Bab
8 : Minum Arak (Khamar)
PENGERTIAN
ARAK
Arak
ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar,
berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum
arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup
jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak,
hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu
adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai
orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan
syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah
Al- Maidah ayat 90)
HUKUM
ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam
Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan
minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia
mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari
80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman
ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan
daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
”Rasulullah
s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat,
dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga,
dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah
sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.
KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk
mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk
dibawah tiga sebab:
i)
Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan
dan yang menghilangkan akal fikiran manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang
diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang
yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu
bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak
boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman
itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.
PEMINUM
ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD
Orang
yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan
hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i)
Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang
minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas
mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai
perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman
hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah
tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga
ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya,
dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
(Riwayat
Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI
YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti
– bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak
(khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana
berikut:-
1)
Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan
minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang
diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang
dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri
tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi
dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang
lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi
itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki
berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka
itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan
orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan
keraguan.
0 komentar:
Posting Komentar