Bab
7: Hadath
PENGERTIAN
HADATH
Hadath dari
segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.
Hadath dari
segi syara‘ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan
yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.
Ia terbahagi
kepada hadath kecil dan hadath besar.
1. Hadath
kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Hadath
besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.
SEBAB HADATH DAN KESANNYA
Sebab hadath
kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu’. Maka kesan daripada
berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu’ dan diharamkan
untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan
sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat
dan solat jenazah.
2. Tawaf
Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum
sebagai sembahyang.
3. Memegang
dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
Sebab hadath
besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan
anak.
Apabila
seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan
untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan
sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat
dan solat jenazah.
2. Tawaf
Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum
sebagai sembahyang.
3. Memegang
dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
4. Membaca
Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat
zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun
dengan tujuan mengajar.
5. Beri‘tikaf
di dalam masjid.
Apabila
seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka
dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan
sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat
dan solat jenazah.
2. Berpuasa.
3. Tawaf
Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum
sebagai sembahyang.
4. Memegang
dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
5. Membaca
Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat
zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun
dengan tujuan mengajar.
6. Masuk,
duduk dan beri‘tikaf di dalam masjid walaupun dengan
wudhu’.
7. Bersetubuh.
8. Talaq.
CARA
MENGHILANGKAN HADATH
Untuk menghilangkan
hadath kecil ialah dengan berwudhu’ atau tayammum apabila
tidak dapat melakukan wudhu’.
Untuk menghilangkan
hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti
daripada mandi.
0 komentar:
Posting Komentar