Bab
3: Hukum 'Aqal
Sesungguhnya
setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui
sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan
hukum 'aqal dan bahagiannya.
Pengertian
Hukum 'Aqal :
Hukum
ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain
atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan
tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara
itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang
diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).
Pengertian
'Aqal :
Adalah
'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia
sehingga dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya
boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir
) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang
halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat
dan kebahagiaan kepada manusia.
Dan
aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang
Syarak juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan
berhajat kepada 'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara
satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara'
berhajat kepada 'Aqal ) .
Bahagian
Hukum 'Aqal :
Adalah
hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :
1)
Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya,
hakikatnya mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t.
bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat
qidam.
2)
Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan
adanya , hakikatnya mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah
s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah
s.w.t. itu bersifat baharu.
3)
Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya,
maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang
itu adakalanya boleh bergerak atau diam.
Bahagian
Wajib 'Aqli :
Adalah
wajib 'aqli terbahagi dua :
1)
Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap
adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan
seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .
2)
Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap
adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang-
kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan
wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta
dengan bahasan dan dalil-dalilnya.
Bahagian
Mustahil 'Aqli :
Adalah
Mustahil 'Aqli terbahagi dua :
1)
Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap
tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti
contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada
tiga.
2)
Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap
tiada Dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan
dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan
tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka
dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah
s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan
dalil.
Bahagian
Harus 'Aqli :
Adalah
Harus A'qli itu terbahagi dua :
1)
Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima
ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan
dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya
ia bergerak atau diam .
2)
Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan
atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan
dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala kepada
orang yang tidak beramal , maka 'aqal menghukumkan hal itu adalah
harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang
menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .
0 komentar:
Posting Komentar