Bab
9 : Mencuri (Sariqah)
PENCURI
Pencuri
ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil
daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan
harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar
dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri
lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai
balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa
lagi maha bijaksana”
(Surah
Al- Maidah ayat 38)
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak
dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar
atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat
Bukhari Muslim)
CIRI
–CIRI PERBUATAN MENCURI
1.
Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan
tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta
tadi dari jangkaan atau milik tuannya.
HUKUMAN
HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI
1)
Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun
jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan
kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i)
Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri
2)
Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya
(tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun
mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi
dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman
Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah
tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur
hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan
orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat
Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
3)
Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang
yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri.
Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya
Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa
mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat
Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)
4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran)
atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh
juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan
tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak
melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada
Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
”
Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara
yang dilarang”.
(Al-
Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam
perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi
hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut
kea’rifan dan kebijaksanaannya.
PENCURI
YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH
Pencuri
yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
1)
Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil
harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan
kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri)
dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah
didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan
hukuman takzir.
2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan
cara paksaan dan kekerasan.
3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu
semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.
4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.
5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat
lapar dan dahaga.
SABIT
KESALAHAN MENCURI
1.
Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari
bukti-bukti berikut:-
i)
Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan
kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak
mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa
orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.
2.
Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat
pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat
dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.
3.
Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan
kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat
saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara
kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.
4.
Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan
antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.
PENCURI
YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1)
Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada
satu perempat dinar atau tiga darham.
2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan
mengikut yang dikehendaki.
3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.
4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan
dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada
kena curi.
5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas
harta yang dicuri itu.
6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang
berharga dan bernilai.
7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah
dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan
atau minuman yang memabukkan.
8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke
atas harta atau barangan orang yang berhutang.
9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti
didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.
10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan
kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).
11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan
kepunyaan isterinya dan sebaliknya.
12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.
HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI
Sesiapa
yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud
sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1)
Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman
takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.
0 komentar:
Posting Komentar