Bab 20 : Perkara Yang Membatalkan Solat
PERKARA
YANG MEMBATALKAN SOLAT
Sembahyang
akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah
satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang
disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan
yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua
huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga
jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan
atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
3. Gugur salah satu
daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
a)
Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama
secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti
seorang yang berpenyakit buasir serius.
b)
Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian
atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan
serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling
minima.
c)
Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta
merta
atau tidak sengaja tetapi tidak sempat menutupnya
serta merta selama kadar tidak melebihi tempoh tumakninah atau tiga kali
tasbih.
d)
Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e)
Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk
semasa melakukannya.
4. Berlaku kepincangan
pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
a)
Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang
atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
b)
Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang
yang diniatkan.
c)
Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang
atau tidak.
d)
Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan
i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
e)
Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘
atau sujud.
f)
Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum
semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem,
menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja
hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun
tidak difahami.
7. Murtad
walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
0 komentar:
Posting Komentar