Bab
4: Pembunuhan
1.
Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana
firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa
yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya
ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya
dan disediakan azab yang berat untuknya."
(Surah An-Nisa'a Ayat 93)
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud :-
"
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan
yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang."
2.
Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :
1)
Sengaja semata-semata
i)
Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang yang
bertujuan untuk membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang
boleh membunuh atau mematikan seseorang.
Hukumannya :- - Pembunuhan wajib dibalas dengan bunuh juga
(qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh memaafkan dengan
membayar diyat mughallazah (denda yang berat) ataupun dimaafkan
tanpa membayar diyat(denda) -
Syarat
wajib qisas :-
1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris
2)
Tersalah semata-mata
-
Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh seseorang
itu menembak binatang tetapi tertembak seseorang yang lain
dan menyebabkan orang itu terbunuh.
Hukuman
:-
Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi
dia kena diyat mukhafafah (denda yang ringan). Diyat itu dibayar
oleh adik-beradik pembunuh dan bayarannya boleh ditangguhkan
selama tiga tahun. -
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa
yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak disengajakan
maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman
serta membayar diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh."
(Surah
An-Nisa'a - Ayat 92)
3) Menyerupai semata-mata
-
Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu alat
yang biasanya tidak boleh membunuh atau mematikan seperti
ranting kayu dan mati dengan pukulan itu
.
- Hukumannya:-
Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke
atas keluarga pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang
berat) dengan secara beransur-ansur selama tiga tahun.
0 komentar:
Posting Komentar