Bab
3 : Bersugi (Bersiwak)
1. Bersugi
atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan
gigi.
2. Bersugi
hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi
masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika
hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan
dan ketika berubah bau mulut.
3. Dihukumkan
makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor
) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud :
“
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut
orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum
daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )
- Pada pendapat
Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang
berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir
matahari.
4. Alat untuk
bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus
gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.
5. Hadith
Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
1) Dari
Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda
bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya
“.
( Riwayat Baihaqi )
2)
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )
6. Cara perlaksanaan
bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah
kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan
perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
7. Di antara
kelebihan bersugi ialah :
1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“
Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )
2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
7. Sekiranya
tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah
ia bersugi sekali dalam sehari.
8. Di antara
sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan
lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk
sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam
jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum
serta cahaya gigi yang segar .
( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh
Daud Fattani )
0 komentar:
Posting Komentar