Bab
2 : Permulaan Ilmu Tauhid
Mabadi
( Permulaan ) Ilmu Tauhid
Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan
mabda' Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang
ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar
ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu
tauhid itu sepuluh perkara :
1)
Nama ilmu ini :
Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu
'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.
2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
3)
Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan,
kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa
simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya
diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana
ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana
kepercayaan tersebut.
4)
Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :
Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib
bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus
padaNya.
Kedua
: Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya,
Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.
Ketiga
: Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh
yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
Keempat
: Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang
didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara
ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain
tentang hari Qiamat.
5)
Faedah Ilmu Tauhid :
Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.
6)
Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang
paling utama sekali.
7)
Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan
orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala
ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad
s.a.w.
8)
Hukumnya :
Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan
mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas
) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta
dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu
kifayah .
9)
Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu
yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud
:
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih
afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih
afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas
MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada
yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."
( Riwayat Hakim )
10)
Kesudahan ilmu ini :
Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah
dengan yang batil.
0 komentar:
Posting Komentar