Bab
9: Beriman Kepada Hari Kiamat
Beriman
kepada hari kiamat adalah salah satu dari rukun iman yang enam dan
merupakan perkara utama dalam aqidah malah sebagai unsur penting dalam
keimanan kerana terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menghubungkan
beriman kepada Allah dengan beriman kepada hari kiamat. Antaranya ada
dinyatakan berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah
Al-Baqarah ayat 62 :
Maksudnya : “…Sesiapa
di antara mereka itu beriman kepada Allah dan beriman kepada hari
akhirat (hari kiamat) serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala
balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula
tidak akan berdukacita.”
(Surah Al-Baqarah : 62)
Al-Quran dan Al-Sunnah
ada memuatkan keterangan tentang dalil kewajipan beriman dengan hari
kiamat. Dan sesiapa yang kufur ingkar dengan beriman kepada hari kiamat
maka ia berada di dalam kesesatan. Allah S.W.T berfirman di dalam surah
Al-Nisa’ ayat 136 :
Maksudnya : “…dan
sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
rasul-rasul-Nya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”
(Surah Al-Nisa’ : ayat 136)
Beriman dengan hari
kiamat ialah beriman dengan setiap berita yang disampaikan oleh Allah
dan rasul-Nya mengenai peristiwa yang berlaku pada hari itu, azab dan
nikmatnya, soal kubur, hari manusia dibangkitkan semula, mizan, haudh, sirat dan sebagainya.
Menurut Imam Syafie, Ahli Sunnah Wal-Jamaah beriman
kepada setiap yang diberitakan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang hari
kiamat seperti kebangkitan selepas mati, hisab, kedatangan Allah pada
hari kiamat untuk memberikan keputusan di antara hamba-hamba-Nya, mizan (timbangan), ash-shirath, syurga dan neraka.
0 komentar:
Posting Komentar