. Bahkan, beliau turut mengakui, terkesan dengan kemelut tersebut, kerana mendapati dalam dirnya wujud sifat riya', ujub dan sebagainya sedangkan secara teorinya beliau tahu ia merupakan suatu kesalahan. Hanyasanya, setelah beliau mengambil tarbiah dari seorang sufi, (Sheikh Yusuf An-Nassaj), beliau mampu merawat masalah tersebut (rujuk buku Al-Munqiz min Ad-Dholalah dan lain-lain).

Hal ini memaksa sebahagian ulama' amilin dan ahli zuhud tampil untuk memperbaiki masalah ini dengan mewujudkan suatu bentuk madrasah baru dalam mengimbangi kemelut ilmu dan pengajian dalam umat Islam. Di sebelah madrasah ilmiah yang kosong dari nilai tarbiah, didirikan madarasah tarbiah bagi mengimbangi keperluan umat Islam dari sudut kerohanian dan kebendaan.

Oleh yang demikian, ramai para ulama' yang faham dengan perkembangan ini, turut mengambil tarbiah dari madrasah tarbiah yang dikembangkan oleh golongan yang dinamakan sebagai sufi, sepertimana mereka mengambil ilmu dari madrasah ilmiah yang dikembangkan oleh golongan yang dinamakan sebagai ulama'.

Berlalunya zaman, sehinggalah hari ini, madrasah ilmiah tersebut dikenali sebagai jami'ah atau universiti, sedangkan madarasah tarbiah dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dewasa ini, pelbagai perkembangan positif untuk menyatukan semula madrasah ilmiah dan tarbiah dalam satu institusi, namun banyak yang gagal mencapai maksudnya.

Di Mesir, Universiti Al-Azhar mempelopori gagasan tajdid yang cuba menggabungkan semula madrasah ilmiah dengan madrasah tarbiah, khususnya di Masjid Al-Azhar itu sendiri. Oleh yang demikian, didapati ramai di kalangan ulama' Al-Azhar juga dalam masa yang sama merupakan mursyid-mursyid dalam tarikat sufiyah masing-masing, dan di dalam proses pengajaran, diterapkan nilai-nilai penyucian jiwa kepada para pelajar.

Kalau di Malaysia, wujudnya universiti-universiti awam yang cuba menggabungkan nilai ilmu dan tarbiah, khususnya yang dibawa oleh IIUM atau Universiti Islam Antarabangsa. Tetapi, kalau anda menjadi penuntut di IIUM sendiri, anda mampu menilai sejauh manakah keberkesanannya, tanpa bimbingan para mursyid yang berpengalaman.

Di zaman salafussoleh, tradisi ilmu tidak sama. Kebanyakkan para ulama' mengajar di dalam masjid dan mengenali murid-murid masing-masing secara dekat. Dalam masa itu, mereka mampu mentarbiah generasi ulama' seterusnya. Misalnya, apabila kita melihat di mana, Imam Hasan Al-Basri r.a. ditarbiah sendiri oleh par sahabat termasuklah Saidina Ali r.a. sendiri. Seterusnya, para tabi' tabi'in pula ditarbiah oleh beliau dan begitulah seterusnya. Tradisi pewarisan ilmu pada ketika itu, dipindahkan secara ilmiah dan tarbiah. Jika kita lihat, selalunya murid seseorang ulama' yang masyhur, pasti tinggal di rumah ulama' tersebut untuk ditarbiah, seperti hubungan Imam As-Syafi'e dan Imam Al-Maliki, begitu juga dengan hubungan Imam Ahmad dan Imam As-Syafi'e.

Tradisi ini semakin terhakis apabila jurang kuantiti antara ulama' dengan murid-murid semakin jauh, sehingga menyebabkan seorang ulama' memiliki sejumlah besar anak murid, hatta guru tidak pernah mengenali kebanyakkan dari mereka langsung.

Ini menyebabkan, ramai dari kalangan murid tersebut hanya mewarisi ilmu dari para ulama', tetapi tidak mewarisi akhlak mereka kerana tidak pernah ditarbiah oleh mereka, seterusnya melahirkan generasi ulama' baru yang ketandusan tarbiah dan akhlak seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Jelaslah bahawa, tradisi ilmu dan pembelajaran zaman salafusoleh berbeza dengan tradisi pembelajaran kita hari ini. Jika kita lihat, di universiti-universiti sendiri, kebanyakkan dari kalangan penuntut tidak dikenali secara mendalam oleh para pensyarah. Jadi, bagaimana untuk ditarbiah. Bahkan, kebanyakkan para pensyarah tersebut juga, tidak pernah dikenali secara mendalam oleh guru-gurunya sebelum itu, dan tidak pernah ditarbiah oleh mereka.

Di sinilah kemelut ilmu dan tarbiah yang perlu difokuskan sebelum menuding jari dan menyalahkan pihak lain. Golongan sufi yang tampil untuk mengimbangi kemelut ilmu dan masyarakat Islam tersebut, sebenarnya telah memberi kesan yang amat positif dalam melahirkan ramai ulama' yang seimbang dalam bidang ilmiah dan tarbiah, seperti Imam As-Syafi'e sendiri, (yang hidup di zaman awal permulaan sufi dan zaman awal perlebaran jurang kuantiti antara ulama' dan penuntut ilmu), Imam Al-Ghazali r.a. (di zaman nadi kemuncak perkembangan ilmu-ilmu Islam yang ketandusan nilai-nilai tarbiah), Imam Abdul Qadir Al-Jailani r.a. (perintis madrasah tarbiah sistematik secara terbuka dan besar-besaran bagi mewujudkan kesinambungan madrasah ilmiah yang telah ada, namun kosong dari nilai-nilai tarbiah), Imam Izz bin Abdul Salam, Imam As-Sayuti, dan ramai lagi termasuklah para ulama' Al-Azhar, ulama'-ulama' di bumi Syam dan Hadramaut yang kini giat dalam bidang pendidikan secara syumul dan bersepadu (semoga Allah s.w.t. membalas jasa mereka semua...Amin...)

Kesimpulan

Tarikat dan Tasawuf bukanlah suatu kewajiban bagi umat Islam. Ia cuma wajib bagi mereka yang tidak mampu untuk membaiki diri sendiri hanya dengan menggunakan kitab Al-Qur'an dan As-Sunnah semata-mata. Ini kerana, Al-Qur'an dan As-Sunnah juga tidak dapat difahami secara sempurna oleh orang awam tanpa merujuk kepada para ahlinya, yang mewarisi kefahaman tersebut juga dari guru-guru mereka.

Tarikat dan Tasawuf juga merupakan salah satu bentuk kefahaman ulama' yang bergiat dalam bidang tarbiah, dari ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah juga. Oleh yang demikian, sesiapa yang merasakan bahawa, dirinya sudah cukup untuk membaiki diri hanya dengan merujuk kepada kitab Al-Qur'an dan buku-buku hadis, maka dipersilakanlah dia membaiki dirinya sendiri tanpa guru. Bahkan, para sahabat juga memerlukan mursyid atau guru dalam memperbaiki diri, sedangkan kita pula cukup merujuk lembaran-lembaran kitab. Walaupun Al-Qur'an dan As-Sunnah adalah wahyu, barangkali mereka terlupa kepentingan Rasulullah s.a.w. dalam mentarbiah para sahabat yang jelas didapati dalam kitab-kitab hadis tersebut.

Manhaj tarikat yang sempurna mengandungi tiga ciri yang utama:

Pertama: Guru yang kamil dan pernah mengambil tarbiah dari seorang guru yang juga pernah mengambil tarbiah dari gurunya sebelum ini dan seterusnya sehingga bersambung silsilah tarbiah tersebut kepada Rasulullah s.a.w. melalui para sahabat, para tabi'in, tabi'tabi'en dan para ulama' yang amilin yang seterusnya.

Kedua: Murid yang jujur untuk sampai kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan syariat Islam, dan mengabdi diri kepada Allah s.w.t. dengan hakikat pengabdian seorang hamba.

Ketiga: Manhaj tarbiah yang bersandarkan Al-Qur'an, As-Sunnah, Ijma', Qiyas dan pelbagai lagi sumber hukum yang ada dalam Islam. Manhaj tersebut perlulah selari dengan roh ajaran Islam dan prinsip-prinsipnya.

Adapun sesiapa yang cenderung untuk menolak tasawuf dan tarikat kerana pernah menceburi tarikat yang menyeleweng, terlebih dahulu ucapan takziyah buat mereka. Seterusnya, nasihat penulis, jujurlah untuk kembali kepada Allah s.w.t., dan mintalah hidayah dari-Nya, di samping janganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruh golongan sufi dengan kesalahan sebahagian dari mereka.

Bagi mereka yang tidak mahu mengambil tarikat sufiyah kerana yakin boleh mengubati diri sendiri tanpa mursyid yang kamil lagi berpengalaman, kerana cukup baginya merujuk kepada dua kitab iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan kefahaman sendiri, doa kami semoga Allah s.w.t. membantu anda.

Nasihat penulis kepada mereka: Janganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruh golongan sufi dengan kesalahan sebahagian dari mereka, janganlah menyalahkan orang yang mengambil tarikat sufiyah kerana tidak mampu mengubati diri sendiri seperti anda dan ingatlah bahawa, tarikat sufiyah yang muktabar juga merupakan hasil kefahaman para ulama' sufi dari Al-Qur'an dan As-Sunnah juga. Oleh itu, janganlah bersikap jumud dan sewenang-wenangnya menuduh mereka pelaku bid'ah dan sebagainya selagimana mereka mempunyai sandarannya dari nas-nas Islam.

Renungan buat mereka yang tidak mengambil tarikat dan mendakwa boleh memperbaiki diri sendiri dengan diri sendiri. Apa yang penting, renungilah diri sendiri. Jawablah secara jujur kepada diri sendiri. Adakah diri kita sudah bersih dari sifat-mazmumah? Dapatkah kita ikhlas dalam segenap ibadah kita dengan kaedah penyucian diri sendiri? Dengan tarbiah diri sendiri yang tiada pengalaman, dapatkah kita membuang sifat-sifat riya', ujub dalam diri sendiri yang tersembunyi? Untuk ujian yang mudah, cuba nilai, kekhusuyukkan kita dalam solat. Adakah bermula solat kita, sehingga selesai solat, 100% kita hudur (menghadirkan diri) dengan mengingati Allah s.w.t., atau dalam masa solat juga, kita teringat perkara-perkara lain selain dari Allah s.w.t.. Kalau kita mampu, teruskanlah usaha untuk mendidik diri sendiri dengan kefahaman diri sendiri terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kalau tidak mampu, terpulanglah kepada anda untuk terus memperbaiki diri sendiri dengan diri sendiri tanpa bantuan mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, atau memudahkan cara dengan mencari mereka yang pakar dalam masalah tersebut.

Ingatlah dua perkara. Pertama, sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "ulama'a pewaris para nabi". Mereka bukan setakat mewarisi ilmu sahaja, bahkan mewarisi tarbiah Rasulullah s.a.w. dengan Al-Bashirah (pandangan mata hati) dan Al-Khibrah (pengalaman). Kedua, ingatlah bahawa, masih terdapat lagi mursyid-mursyid sunni yang berpegang dengan dustur Islam, cuma barangkali anda belum menemuinya.

Kita tidak mengkritik mereka yang ingin memperbaiki diri sendiri tanpa mursyid, dan hanya merujuk kepada kefahaman mereka terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah, bahkan kita turut mendoakan kejayaan mereka dan membantu mereka untuk tujuan kebaikan dan taqwa. Namun, kita cadangkan, jika mereka dapati, jalan memperbaiki diri sendiri adalah terlalu sukar, mengapa tidak mengikut contoh Imam Al-Ghazali r.a. dan sebagainya yang mencari mursyid yang berpengalaman dalam masalah tarbiah?

Percayalah bahawa, rahmat Allah s.w.t. itu luas. Maka, sepertimana di zaman Imam Al-Ghazali, ada mursyid yang muhaqqiq, seperti itu juga, di zaman ini dan seterusnya, ada dan akan terus ada mursyid yang muhaqqiq. Inilah rahmat Allah s.w.t. yang tiada bersempadan kepada umat Islam.

Sedangkan doktor pakar sakit jantung sendiri, bila sakit jantung, pergi berubat kepada doktor sakit jantung yang lain...maka fahamilah...

Semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam menuju keredhaan-Nya...Amin...

Wallahu a'lam...

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kamus Tasawuf (L-Z) Versi Nawaites Idnef fIRE

Kamus Tasawuf (L-Z)PDF | Print | E-mail

Kamus Tasawuf (L-Z)

mabuk: Keadaan orang yang di dalam jazbah. Dia lupa kepada dirinya tetapi pancainderanya masih aktif. Hati nuraninya dikuasai oleh hal ketuhanan yang berbeza dengan sifat kemanusiaan. Oleh yang demikian lahirlah perbuatan dan perkataan yang menyalahi peraturan kemanusiaan.

mahabbah: Cinta.

majnun: Gila.

majzub: Orang yang mengalami jazbah.

makam: Hati hamba menjadi tempat curahan kurniaan Allah s.w.t. Dikurniakan-Nya berbagai-bagai hal kepada hati hamba-Nya. Kurniaan yang demikian adalah semata-mata kerana rahmat dan belas kasihan-Nya kepada hamba-Nya. Hamba tidak berupaya mendapatkan yang demikian dengan amal dan ilmunya. Tetapi apabila kurniaan tersebut diterima oleh hati, maka si hamba perlu mengambil langkah yang sesuai bagi menetapkan hal berkenaan pada hatinya. Apabila hal kurniaan Allah s.w.t itu menetap di dalam hati. Hal yang telah diserapkan menjadi makam akan membentuk sifat dan keperibadian khusus dan berterusan menurut hal berkenaan.

makam abid: Ada sebahagian daripada hamba-Nya dikurniakan hal merasakan kehambaan yang sangat kuat terhadap Allah s.w.t. Hal yang demikian membuatkan si hamba itu mempergiatkan amal ibadatnya. Setelah keadaan yang demikian sebati dengannya akan terbentuklah sifat dan keperibadian yang teguh kehambaannya dan kuat ibadatnya. Suasana yang demikian dinamakan makam abid.

makam al-buhut: Hamba yang sampai kepada penghujung jalan ilmu dan makrifat akan menemui suasana kehairan-hairanan tentang zat Ilahiat yang tidak mampu dihuraikan oleh ilmu dan tidak mampu diperkenalkan oleh makrifat. Bila suasana demikian menguasai jiwa raganya dia dikatakan memperolehi makam al-buhut.

makam alif: Suasana hati yang menghadap Tuhan dengan tetap, tidak teringat kepada sesuatu yang lain.

makam Amin: Orang yang lulus ujian iman dan menetap di atas jalan takwa memperoleh kesejehteraan dan ketenangan. Suasana yang demikian dinamakan makam Amin. Imannya telah teguh, tidak dapat digoncangkan oleh sesuatu.

makam arifbillah: Setelah melepasi peringkat kehairan-hairanan si hamba dibawa kepada ilmu dan makrifat yang berbeza dengan yang sebelumnya. Pada tahap ini si hamba mendapat pengetahuan tentang Allah s.w.t secara mengetahui tetapi tidak ada pengetahuan tentang-Nya namun, keyakinannya teguh bahawa Allah s.w.t yang diketahuinya. Dia juga memperolehi makrifat secara mengenali Allah s.w.t tetapi tiada sebarang pengenalan tentang-Nya, tetapi keyakinannya teguh bahawa Allah s.w.t yang dikenalinya. Dia dikatakan melihat Allah s.w.t secara tanpa huruf, tanpa suara, tanpa ibarat dan tanpa sesuatu yang boleh disifatkan. Hamba yang mengenali Allah s.w.t pada tahap demikian dikatakan mencapai makam arifbillah.

makam asbab: Manusia dikelilingi oleh perjalanan hukum sebab musabab dan mereka mengambil bahagian dalam sistem tersebut. Mereka melihat kekuatan hukum sebab dalam menghasilkan akibat. Bila keyakinan sudah penuh terhadap keberkesanan hukum sebab-akibat itu menguasai hati maka mereka dikatakan berada dalam makam asbab.

makam baqa: Kebaqaan adalah suasana kerohanian yang muncul selepas suasana kefanaan. Dalam proses menaik, iaitu kefanaan, berlaku pelepasan benda-benda alam, makhluk dan diri sendiri daripada kesedaran hati seseorang. Kehendak diri sendiri juga terhapus. Pada kemuncak kefanaan seseorang tidak ingat dan tidak menyedari tentang sesuatu melainkan Allah s.w.t. Selepas peringkat kemuncak kefanaan itu, ingatan dan kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk lain kembali sedikit demi sedikit. Pada tahap ini walaupun dia melihat, menyedari dan mengingati dirinya dan makhluk namun, hatinya masih lagi kuat dikuasai oleh hal ketuhanan yang menyebabkan dia melihat suasana kekekalan dirinya dengan Tuhan. Dia masih melihat persamaan wujudnya dengan Wujud Tuhan. Suasana yang demikian dinamakan makam baqa. Setelah melepasi makam baqa ini baharulah hamba dapat membezakan sepenuhnya wujud makhluk dengan Wujud Tuhan.

makam fana: Suasana terhapusnya kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk sekaliannya, yang ada hanyalah Allah s.w.t.

makam hakikat: Suasana yang ada pengalaman mengenai hal-hal ketuhanan seperti menyaksikan suasana ilmu Tuhan atau urusan pentadbiran Tuhan. Orang yang berada pada makam hakikat hanya melihat Tuhan, dengan Tuhan dan kepada Tuhan.

makam Hakikat Muhammad: Nur Allah merupakan sumber kepada segala kewujudan. Setiap makhluk yang Tuhan ciptakan adalah berdasarkan hakikat berkenaan yang ada pada sisi Allah s.w.t. Hakikat yang ada pada sisi Allah s.w.t itu adalah terjemahan kepada keadaan Nur Allah s.w.t. Kesemua hakikat-hakikat tersebut menceritakan sebahagian daripada keadaan Nur Allah s.w.t kecuali satu hakikat. Hakikat yang satu ini merupakan terjemahan sepenuhnya mengenai Nur Allah s.w.t. Hakikat yang mendapat penguasaan Nur Allah s.w.t secara keseluruhan itu adalah hakikat yang berdasarkan kepadanya Nabi Muhammad s.a.w diciptakan dan ia dinamakan Hakikat Muhammad. Jadi, Hakikat Muhammad merupakan hakikat yang menyeluruh sementara hakikat-hakikat yang lain adalah umpama cabang-cabangnya. Oleh yang demikian terdapat ‘jambatan' di antara hakikat-hakikat yang lain dengan Hakikat Muhammad. Oleh kerana susunan hakikat yang demikian, maka ada dari kalangan hamba-hamba Allah yang dapat menyeberangi jambatan tersebut untuk sampai kepada Hakikat Muhammad. Keadaan ini berlaku dalam pengalaman kerohanian semata-mata, bukan perjalanan secara nyata. Hamba yang mengalami suasana demikian dikatakan mencapai makam Hakikat Muhammad. Pada makam ini hati si hamba dikuasai oleh rasa kecintaan teramat sangat kepada Allah s.w.t dan rasa yang demikian membuat hatinya berhadapan sepenuhnya dengan Allah s.w.t.

makam hamba pilihan: Hamba yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk memikul sesuatu tugas akan dibawa kepada jalan yang akan memantapkan kerohaniannya sehingga dia layak memikul tugas berkenaan. Dalam proses tersebut si hamba dihadapkan dengan ujian bala bencana. Tujuan bala tersebut bukanlah untuk memusnahkan si hamba itu tetapi untuk membentuk dirinya. Oleh yang demikian Allah s.w.t memperkuatkan hamba-Nya itu dengan bekalan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi ujian merupakan latihan yang sangat berkesan membentuk kerohanian seseorang. Dalam menuju kemantapan si hamba dibekalkan pula dengan kekuatan reda. Bila kerohaniannya sudah cukup mantap dicanai oleh keredaan dia menetap dalam suasana yang dipanggil makam hamba pilihan. Dalam suasana ini dia sudah benar-benar bersedia untuk memikul beban tugas yang Allah s.w.t sediakan untuknya.

makam ihsan: Apabila hati seseorang hamba itu dapat merasakan kehadiran Allah s.w.t pada setiap masa maka ia dikatakan mencapai makam ihsan.

makam ikhlas: Ikhlas peringkat pertama adalah ikhlas yang dipaksakan samada sebelum melakukan sesuatu perbuatan ataupun sesudah melakukannya. Seseorang itu perlu mengingatkan dan mengawasi hatinya agar keikhlasan tidak dirosakkan oleh ungkitan ataupun perasaan riak. Setelah keikhlasan sudah menjadi sifat dan keperibadian, seseorang itu tidak perlu memperingatkan dan mengawasi hatinya daripada anasir yang merosakkan keikhlasan itu, malah tidak terlintas pada hatinya tentang perbuatannya itu ikhlas atau tidak. Hamba yang sudah benar kedudukannya dengan Tuhannya akan memiliki keikhlasan secara spontan pada setiap amalannya tanpa dia perlu memperjelaskan niatnya. Suasana yang demikian dinamakan makam ikhlas.


makam insan: Setelah melepasi peringkat fana dan baqa dalam perjalanan kerohanian seseorang salik itu kembali kepada kesedaran manusia biasa, iaitu dia kembali kepada makam insan.

makam Jabarut: Dalam perjalanan menaik kerohanian salik akan sampai kepada peringkat penguasaan sifat Tuhan terhadap hatinya. Dia dikatakan memasuki makam jabarut.

makam kalbu: Apabila salik dapat melepaskan pengaruh alam benda dan tarikan hawa nafsu daripada hatinya, dia masuk kepada kesedaran hati. Dia dikatakan mencapai makam kalbu.

makam keesaan: Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa. Kekuatan akal dan khayal tidak mampu menyingkap atau menghuraikan keadaan keesaan Tuhan itu. Keesaan Tuhan tersingkap melalui pengalaman kerohanian. Dalam suasana keesaan itu seseorang diizinkan merasai ketiadaan diri dan segala yang lain, yang ada hanyalah Allah s.w.t.

makam kehambaan: Keadaan orang yang menyaksikan kehambaan dirinya dan ketuhanan Allah s.w.t.

makam kehampiran: Suasana hati yang merasai kehampiran dengan Allah s.w.t.

makam ketuhanan: Hal-hal atau keadaan ketuhanan. Sebahagian orang mengalami jazbah dan merasai hal-hal atau keadaan tersebut.

makam keteguhan: Sebelum mencapai satu tahap kematangan kerohanian, hati salik berada dalam keadaan berbolak-balik. Keresahan dan dukacita masih berpeluang memasuki hatinya. Setelah dia melepasi peringkat tersebut kesabaran, penyerahan dan keredaannya kepada Allah s.w.t menjadi teguh. Dia memasuki makam ketetapan yang penuh dengan ketenangan.

makam kewalian: Hamba yang sampai kepada makam ketetapan dibawa kepada penjagaan dan pemeliharaan Allah s.w.t. Tuhan memelihara hatinya dan anggotanya daripada melakukan maksiat. Dia dipermudahkan melakukan ibadat dan kebajikan. Apa sahaja yang sampai kepadanya sudah ditapis. Dia hanya menerima yang bersih dan tiada kemudaratan sahaja. Apabila dia terbabas kepada melakukan kesalahan dia dengan segera dibawa kembali kepada jalan yang benar. Suasana demikian dinamakan makam kewalian.

makam khalifah: Kedudukan yang layak menjadikan seseorang khalifah kerohanian yang boleh membimbing orang lain.

makam Lahut: Hal Zat Allah s.w.t yang melepasi semua penyifatan.

makam mahabbah: Apabila hati hamba mempunyai pertalian dengan hakikat dirinya dan terbuka hubungan dengan Hakikat Muhammad akan memancarlah nur yang membukakan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah s.w.t. Dia dikatakan mencapai makam mahabbah.

makam makrifat: Hamba yang sudah sampai kepada peringkat mengenal Allah s.w.t secara hakiki dikatakan memperolehi makam makrifat.

makam melihat Allah s.w.t.: Hati yang akrab dengan Allah s.w.t berada dalam keadaan menyaksikan sesuatu mengenai-Nya pada setiap masa dan setiap suasana. Dia menyaksikan sesuatu mengenai Allah s.w.t pada dua perkara yang bertentangan dengan sekali pandang. Perjalanan hukum sebab musabab dan pergerakan makhluk di dalamnya tidak menutup pandangannya daripada menyaksikan rububiah. Dia dikatakan mencapai makam melihat Allah s.w.t. Melihat-Nya bukanlah dengan mata di kepala tetapi ia adalah penyaksian mata hati yang lahir daripada kecintaan dan kerinduan kepada-Nya.

makam Mukmin: Apabila kecintaan terhadap Allah s.w.t, Rasul-Nya dan berjihad pada jalannya melebihi daripada segala-galanya maka layaklah seseorang muslim itu disebut sebagai berada pada makam Mukmin.

makam muqarrabin: Hati yang sudah melimpah-ruah dengan Nur Ilahi akan merasakan keakraban dengan-Nya. Tidak ada lagi hijab dan jarak yang memisahkan di antara hamba dengan Tuhan. Allah s.w.t disaksikan di mana-mana, pada segala sesuatu dan pada setiap waktu. Apa sahaja yang dipandang menjadi cermin untuk melihat sesuatu mengenai-Nya. Apa sahaja yang sampai kepada hati adalah umpama tutur-kata-Nya. Beginilah suasana hati yang merasai kehampiran dan keakraban dengan Tuhan atau yang sampai kepada makam muqarrabin.

makam Muslim: Apabila seseorang Islam dapat berpegang teguh dengan peraturan Islam dan mengamalkannya dengan sebaik mungkin maka layaklah dia mendapat makam Muslim.

makam musyahadah: Keakraban dan kehampiran dengan Allah s.w.t membawa hati si hamba kepada hal atau suasana kerohanian yang dipanggil saling berhadapan dan berpandangan dengan Tuhan. Inilah makam musyahadah.

makam muttaqin: Apabila sifat ketakwaan sudah teguh seseorang hamba itu mencapai makam muttaqin.

makam nafsu: Sifat nafsu boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu nafsu yang keji dan nafsu yang terpuji. Jika sifat nafsu yang keji menguasai hati maka hati itu berada dalam makam nafsu yang keji. Jika sifat nafsu yang terpuji menguasai hati maka hati berada dalam makam nafsu yang terpuji. Makam nafsu yang paling keji ialah nafsu ammarah. Makam nafsu yang terpuji ialah muthmainnah ke atas. Nafsu yang keji menghijab hati daripada menerima nur dari alam ghaib, dengan demikian menghalang cahaya iman daripada memasuki hati.

makam penetapan: Apabila pencarian telah berakhir dan pengalaman kerohanian telah menemukan Yang Haq maka seseorang itu mendapat kepastian mengenai ketuhanan dan kehambaan yang telah mengelirukannya dahulu. Ketika mencari pandangannya masih diliputi oleh keraguan dan ketidak-pastian. Dia masih ‘memandang ke atas' atau dalam keadaan mencari atau menanti yang dia sendiri tidak tahu apa yang dicari dan dinanti. Bila Kebenaran Hakiki dibukakan kepadanya dia mendapat keyakinan dengan pegangan atau iktikadnya dan ianya tidak bergoncang lagi. Dia dikatakan memperolehi makam penetapan.

makam penyaksian: Pada makam penyaksian mata hati sentiasa memandang kepada Allah s.w.t. Apa sahaja yang dilihat dan dihadapi membuka pandangan hati kepada sesuatu yang mengenai Tuhan, seperti nama-Nya, sifat-Nya, kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan lain-lain. Pada makam ini Allah s.w.t dikenali melalui dua perkara yang bertentangan. Pertentangan tersebut tidak menutup pandangan hati untuk melihat kehadiran Allah s.w.t pada kedua-dua perkara tersebut. Apabila kehadiran Allah s.w.t dapat disaksikan atau dirasakan pada dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang, maka seseorang itu dikatakan berada pada makam penyaksian.

makam pilihan: Apabila Allah s.w.t memilih seseorang hamba-Nya bagi sesuatu tujuan menurut kehendak-Nya, si hamba itu akan dibawa melalui berbagai-bagai proses dan latihan kerohanian sehingga dia berada dalam keadaan layak dan kuat untuk menanggung beban tugas yang akan Allah s.w.t letakkan di atas bahunya. Hamba yang sudah layak memikul tugas itu dikatakan berada pada makam pilihan. Dia dipilih oleh Allah s.w.t untuk melaksanakan sesuatu urusan-Nya demi kebaikan agama-Nya dan makhluk-Nya.

makam reda: Setelah hamba berjaya melepasi ujian dengan kesabaran yang teguh dia masuk pula kepada suasana reda dengan takdir Allah s.w.t. Bila sifat reda sudah teguh pada hatinya dia mencapai makam reda.

makam roh: Roh atau rohani pada asal kejadiannya adalah suci bersih. Percantuman dengan jasad menyebabkan wujud hijab-hijab yang menutup keaslian roh itu. Setelah melalui beberapa proses dan latihan kerohanian hijab-hijab tersebut dapat disingkapkan. Keaslian roh muncul semula. Semua ini dinamakan makam roh.

makam sabar: Hati yang teguh dengan sifat kesabaran berada dalam makam sabar.

makam siddiqiyat: Makam orang yang benar, iaitu orang yang bersesuaian kehendaknya dan pebuatannya dengan kehendak Allah s.w.t dan peraturan agama-Nya.

makam Sir: Bila hati kembali kepada kesucian dan kemurniaannya yang asli dan kembali memakai sifat rohani yang sejati, ia dikatakan berada pada makam sir.

makam syuhud: Makam syuhud adalah makam penyaksian iaitu menyaksikan rububiah pada setiap waktu dan semua suasana.

makam takdir: Apabila hamba reda sepenuhnya kepada kehendak dan ketentuan  Allah s.w.t dia dikatakan mencapai makam takdir. Kesenangan dan kesusahan menjadi dua perkara yang serupa baginya, iaitu takdir Tuhan untuknya.

makam tajrid: Suasana hati yang bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t, teguh dengan sifat-sifat sabar, tawakal, reda dan ikhlas kepada-Nya. Karenah makhluk dan teka teki sebab musabab tidak melemahkan pergantungan dan penyerahannya kepada Allah s.w.t.

makam tauhid sifat: Pada makam tauhid sifat hamba menyaksikan kesempurnaan dan keelokan sifat Allah s.w.t. Dia tidak melihat ada makhluk yang berkuasa mendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan kepada sesiapa pun. Penyaksian hatinya adalah Allah s.w.t jualah yang berkuasa dan Dia jualah yang hidup. Dia Berdiri Dengan Sendiri dengan segala sifat kesempurnaan-Nya.

makam tiada doa: Bila ingatan dan kesedaran terhadap diri sendiri serta kehendak diri sudah lebur di dalam hal ketuhanan tidak ada apa lagi yang mendorong si hamba berdoa kepada Tuhan. Bila dirinya dikembalikan bersama-sama kehendaknya dia kembali kepada suasana yang ada permintaan dan doa.

makrifat: Pengenalan terhadap hakikat-hakikat yang dialami oleh hati yang membawa kepada pengenalan terhadap Tuhan. makrifat diperolehi setelah terjadinya kasyaf, iaitu pembukaan kepada keghaiban.

makrifatullah: Hasil daripada pengalaman mengenai hakikat-hakikat seseorang hamba itu memperolehi makrifatullah, iaitu mengenal Allah s.w.t sekadar yang Dia mahu diri-Nya dikenali.

makruf: Perbuatan baik yang sesuai dengan nilai-nilai murni kemanusiaan yang dilakukan kerana mentaati perintah Allah s.w.t.

malakut: Malaikat. Alam malakut adalah alam malaikat.

mansuh: Dibatalkan.

mardhiah: Nafsu mardhiah.

mata hati: Kebolehan atau bakat untuk menyaksikan perkara ghaib dan hal-hal ketuhanan yang ada pada hati, juga kebolehan hati untuk mengenal hakikat sesuatu.. Mata hati dapat melihat kejahatan syaitan sekalipun syaitan datang sebagai orang yang kelihatan alim dan warak. Lebih penting lagi mata hati mampu menyaksikan sesuatu mengenai Tuhan pada sesuatu perkara dan kejadian yang disaksikannya. Walaupun digunakan istilah mata hati tetapi ianya bukanlah bakat melihat seperti mata zahir di kepala. Mata hati melihat dan mendengar sekaligus. Suasana alam ghaib bukanlah seperti alam nyata. Rupa dan bahasa alam ghaib tidak sama dengan rupa dan bahasa alam nyata. Walaupun rupa dan bahasanya berbeza namun, mata hati boleh mengenal rupa tersebut dan memahami bahasa berkenaan. Keadaannya samalah seperti orang yang bermimpi menemui seseorang yang lain. Orang yang bermimpi itu mengenali orang yang ditemuinya itu walaupun orang tersebut tidak memperkenalkan dirinya. Orang yang bermimpi itu juga mengetahui apa yang diberitahu oleh orang yang berkenaan walaupun orang tersebut tidak berkata apa-apa. Demikianlah halnya mata hati, melihat dan mendengar sekaligus, mengenali dan memahami apa yang ditemuinya.


mati hisi: Dalam suasana ini apa juga yang mengisi alam ini lenyap dari alam perasaan. Tidak ada lagi pemikiran, perasaan, bahasa, ruang, masa, ukuran dan rupa bentuk. Dia mengalami suasana yang kosong, tiada isi, tiada rupa, tiada bahasa dan tidak boleh diperkatakan apa-apa. Hatinya dikuasai oleh Wujud Allah s.w.t semata-mata, tidak ada yang lain. Keadaan kerohanian pada peringkat ini adalah menyaksikan zat yang kosong dari makhluk, yang maujud hanya Allah s.w.t.

mati maknawi: Apabila seseorang sampai kepada peringkat keasyikan terhadap sifat Allah s.w.t bakat diri zahirnya dikuasai oleh bakat diri batin atau hati nuraninya. Penglihatan mata zahir dikuasai oleh penglihatan mata hati. Benda-benda alam tidak lagi menarik perhatiannya. Sifat-sifat alam benda tidak berbekas pada hatinya ketika mata hatinya memandang kepada sifat Allah s.w.t Yang Maha Sempurna dan Kekal. Kesedaran pancainderanya hilang dan dia dikuasai oleh suasana sifat Allah s.w.t. Kefanaan pada peringkat ini membuat seseorang melihat kepada keabadian. Dia tidak lagi melihat kepada jasad yang akan binasa dan tidak juga kepada dunia yang bersifat sementara. Dia dikuasai oleh suasana rohani sepenuhnya

mati surri: Pengaruh nur dari alam ghaib kepada hati menyebabkan  segala kewujudan yang sementara dan sifat kemanusiaan terhapus dari alam perasaan atau hati. Hatinya dikuasai oleh suasana alam ghaib yang bersifat nur. Dalam suasana demikian pengaruh nama Allah s.w.t sangat memberi bekas pada hatinya. Orang yang mengalami kefanaan ini sudah terputus dari sifat-sifat kemanusiaan maka lahirlah perwatakan yang ganjil dan aneh, tidak secucuk dengan tatasusila dan adab masyarakat. Percakapannya sukar dimengerti dan kadang-kadang menyinggung perasaan orang lain. Mungkin juga terkeluar dari mulutnya ucapan yang pada zahirnya bersalahan dengan syariat.

mati tabii: Apabila hati seseorang mendapat keasyikan terhadap hal ketuhanan fikiran dan pancainderanya menjadi tidak aktif. Pendengaran dan penglihatan zahir tidak memberi kesan kepada hati dan fikiran. Pemikiran, perasaan dan keinginannya tidak memberi bekas kepada hatinya. Dia melihat kelakuan dirinya terjadi diluar kawalannya dan  dia tidak berupaya menyekat apa yang mahu terjadi itu. Dia merasakan seolah-olah kuasa ghaib mengheretnya untuk berbuat sesuatu dan dia tidak berupaya menentang kuasa tersebut. Hubungan hatinya dengan Allah s.w.t sangat erat hinggakan setiap kali dia menyebut Allah hatinya merasakan seolah-olah Allah menjawab seruannya itu. Pada peringkat ini kesedaran diri lenyap di dalam lakuan Allah s.w.t. Hatinya menghayati bahawa Allah s.w.t jualah yang berkuasa melakukan segala sesuatu.

Mikraj: Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Baitul Makdis naik ke alam langit-langit, sampai ke Sidratul Muntaha dan seterusnya memasuki alam Arasy hingga ke tempat yang paling tinggi di Arasy. Di sana baginda s.a.w menerima perintah sembahyang fardu.

muazzin: Juru bang.

mubah: Perkara yang pada dasarnya adalah halal tetapi dikhuatiri bercampur dengan perkara yang haram.

Muhajirin: Orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

mujahadah: Perjuangan mengawal hawa nafsu dan membuang sifat-sifat yang tercela, menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

mulhid: Orang yang berpegang kepada fahaman wahdatul wujud dan membuang syariat hanya sekadar bersandar kepada ilmu tanpa melalui pengalaman kerohanian mengenai hakikat.

muqarrabin: Orang yang merasakan akan kehadiran Allah s.w.t pada setiap ketika.

muridin: Sama seperti salik.

mursyid: Guru yang arif mengenai syariat zahir dan syariat batin dan juga mengamalkan kedua-duanya. Guru tersebut memiliki kedua-dua jenis ilmu iaitu ilmu fikah dan ilmu tasauf. Dia memahami selok-belok perjalanan kerohanian dan mampu menghuraikan pengalaman-pengalaman kerohanian yang ditempuhi oleh muridnya iaitu orang salik. Guru yang demikian memiliki kasyaf qulub, iaitu boleh membaca perkembangan pemikiran dan jiwa muridnya. Bakat tersebut memudahkan mursyid itu membimbing muridnya.

musyahadah: Saling berhadapan, iaitu hamba berhadapan dengan Tuhan. Apa yang berlaku bukanlah berhadapan secara langsung. Ia adalah pengalaman kerohanian yang menyentuh hal ketuhanan. Tuhan membukakan hijab supaya hamba dapat mengenali-Nya sekadar yang Dia mahu diri-Nya dikenali.

muttakhaliq: Orang yang memasuki alam kerohanian dan mengalami hal ketuhanan. Sifat, keperibadian, daya-rasa dan daya-nilainya berubah. Segala sesuatu diisbatkannya kepada Tuhan. Dia samada melihat dirinya sebagai alat dan Tuhan yang menggunakan alat ataupun dia melihat Tuhan mengurniakan kepadanya alat dan dia sendiri yang menggunakan alat tersebut.

muttaqin: Orang yang menjalankan perintah Allah s.w.t dengan tepat dan bersungguh-sungguh meninggalkan larangan-Nya, iaitu orang yang bertakwa.

muwahhid: Orang yang dikuasai oleh hal di mana kesedaran dan ingatannya terhadap dirinya dan sekalian makhluk sudah tidak ada lagi. Dia dikuasai oleh suasana ‘Allah' semata-mata. Dia melihat ‘Allah', mendengar ‘Allah' dan merasa ‘Allah' pada semua perkara dan ketika.

mazhab: Aliran kefahaman mengenai agama.

Mikraj: Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Baitul Makdis naik ke Alam Langit-langit, sampai ke Sidratul Muntaha dan seterusnya memasuki alam Arasy hingga ke tempat yang paling tinggi di Arasy. Di sana baginda s.a.w menerima perintah sembahyang fardu.

Muhajiirin: Orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

mujahadah: Perjuangan mengawal hawa nafsu dan membuang sifat-sifat yang tercela, menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

Mujahidin: Tentera yang berjuang demi jihad pada jalan Allah s.w.t.

mujtahid: Orang yang berkelayakan untuk berijtihad.

muktabar: Kedudukan atau kebolehan yang diperakui oleh orang-orang yang mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan.

mulhamah: Nafsu mulhamah.

mumkinul wujud: Wujud makhluk.

munafik: Munafik kelas pertama muncul di Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mereka dipimpin oleh Abdullah bin Ubai. Mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka tidak memperakui bahawa wahyu itu datangnya dari Tuhan. Mereka beranggapan Nabi Muhammad s.a.w hanyalah seorang manusia biasa, bukanlah seorang rasul yang diutus oleh Tuhan. Mereka beranggapan wahyu hanyalah perkataan yang keluar daripada pemikiran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan agama yang baginda s.a.w bawa namun, suasana di Madinah membuat mereka terpaksa menyertai Islam. Mereka memeluk agama Islam secara zahir sahaja sedangkan hati mereka menolaknya. Mereka menjadikan Islam bukan sebagai agama Tuhan, tetapi hanyalah sebagai sebuah pertubuhan atau pergerakan kemanusiaan. Oleh yang demikian mereka membuang ajaran dan peraturan agama pada bila-bila masa sahaja yang mereka suka. Mereka juga gemar mempersendakan kepercayaan agama yang mereka anggap lebih rendah daripada nilai-nilai kemanusiaan yang ada dengan mereka. Sifat-sifat munafik itu ‘berjalan' dari satu generasi ke generasi yang lain, hinggalah kepada generasi sekarang. Kemunafikan yang ada bergantung kepada kekuatan sifat-sifat munafik yang menguasai hati. Jika sifat-sifat munafik itu sampai kepada tahap mampu menutup hati daripada melihat kebenaran ajaran dan peraturan Islam maka sifat-sifat kemunafikan itu bertukar menjadi kekufuran.

munkar: Perkara baik menurut nilai-nilai murni kemanusiaan yang diperakui oleh ajaran agama menjadi perkara makruf sementara perkara buruk pula menjadi perkara munkar. Dalam agama, perbuatan makruf berhak mendapat pahala dan perbuatan munkar layak menerima dosa.

muraqabah: Kehampiran hati dengan Allah s.w.t menyebabkan hati merasai bermuraqabah atau berhadapan dengan Tuhan.

mursyid: Guru yang arif mengenai syariat zahir dan syariat batin dan juga mengamalkan kedua-duanya. Guru tersebut memiliki kedua-dua jenis ilmu iaitu ilmu fikah dan ilmu tasauf. Dia memahami selok-belok perjalanan kerohanian dan mampu menghuraikan pengalaman-pengalaman kerohanian yang ditempuhi oleh muridnya iaitu orang salik. Guru yang demikian memiliki kasyaf qulub, iaitu boleh membaca perkembangan pemikiran dan jiwa muridnya. Bakat tersebut memudahkan mursyid itu membimbing muridnya.

muta'allim: Orang yang menuntut ilmu.

muthmainnah: Nafsu muthmainnah.

Mutlak: Keadaan Tuhan yang Berdiri Dengan Sendiri.

mutahaqqiq: Salik yang telah melepasi peringkat fana dan baqa dan kembali  kepada kesedaran kemanusiaan seperti biasa. Mutahaqqiq berkemampuan menguruskan kehidupan di dalam dunia ini sebagaimana seorang manusia biasa, tidak lagi terbawa-bawa dengan kemabukan dan latah.

muttakhaliq: Muttakhaliq adalah orang yang memasuki alam kerohanian dan mengalami hal ketuhanan. Sifat, keperibadian, daya-rasa dan daya-nilainya berubah. Segala sesuatu diisbatkannya kepada Tuhan. Dia samada melihat dirinya sebagai alat dan Tuhan yang menggunakan alat ataupun dia melihat Tuhan mengurniakan kepadanya alat dan dia sendiri yang menggunakan alat tersebut.

ISTILAH N - Z

nafs: Diri manusia. Bila dipandang sebagai diri yang mempunyai keinginan ia dipanggil nafsu. Bila dipandang sebagai diri yang berakal ia dipanggil nafsu natiqah. Bila dipandang sebagai gabungan berbagai-bagai sifat ia dinamakan hati. Nafsu, nafsu natiqah dan hati adalah diri manusia sendiri yang dipandang melalui berbagai-bagai aspek.

nafsu ammarah: Peringkat nafsu yang paling rendah dan paling kuat dikuasai oleh syahwat, dunia dan syaitan. Hijab yang muncul melalui nafsu ini menyebabkan tertutup hubungan hati dengan Tuhan. Nafsu mengarahkan semua pancaindera dan akal kepada perkara-perkara keduniaan semata-mata. Hati yang tidak menerima cahaya iman akan menghasilkan sifat-sifat ammarah

nafsu kamaliah: Peringkat nafsu yang paling tinggi, iaitu tahap kesempurnaan nafsu. Nafsu kamaliah adalah peringkat nafsu yang paling sempurna, suci bersih dan murni.

nafsu lawwamah: Sifat nafsu yang paling rendah, iaitu ammarah, adalah ego, enggan mengakui kesalahan diri sendiri. Apabila sifat nafsu itu menjadi bertambah baik cahaya kebenaran dapat menyelinap masuk ke dalam hati dan akal. Dalam suasana yang demikian seseorang dapat melihat dan mengakui kesalahan dirinya. Suasana diri yang boleh mengkeritik diri sendiri itu dinamakan peringkat lawwamah.

nafsu mardhiah: Sifat nafsu yang luhur, yang diredai oleh Allah s.w.t.

nafsu mulhamah: Sifat nafsu sebelum memasuki kembali kepada suasana rohani yang asli.

nafsu muthmainnah: Nafsu yang bersih, tulen dan asli yang menjadi sifat nafsu yang asal kepunyaan rohani sebelum dipengaruhi oleh anasir jasad dan alam dunia. Apabila dicemari oleh anasir jasad dan dunia tahap kesucian nafsu menurun kepada mulhamah. Jika kekotoran bertambah lagi ia menurun kepada tahap lawwamah. Nafsu yang sudah banyak tercemar dan berada pada tahap yang paling hina dikenali sebagai ammarah.

nafsu radhiah: Tingkat nafsu di antara muthmainnah dan mardhiah. Kemuncak fana berlaku dalam peringkat radhiah. Orang radhiah lupa kepada dirinya dan makhluk sekaliannya. Kesedarannya hanyalah pada Allah s.w.t.

nasut: Alam benda-benda.

nisbat: Istilah yang digunakan dalam tarekat Naqsabandiyah bagi menceritakan suasana yang tidak putus ingatannya kepada Allah s.w.t.

nur: Unsur seni lagi latif yang termasuk dalam perkara Latifah Rabbaniah. Nur bukanlah cahaya seperti cahaya lampu, cahaya matahari, cahaya kilat dan lain-lain cahaya yang boleh dilihat. Kekuatan akal dan khayal tidak mampu menghuraikan hakikat nur. Apa sahaja yang dinisbahkan kepada Tuhan adalah dalam keadaan nur. Malaikat yang menjalankan perintah Tuhan adalah nur. Roh yang menjadi urusan Tuhan adalah nur. Wahyu yang diturunkan oleh Tuhan adalah nur. Taufik, hidayat dan rahmat Tuhan adalah nur juga. Ilmu juga nur. Nama-nama Tuhan, sifat-sifat Tuhan dan Hadrat Tuhan yang dirasai oleh hati adalah nur juga. Nur yang termasuk di dalam golongan kewujudan yang diperintah, seperti malaikat dan roh manusia, adalah makhluk dan menghuni ruang alam. Nur urusan Tuhan, nama-nama, sifat-sifat dan Hadrat Tuhan bukanlah makhluk dan tidak mengambil ruang. Nur yang dinisbahkan secara langsung kepada Tuhan adalah keadaan atau hal Tuhan dan dipanggil Nur Allah. Walaupun terjadi pengalaman kerohanian mengenai Nur Allah, seperti nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya dan Hadrat-Nya, itu bukan bermakna Nur Allah masuk ke dalam hati, fikiran atau khayalan manusia. Apa yang manusia alami hanyalah gubahan Tuhan untuk melahirkan makrifat tentang Diri-Nya. Gubahan Tuhan yang demikian membuka pengertian tentang hakikat ketuhanan yang diselubungi oleh selimut ghaib yang kukuh.
nurani: Unsur atau anasir nur. Hati yang merupakan daging segempal adalah anasir nyata dan dinamakan hati sanubari. Hati seni bukan anasir nyata. Ia adalah anasir nur dan dinamakan hati nurani. Oleh kerana hati adalah daripada anasir nur maka ia mampu menerima hal ketuhanan yang dari nur.

Nur Akal: Akal ada dua jenis, iaitu akal zahir dan akal batin. Akal zahir mengenderai otak. Akal batin adalah unsur nur. Apabila akal batin sudah diterangi oleh nur baharulah perkara ketuhanan dapat difahami. Nur bagi akal batin menerangi akal yang pada otak. Baharulah manusia dapat memikirkan tentang ketuhanan dan perkara ghaib.

Nur al-Muwaajahah: Nur al-muwaajahah berperanan membawa hamba ‘berhadapan' dan ‘menyaksikan' Tuhan dalam suasana "Tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya".

nurani: Unsur atau anasir nur. Hati yang merupakan daging segempal adalah anasir nyata dan dinamakan hati sanubari. Hati seni bukan anasir nyata. Ia adalah anasir nur dan dinamakan hati nurani. Oleh kerana hati adalah daripada anasir nur maka ia mampu menerima hal ketuhanan yang dari nur.

Nur Iman: Cahaya iman. Iman adalah hubungan hati dengan Allah s.w.t. Hati adalah bangsa nur atau nurani. Apa juga yang dari Allah s.w.t adalah dalam unsur nur. Iman yang terpancar di dalam hati adalah juga nur. Nur Iman yang menerangi hati nurani membuka hubungan dengan Nur Ilahi.

Nur Kalbu: Nur yang memancar di dalam hati. Nur kalbu menerangi akal. Akal yang diterangi oleh nur berguna bagi pengajian tentang perkara ghaib dan ketuhanan. Tanpa sinaran Nur Kalbu akal tidak mampu bertafakur mengenai perkara ghaib dan ketuhanan.

Nur Muhammad: Urusan Tuhan yang berada pada sisi-Nya berhubung dengan penciptaan alam makhluk. Bolehlah dikatakan bahawa sekalian alam makhluk termasuklah manusia, jika disaksikan dalam Ilmu Tuhan maka sekaliannya disaksikan sebagai Nur Muhammad. Jika dipandang sebagai hakikat maka ia adalah Hakikat Insan dan juga Hakikat Alam. Nur Muhammad adalah suasana pentadbiran Tuhan bukan makhluk yang mendiami ruang alam. Bekas alam yang menerima bakat dan keupayaan Nur Muhammad itu dinamakan Roh Muhammad.

Nur Sir: Nur Rahsia Allah s.w.t. Nur sir yang menerima sinaran Nur Allah dan nur sir memancarkannya kepada nur hati, lalu hati mengalami sesuatu hal ketuhanan. Apa yang Allah s.w.t mahu sampaikan kepada hamba-Nya disampaikan-Nya kepada sir. Sir menterjemahkan utusan Tuhan itu dalam bentuk nur dan nur tersebut dihantarkan kepada hati. Hati yang mempunyai bakat makrifat memahami perutusan nur yang dihantarkan oleh sir itu.

nur tawajjuh: Hati hanya boleh menghadap dan menghampiri Tuhan kerana peranan nur. Nur yang berperanan demikian dinamakan nur tawajjuh.

Nurullah: Nur Allah s.w.t.

Nur Zikir: Ibadat yang dilakukan oleh seseorang hamba melahirkan nur. Wuduk melahirkan nur. Sembahyang melahirkan nur. Zikir juga melahirkan nur. Syarat bagi melahirkan nur dalam ibadat itu ialah ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata. Setiap nur yang lahir daripada ibadat itu mempunyai fungsinya masing-masing dalam membantu seseorang hamba mendekati dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Nur zikir melahirkan ingatan, kasih sayang dan kerinduan kepada-Nya. Zikir yang sudah melahirkan nur akan menambahkan kekuatan seseorang hamba dalam pengabdiannya kepada Tuhannya dan dia memperolehi kelazatan dalam berbuat demikian.

Nyawa Insan: Jasad hidup kerana Roh Haiwani dan Roh Haiwani pula memperolehi penghidupan daripada Roh Insan atau Nyawa Insan yang dinamakan juga Latifah Sir.

Pembimbing Hakiki: Di dalam pengajian ketuhanan tidak ada istilah kebetulan. Tidak ada yang berlaku secara kebetulan, tanpa dirancang atau ditadbir. Semua yang berlaku adalah di bawah tadbir Allah s.w.t. Jika secara tiba-tiba seseorang itu mendapat sesuatu pengetahuan atau terbuka kepadanya sesuatu  jalan, ianya berlaku bukanlah secara kebetulan tetapi menurut tadbir Tuhan. Oleh kerana hal tersebut berlaku secara tiba-tiba sumber kedatangannya tidak diketahui dengan jelas tetapi diyakini bahawa al-Haq, iaitu Tuhan yang Maha Mengasihani memberi taufik dan hidayat kepada hamba-Nya yang berkenaan. Apabila pengajaran tersebut dinisbahkan kepada al-Haq atau Tuhan, ia diistilahkan sebagai Pembimbing Hakiki. Orang yang menerima bimbingan secara demikian dapat merasakan bahawa pengetahuan yang sampai kepadanya adalah secara terancang bukan secara kebetulan. Kehadiran Pembimbing Hakiki tersebut, walaupun tidak diketahui hakikatnya, menambahkan keyakinan kepada hamba yang sedang berjalan pada jalan Tuhan itu.

Pembimbing Rohani: Sama seperti Pembimbing Hakiki.

Penglihatan Mutlak: Penglihatan Allah s.w.t yang bersifat Mutlak. Penglihatan Allah s.w.t tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan. Jika dikatakan Allah s.w.t Melihat makhluk-Nya, maka Dia Melihat makhluk-Nya itu sejak azali, sebelum makhluk diciptakan. Dia Melihat makhluk-Nya tatkala makhluk itu diciptakan. Dia Melihat makhluk-Nya sesudah makhluk diciptakan dan sampailah kepada keabadian. Dia Melihat perbuatan makhluk sebelum makhluk melakukan perbuatan itu, ketika makhluk melakukannya dan sesudah makhluk melakukannya. Dia Melihat yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin. Pada setiap perbuatan dan kejadian ada Penglihatan-Nya. Pada setiap penglihatan makhluk ada juga Penglihatan-Nya. Oleh yang demikian makhluk tidak dapat melakukan dan melihat sesuatu tanpa Allah s.w.t Melihatnya.

Penyaksian Hakiki: Penyaksian Hakiki mata hati adalah suasana hati yang sentiasa menyaksikan sesuatu tentang Tuhan, pada setiap masa dan semua kejadian.

Perbendaharaan Yang Tersembunyi: Rahsia-rahsia ketuhanan atau hakikat-hakikat yang berada pada sisi Tuhan. Kumpulan hakikat-hakikat tersebut dinamakan Hakikat Muhammadiah.

Perintah Batin: Hati nurani dinamakan juga Diri Batin. Nur dari alam ghaib diterima oleh hati nurani atau Diri Batin itu. Nur yang dari alam ghaib mempunyai kekuatan menguasai hati nurani. Perutusan yang disampaikan oleh nur tersebut diterima oleh hati nurani seumpama menerima perintah, tidak berupaya mengingkarinya. Hati kemudian memaksa pancainderanya untuk melakukan menurut perutusan yang telah diterimanya. Hal yang demikian dinamakan perintah batin. Orang yang menerima perintah batin ini sering melakukan sesuatu yang pada zahirnya kelihatan tidak munasabah bagi orang ramai. Namun begitu orang berkenaan tidak ragu-ragu melakukan perkara yang telah disampaikan kepada Diri Batinnya itu sekalipun dipandang remeh oleh orang lain.

Petunjuk Ilmu: Hati nurani adalah unsur nur dan ilmu juga unsur nur. Nur ilmu memancar kepada nur hati. Pancaran nur ilmu mengwujudkan sesuatu suasana di dalam hati. Hati memahami perutusan yang dibawa oleh nur ilmu itu. Hal yang demikian dinamakan petunjuk ilmu.

Petunjuk Laduni: Apabila nur dari alam ghaib dinisbahkan kepada pekerjaan atau urusan Tuhan ia dinamakan Petunjuk Laduni. Ia adalah bimbingan yang Allah s.w.t sampaikan kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya.

Qadak : Urusan atau suasana Pentadbiran Tuhan mengenai sesuatu perkara. Ia boleh juga dikatakan sebagai hakikat bagi kejadian Tuhan ataupun suasana ilmu Tuhan yang mengenai makhluk-Nya. Apa juga yang Tuhan berkehendak menciptakan sudah ada pada sisi-Nya, dalam Ilmu-Nya sebagai Pentadbiran-Nya dan dipanggil hakikat-hakikat yang menguasai segala kejadian.

Qadar: Apa yang terzahir atau berlaku menurut Qadak yang pada sisi Tuhan atau menurut kehendak yang ada pada Ilmu-Nya atau menurut hakikat-hakikat yang menguasai. Qadak berada pada sisi Tuhan dan Qadar adalah yang ‘keluar' menurut Qadak tersebut. Qadak adalah ilmu Tuhan dan Qadar adalah perbuatan-Nya menurut Ilmu-Nya. Boleh juga jika maksud yang dijelaskan mengenai Qadak digunakan untuk Qadar dan maksud untuk Qadar digunakan untuk Qadak. Sebahagian ulama mentafsirkan Qadar sebagai suasana ilmu Tuhan dan Qadak pula suasana perbuatan Tuhan. Kedua-dua bentuk pentafsiran tersebut boleh diguna-pakai.

Qurbi Faraidh: Suasana kerohanian di mana seseorang itu berubah kesedaran dan sifatnya. Dalam suasana yang demikian seseorang itu melihat ketidak-upayaan dirinya dan dia hanya menumpang daya dan upaya yang dari Allah s.w.t. Dia melihat apa sahaja yang keluar daripadanya adalah di bawah kekuasaan dan perbuatan Tuhan secara langsung tanpa dia ikut campur sedikitpun.

Qurbi Nawafil: Suasana kerohanian di mana seseorang melihat dirinya sebagai bekas yang Tuhan letakkan bakat-bakat dan keupayaan serta dia diizinkan menggunakan bakat-bakat serta keupayaan tersebut. Orang yang demikian melihat dirinya sebagai pengurus yang diberi kuasa untuk mentadbir apa yang dibekalkan kepadanya.

Qutubul Aqtab: Ketua Agung sekalian wali-wali.

radhiah: Nafsu radhiah.

raghib: Orang yang dilalaikan oleh dunia, syaitan dan dorongan hawa nafsu yang rendah. Akalnya tidak terbuka untuk memikirkan tentang kebesaran dan kemurahan Tuhan  Hatinya hanya dipenuhi oleh tuntutan hawa nafsu, tidak ada selira untuk mengingati Tuhan atau beribadat kepada Tuhan.

Rahsia: Rahsia atau Sir adalah ‘perantara' yang kerananya penciptaan makhluk menjadi mungkin. Ia menjadi pemangkin atau hijab kepada kewujudan makhluk. Rahsia atau Sir inilah yang memungkinkan ada hubungan makhluk dengan Tuhan. Hakikatnya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.

Rahsia Allah s.w.t: Sama seperti Rahsia.

Roh Allah s.w.t: Hakikat Roh. Urusan Tuhan yang berhubung dengan roh-roh. Ia dinamakan Roh Allah, iaitu hakikat yang berada pada sisi Allah s.w.t yang menguasai semua roh-roh.

Roh Insan: Latifah Sir.

Roh Muhammad: Roh yang paling latif yang menjadi penjana kepada sekalian kehidupan.

Roh Mutlak: Roh Allah s.w.t.

Roh Tuhan: Roh Allah s.w.t.

Rububiah: Suasana Pentadbiran Tuhan mengenai makhluk.

salat daim: Sembahyang yang berkekalan. Ada beberapa pengertian mengenai salat daim. Pertama, ia bermaksud sembahyang yang dilakukan secara berkekalan, iaitu tidak meninggalkan sebarang sembahyang fardu. Kedua, ia bermaksud hati sentiasa terikat dengan sembahyang, samada sedang melakukan sembahyang atau sedang menunggu untuk mengerjakan sembahyang sebelum masuk waktu sembahyang. Ke tiga, ia bermaksud suasana Latifah pada tahap kesedaran sir. Dalam kesedaran tersebut muka hati sentiasa menghadap kepada Allah s.w.t, tanpa diganggu oleh kesibukan pekerjaan atau kehadiran makhluk yang perlu dilayani. Keadaannya samalah seperti keadaan orang yang sedang berpuasa. Kesibukan dalam urusan harian tidak menghilangkan suasana berpuasa pada hati orang berkenaan. Pada tahap kesedaran sir setiap perbuatan dan perkataan menjadi ibadat.

salihin: Orang salih, iaitu orang beriman yang berjalan sesuai dengan peraturan syariat.

salik: Orang yang memasuki bidang latihan kerohanian.

salikin: Sama seperti salik.

sama'ah: Menceritakan kebaikan yang dilakukan bagi tujuan mendapatkan puji-pujian.

Samad: Salah satu daripada nama-nama Allah s.w.t yang menceritakan tentang hal-Nya. As-Samad membawa maksud bahawa Allah s.w.t jualah tempat makhluk berhajat dan bergantung. Makhluk tidak mungkin bebas daripada pergantungan kepada-Nya. As-Samad juga membawa maksud bahawa Allah s.w.t sahajalah yang berkuasa menerima permohonan hamba dan memperkenankannya. Selain itu as-Samad juga membawa maksud bahawa Allah s.w.t adalah penghujung segala sesuatu. Segala doa, hajat, harapan, cita-cita, khayalan dan sebagainya, walaupun dituju kepada sesiapa sahaja namun, kesudahannya sampai kepada Dia juga. Tidak ada perkataan, perbuatan, niat dan lain-lain yang terlepas daripada Allah as-Samad.

siddik: Salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah s.a.w. Siddik bererti benar, iaitu Rasulullah s.a.w adalah benar dalam penyampaian baginda s.a.w. Baginda s.a.w hanya menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Baginda s.a.w tidak mengada-adakan cerita dan tidak pula menyembunyikan sebarang perkhabaran yang disampaikan oleh Allah s.w.t.

Sifat Hakiki: Sifat Allah s.w.t yang melampaui penyifatan dan ibarat.

Sir: Rahsia, iaitu Rahsia Allah s.w.t yang menghubungkan makhluk dengan-Nya. Hakikat hubungan tersebut tidak diketahui oleh makhluk.

Suara Hakiki: Perintah batin, petunjuk ilmu, petunjuk laduni atau nur dari alam ghaib diterima oleh hati nurani. Nur yang demikian sampai kepada hati dengan membawa sesuatu perutusan dan pengertiannya ditanamkan kepada hati seumpama menanam sebiji benih. Hati adalah umpama bumi yang menumbuhkan benih tersebut. Setelah benih itu tumbuh maka pokoknya menjadi nyata. Sehubungan dengan itu hati berperanan menterjemahkan perutusan segumpal yang diterimanya. Dalam berbuat demikian hati seolah-olah menerima pengajaran dan tutur-kata yang menghuraikan perutusan nur yang diterimanya. ‘Tutur-kata' yang didengar atau difahami oleh hati itu dinamakan Suara Hakiki. Ia adalah suara hati bukan suara manusia berkata-kata secara nyata.

suhuf: Catatan wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi yang sedikit bilangannya dinamakan suhuf sementara yang lebih banyak dinamakan kitab.

syariat: Hukum dan peraturan Tuhan mengenai sesuatu perkara yang wajib dipatuhi oleh manusia. Syariat diturunkan kepada nabi-nabi dan mereka menyampaikannya kepada umat manusia.

syariat batin: Peraturan syariat yang berhubung dengan amalan hati seperti niat, iman, tawakal dan sebagainya.

syariat zahir: Peraturan syariat yang berhubung dengan amalan zahir seperti cara-cara mengerjakan sembahyang, haji dan lain-lain.

syurgawi: Nikmat, kesejahteraan dan keselamatan yang ada di syurga.

syuhud: Penyaksian dengan mata hati. Walaupun perkataan  penyaksian digunakan namun, syuhud bukanlah melihat semata-mata. Syuhud menggabungkan penyaksian, pendengaran dan perasaan hati. Dalam syuhud apa yang disaksikan itu jugalah yang didengar dan dirasakan. Gabungan bakat-bakat yang ada pada hati itulah dinamakan syuhud.

syirik: Melanggar sempadan yang memisahkan ketuhanan daripada kehambaan. Syirik terjadi apabila taraf ketuhanan diturunkan sehingga menyamai taraf kehambaan dan juga apabila taraf kehambaan dinaikkan sehingga menyamai taraf ketuhanan. Syirik bukan sahaja terjadi dalam perkara penyembahan malah perkara-perkara lain juga boleh menyebabkan syirik, seperti pemujian, penyayangan, ketaatan dan sebagainya. Jika berlaku pemujian, penyayangan dan ketaatan kepada makhluk sehingga membelakangi hak ketuhanan Allah s.w.t, maka terdapatlah syirik padanya.

syuhada: Orang yang mati syahid, iaitu orang yang mati dalam peperangan pada jalan Allah s.w.t.

syuhudi: Penyaksian dengan mata hati. Walaupun perkataan  penyaksian digunakan namun, syuhud bukanlah melihat semata-mata. Syuhud menggabungkan penyaksian, pendengaran dan perasaan hati. Dalam syuhud apa yang disaksikan itu jugalah yang didengar dan dirasakan. Gabungan bakat-bakat yang ada pada hati itulah dinamakan syuhud.

syurgawi: Sifat-sifat yang ada dalam syurga seperti keselamatan dan kelazatan.

tabligh: Salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah s.a.w. Tabligh bermaksud menyampaikan, iaitu Rasulllah s.a.w menyampaikan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, tanpa menyembunyikan atau meminda sesuatu.

tafakur: Proses pengambilan ilmu oleh akal zahir daripada akal yang bersuluhkan nur. Proses ini berlaku sebagai perbincangan dengan diri sendiri. Diri sendiri yang menjadi penanya dan penjawab. Bantuan nur membuka kefahaman terhadap perkara-perkara yang tidak difahami sebelumnya. Aspek diri yang bertanya mendapat jawapan yang memuaskan daripada aspek diri yang menjawab.

tajalli: Hal ketuhanan yang Allah s.w.t gubahkan bagi memperkenalkan Diri-Nya dan gubahan tersebut dihantarkan-Nya kepada hati hamba-Nya.

tajalliyat: Tajalli.

tajalli ilmu: Pembukaan terhadap pengetahuan mengenai pengalaman kerohanian yang telah dilalui dan hasilnya tercapailah makrifat.

tajalli Rahmani: Pembukaan mengenai hal-hal ketuhanan yang dipengaruhi oleh Tarikan ketuhanan secara langsung. Dalam tajalli Rahmani salik mencapai fana dan ikut hancur adalah ego dirinya. Apabila salik kembali kepada kesedaran semula dia kembali dengan tawaduk, tanpa ego diri, sombong atau takbur.

tajalli roh: Pembukaan mengenai perkara ghaib berlandaskan kekuatan Roh Haiwani yang dihijabkan oleh sifat-sifat nafsu yang rendah. Tajalli roh mendorong kepada penyaksian terhadap ketuhanan roh. Orang yang menerima tajalli roh menjadi semakin ego, merasakan ketuhanan diri dan membuang syariat.

tajalli rohani: Sama seperti tajalli roh.

tajrid: Suasana hati yang melihat sesuatu perkara dari sumbernya, iaitu Tuhan. Kepantasan mata hati memandang kepada Tuhan menyebabkan hukum sebab musabab tidak mempengaruhinya. Hati yang demikian kuat berserah dan bergantung kepada Tuhan, bukan kepada makhluk. Walaupun tindakan menurut hukum sebab musabab diambil namun, keberkesanan diletakkan kepada Tuhan dan ketentuan-Nya, bukan pada sebab musabab tersebut.

takwa: Sempadan hukum dan peraturan Tuhan yang perlu dijaga oleh seseorang hamba. Hamba yang bertakwa memelihara dirinya agar tidak terdorong untuk keluar dari sempadan tersebut. Dalam berbuat demikian hati dikuasai oleh rasa taat, merendah diri, takut, harap dan sebagainya kepada Tuhan. Gabungan sifat-sifat kehambaan tersebut merupakan sifat takwa.

tanzih: Keadaan Tuhan yang melampaui penyifatan.

taqarrub: Mendekati Allah s.w.t.

tarekat: Jalan, cara atau sistem yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan.

tarekat Islam: Peraturan syariat zahir dan syariat batin.

tarekat kehidupan harian: Menyesuaikan kehidupan yang dijalani harian dengan peraturan syariat zahir dan syariat batin.

tarekat sufi: Jalan kesufian.

tarekat tasauf: Pendekatan diri kepada Tuhan melalui cara tasauf menurut kaedah yang dibentuk oleh guru-guru tasauf yang telah mencuba sendiri sesuatu kaedah itu.

tarekat ujian bala: Ujian bala seperti penyakit, kesusahan mencari rezeki, kemalangan dan lain-lain adalah merupakan proses latihan kepada jiwa agar ia kembali kepada Tuhan.

tasauf: Satu aliran ilmu dan kefahaman agama yang menitik-beratkan soal hati, penyuciannya dan hubungannya dengan Tuhan.

tasybih: Keadaan Tuhan yang boleh disifatkan.

taubat
nasuha: Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat jenis ini adalah seumpama mencabut rumput dengan akarnya sekali agar rumput tersebut tidak berpeluang tumbuh kembali. Orang yang melakukan taubat nasuha bukan sahaja berhenti melakukan kesalahan malah faktor-faktor yang boleh membuka pintu kepada kesalahan tersebut juga dihapuskan.

taufik: Pertolongan Tuhan.

tauhid syuhudi: Penyaksian satu wujud oleh mata hati, dinamakan wahdatul syuhud.

tauhid wujudi: Keyakinan atau kepercayaan tentang satu wujud, dinamakan wahdatul wujud.

tawaduk: Merendah diri, terutamanya dengan Allah s.w.t.

tawajjuh: Salah satu suasana kerohanian di mana berlaku ‘lonjakan' kesedaran daripada kesedaran kebendaan kepada kesedaran hakikat yang membawa hati merasakan kehampiran Allah s.w.t.

tawakal: Meletakkan harapan, pergantungan dan penyerahan hanya kepada Allah s.w.t. Tawakal beserta setiap amalan, di sepanjang amalan itu, bukan hanya datang sesudah amalan dibuat. Tawakal yang menemani setiap langkah pekerjaan membuat hati sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, melihat Kudrat dan Iradat-Nya, Haula dan Kuwwata-Nya serta Qadak dan Qadar-Nya. Hamba tidak terlepas daripada berhajat dan bergantung kepada Allah s.w.t walau satu detik pun. Allah s.w.t memiliki sifat iftiqar yang mewajibkan hamba memerlukan-Nya. Di atas kefaqiran terhadap Allah s.w.t itulah hamba tidak putus bertawakal kepada-Nya.

tawasul: Mengadakan perantaraan bagi menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Ada murid yang bertawasul kepada gurunya bagi mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Ada orang yang bertawasul kepada amalan baiknya bagi menyampaikan hajatnya kepada Tuhan. Ada juga orang yang bertawasul kepada arwah orang yang sudah meninggal dunia bagi sesuatu maksud.

ubudiah: Suasana kehambaan, iaitu wujud yang diperintah dan tertakluk kepada hukum ketentuan Tuhan.

ukhrawi: Perkara atau suasana akhirat.

Uluhiyah: Suasana ketuhanan, iaitu Wujud yang memerintah dan mentadbir. Sekalian makhluk berhajat dan bergantung kepada-Nya.

uns: Hati yang telah merasai jalinan hubungan dengan Allah s.w.t dan lahir rasa kasih terhadap-Nya.

uzlah: Pengasingan diri di tempat yang sunyi bagi tujuan menyucikan hati, membuang sifat-sifat yang tercela, menambahkan ibadat kepada Tuhan dan seterusnya mendekati-Nya.

Wahadiyyah: Suasana ketuhanan yang dinamakan nama-nama Tuhan. Nama-nama Tuhan yang banyak memperincikan keadaan Tuhan Yang Satu. Secara hakikat suasana yang demikian dinamakan Hakikat Insan.

Wahdat: Suasana ketuhanan yang dipanggil sifat-sifat Tuhan. Suasana sifat menceritakan keadaan nama-nama yang terkumpul, tidak diperincikan. Semuanya berada dalam satu kesatuan. Satu nama Tuhan menceritakan satu keadaan Tuhan tetapi nama Allah menceritakan keseluruhan aspek Tuhan. Wahadiyyah menceritakan aspek Tuhan secara satu-satu. Wahdat pula menceritakan aspek Tuhan Yang Satu iaitu Allah s.w.t, tetapi ia bukanlah Allah s.w.t. Wahadiyyah dan Wahdat hanyalah keadaan atau perihal Allah s.w.t tetapi bukanlah Dia. Suasana Wahdat ini dinamakan Hakikat Muhammadiah, yang menerima maklumat yang lengkap daripada Allah s.w.t. Maklumat Hakikat Muhammadiah itu kemudiannya disalurkan kepada cabang-cabang hakikat.

wahdatul ma'abud: Fahaman dan kepercayaan kepada satu Tuhan yang wajib disembah, ditaati dan segala pengabdian hanyalah untuk-Nya. Syariat mengajarkan wahdatul ma'abud, tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t.

wahdatul syuhud: Menyaksikan satu wujud. Penyaksian tersebut berlaku dalam pengalaman kerohanian.

wahdatul wujud: Doktrin yang membawa fahaman dan kepercayaan bahawa hanya satu wujud sahaja yang ada iaitu wujud Tuhan. Wujud makhluk dan wujud Tuhan adalah wujud yang sama. Wujud hamba dan wujud Tuhan bersatu pada satu wujud.

wahyu: Petunjuk dan ajaran yang Allah s.w.t turunkan kepada nabi-nabi melalui beberapa cara, cara yang paling terkenal adalah wahyu yang dibawa oleh Jibrail. Wahyu tahap pertama diterima oleh Alam Hijab dalam peringkat Alam Arasy. Tidak ada makhluk mengetahui keadaan nur wahyu yang pada Alam Hijab itu. Nur Arasy menghalang makhluk alam bawah daripada menghampirinya. Sebagaimana Jibrail tidak dapat menghampiri Nur Arasy begitu jugalah Jibrail tidak mampu bertahan menerima nur wahyu yang pada Alam Hijab. Allah s.w.t membaluti nur wahyu itu dengan rahmat-Nya dan ia dibawa turun kepada Jibrail yang menanti di luar Alam Hijab. Rahmat Allah s.w.t menyelamatkan Jibrail daripada hancur apabila menanggung nur wahyu. Rahmat Allah s.w.t sentiasa menemani nur wahyu itu melalui setiap peringkat alam sehingga ia sampai kepada nabi yang ditakdirkan menerima wahyu tersebut. Tidak diketahui bagaimanakah hakikat nur wahyu yang sebenarnya, tetapi rahmat Allah s.w.t mempermudahkannya sehingga wahyu yang sampai kepada nabi itu menjadi boleh diterima, ditanggung, dibaca dan difahami oleh manusia. Walaupun begitu di dalam bungkusan rahmat Allah s.w.t itu tetap ada nur wahyu yang asli yang mampu meleburkan Jibrail. Apabila Allah s.w.t berkehendak memperkenalkan Kalam-Nya Yang Hakiki, disingkap-Nya sedikit tabir yang menutupi nur wahyu itu. Tatkala itu hati yang berhadapan dengannya menjadi hancur, fana. Setelah sedar semula hamba itu mendapat makrifat tentang Kalam Tuhan. Bagaimana mungkin kewujudan alam ini bertahan menanggung hal-hal ketuhanan yang menguasainya? Semuanya adalah kerana rahmat Allah s.w.t.

Wajibul Wujud: Wujud Yang Wajib iaitu Wujud Tuhan.

wali: Hamba yang kembali kepada taraf amr Tuhan dan diletakkan-Nya di bawah payung pemeliharaan serta penjagaan-Nya. Seseorang wali melakukan sesuatu perkara bukan dengan kehendak dirinya sendiri tetapi dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. Walaupun demikian seseorang wali masih juga mungkin melakukan kesalahan-kesalahan tetapi pemeliharaan Allah s.w.t cepat menariknya kembali kepada jalan yang benar.

wali kecil: Tahap seseorang hamba dipelihara, dijaga dan ditadbir secara sepenuhnya oleh Allah s.w.t, seumpama seorang bayi di tangan ibunya. Semua perkara dilakukan oleh si ibu, bayi hanya menanti. Si bayi tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Begitulah keadaan wali kecil yang diuruskan sepenuhnya oleh Allah s.w.t. Apabila dia meningkat lagi Allah s.w.t kembalikan bakat-bakat dan keupayaan mengurus kepada dirinya sehingga dia menjadi khalifah yang mampu menguruskan kehidupan di dalam dunia ini.

Wali Qutub: Wali peringkat tinggi.

warak: Sifat orang yang beriman, iaitu cermat di dalam segala pekerjaan. Orang yang beriman menjaga batas hukum. Perkara yang halal adalah jelas dan perkara yang haram juga jelas. Di antara yang halal dengan yang haram itu ada daerah yang samar-samar, yang dikatakan mungkin halal dan mungkin haram. Orang beriman yang warak meninggalkan perkara yang samar-samar dan meragukan itu. Semakin jauh daerah yang meragukan itu ditinggalkan semakin selamatlah iman seseorang.

warid: Kurniaan Allah s.w.t kepada hati iaitu sinaran Nur-Nya yang dengan itu hati merasai atau mengalami sesuatu hal mengenai ketuhanan.

waridah: Warid.

wirid: Amal ibadat seperti sembahyang, puasa dan zikir yang dilakukan secara teratur dan berterusan mengikut satu pola tertentu.

wisal: Penyerapan yang berkekalan terhadap sesuatu hal ketuhanan. Hal tersebut menguasai hati secara terus menerus dan terbentuklah sesuatu keperibadian dan sifat khusus pada orang berkenaan yang dipakainya sehingga ke akhir hayatnya.

Wujud Hakiki: Wujud Tuhan, iaitu Wujud mutlak.

Wujud Mutlak: Wujud Tuhan. Wujud Mutlak adalah wujud yang tidak boleh disifatkan. Istilah wujud itu sendiri tidak menepati maksud Wujud Mutlak. Bila dikatakan wujud maka ada lawannya iaitu tidak wujud. Tidak ada sekutu atau lawan bagi Allah s.w.t. Dia melepasi wujud atau tidak wujud. Dia tidak ada perkaitan dengan Wajibul Wujud atau mumkinul wujud. Jika perkataan wujud mahu digunakan maka Wujud-Nya adalah Mutlak, iaitu melampaui wujud. Sifat yang boleh dikatakan tentang Allah s.w.t adalah "Laisa kamithlihi syaiun - tidak ada sesuatu sebanding dengan-Nya".

wusul: Biasanya hamba mengingati Allah s.w.t melalui nama-nama-Nya.. Jika tidak ada sebutan nama-Nya atau tidak ada ingatan hati kepada nama-Nya, maka hati berpaling atau terlepas daripada mengingati-Nya. Dalam perjalanan makrifat ada tahap di mana ingatan kepada Allah s.w.t bukan lagi melalui nama. Ia adalah dalam keadaan hati ‘memandang' kepada-Nya tanpa mengingati nama-Nya. Hamba menyaksikan bahawa nama tidak mempunyai kekuatan apa-apa, malah nama itu juga bergantung kepada-Nya. Hamba yang sampai kepada makrifat tahap ini merasakan kehadiran Allah s.w.t tanpa dihijab oleh sebarang nama. Ingatannya kepada Allah s.w.t adalah rasa jelira, mesra dan lazat berhadapan dengan-Nya. Suasana yang demikian dinamakan wusul atau sampai, iaitu sampai kepada-Nya. Suasana tersebut adalah pengalaman kerohanian bukan sampai secara nyata.

wisal: Penyerapan yang berkekalan terhadap sesuatu hal ketuhanan. Hal tersebut menguasai hati secara terus menerus dan terbentuklah sesuatu keperibadian dan sifat khusus pada orang berkenaan yang dipakainya sehingga ke akhir hayatnya.

zauk: Pengalaman rasa yang dialami oleh hati yang berhubung dengan Tuhan. Melalui pengalaman tersebut hati mengenali Tuhan.

zauk hakikat: Pengalaman rasa mengenai sesuatu perkara atau suasana pada sisi Allah s.w.t yang menjadi sumber kepada kewujudan sesuatu perkara dan suasana tersebut.

zikir: Hubungan fikiran dan perasaan dengan Allah s.w.t. Zikir meliputi ucapan, perbuatan dan perasaan. Ucapan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t adalah zikir. Melakukan sesuatu amalan kerana mentaati perintah Allah s.w.t adalah zikir. Merenung dan memikirkan tentang kebesaran dan kebijaksanaan Allah s.w.t yang ternyata pada kerapian ciptaan alam maya ini adalah juga zikir. Merasai keagungan dan keindahan Allah s.w.t adalah juga zikir. Apa juga yang beserta ‘kerana Allah Ta'ala' adalah zikir.

zikir daim: Zikir yang berkekalan. Apabila suasana ‘kerana Allah Ta'ala' tidak putus, seseorang hamba itu sentiasa berada di dalam zikir, samada zikir ucapan atau zikir perbuatan atau zikir perasaan ataupun gabungan kesemuanya. Keadaan ini diperolehi setelah mencapai tahap penyaksian hakiki mata hati, iaitu mata hati menyaksikan Allah s.w.t pada setiap masa, semua keadaan dan segala kejadian. Allah s.w.t disaksikan pada dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang. Kerenah makhluk dan simpang siur perjalanan sistem sebab musabab tidak menyambar pandangan mata hati daripada menyaksikan sesuatu tentang Tuhan yang Hadrat-Nya meliputi segala sesuatu.

zindik: Kumpulan yang tidak mempercayai agama tetapi berpura-pura menganut fahaman keagamaan. Kumpulan ini muncul di Makkah, seperti kumpulan munafik muncul di Madinah. Puak munafik berpura-pura menyertai Islam kerana pada ketika itu agama Islam mempunyai kekuatan di Madinah. Puak zindik berpura-pura menganut fahaman agama berhala kerana pada ketika itu agama berhala mendapat tempat di kalangan orang Makkah.

zuhud: Suasana hati yang tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh dunia, walaupun kemewahan dan kesenangan keduniaan dimilikinya.