Bab 9 : Pembubaran Perkahwinan : Prosedur Penceraian
PROSEDUR
PERCERAIAN
1. Seseorang suami atau seseorang isteri yang
hendak bercerai hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah Syari‘ah
di mana (tempat) dia bermastautin.
2. Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan
kepada Mahkamah Syari‘ah, pihak suami isteri diminta membuat
pengaduan ke Bahagian Khidmat Nasihat/Rundingcara di Pejabat Agama
Islam Daerah untuk diberikan rundingan terlebih dahulu.
3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk
mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah
Syari‘ah.
4. Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan
membuat sesuatu keputusan mengenai perceraian pasangan tersebut,
pihak Mahkamah hendaklah menghantar satu salinan keputusan permohonan
tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘
Daerah yang berkenaan.
5. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah
hendaklah menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh
Mahkamah tersebut. Jika terdapat keraguan atau kesilapan teknik
hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.
6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah
hendaklah menandatangani Sijil Cerai yang telah disempurnakan
dan menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai
da Ruju` Negeri Melaka.
7. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah
hendaklah merekodkan dan mendaftarkan perceraian tersebut di dalam
Buku Daftar Cerai.
8. Pendaftar hendaklah menyerahkan Sijil Cerai
tersebut kepada pasangan berkenaan setelah isteri tersebut tamat
‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil
cerai.
9. Bagi kes suami yang ingin berkahwin dengan
perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka pihak
suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Mahkamah
Syari‘ah di mana tempat ia bermastautin/tinggal.
10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah
hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat perceraian tersebut
berdasarkan keputusan Mahkamah.
0 komentar:
Posting Komentar