Bab 19 : Perkara Makruh Dalam Solat
PERKARA
MAKRUH DALAM SEMBAHYANG
Makruh mengikut
jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang
patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh,
maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu
masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara
makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan
As-Sunnah.
Antara perkara-perkara
makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan
sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan
bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.
3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang
daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.
4. Mengulangi
pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau
dalam dua raka‘at.
5. Melakukan
sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang
perlu.
6. Memejamkan
kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling
dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang
sebab.
8. Berdiri
sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada
kaki satu lagi.
9. Bersembahyang
dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air
besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan
sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca
surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu
kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at
pertama dan kedua.
12. Membaca
nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan
kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan
sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk
bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang
tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang
dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan
sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat
lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan
dan kandang binatang.
0 komentar:
Posting Komentar