Bab
4 : Bijana Emas dan Perak
1.
Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti
pinggan, mangkuk, gelas, sudu, pisau dan lain-lain lagi .
2.
Penggunaan bijana daripada emas dan perak hukumnya adalah haram.
3.
Sebab dihukumkan haram adalah :
kerana tegahan - Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“
Jangan kamu minum pada segala bijana emas dan perak dan
janganlah kamu makan pada semua pinggannya “.
( Riwayat Al-Hakim ).
kerana akan menjadi beku tidak dapat menambah atau mengembangkan
ekonomi.
kerana boleh menimbulkan rasa kecil hati dari kalangan fakir
miskin.
4.
Haram menggunakan bijana emas dan perak seperti pencelak mata
bekas celak, sikat dan lain-lain.
5.
Haram seseorang itu mengupah dan mengambil upah membuat sesuatu
bijana daripada emas dan perak. Dan tidak wajib ganti apabila
memecahkan alat permainan yang diperbuat daripada emas dan perak.
6.
Hukum menyimpan bijana emas dan perak hukumnya adalah haram begitu
juga hukum menyadurkan bijana besi atau tembaga dengan emas atau
perak juga adalah haram.
7.
Bijana emas dan perak yang disadurkan dengan tembaga atau sebagainya
tidak haram.
8.
Hukum bijana yang ditimpal dengan perak:-
Jika
besar tampalannya pada kebiasaan kerana perhiasan hukumnya adalah
haram.
Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana hajat atau keperluan
hukumnya harus beserta makruh.
Jika kecil tampalannya pada kebiasaannya kerana perhiasan hukumnya
makruh.
Jika kecil tampalannya kerana hajat hukumnya tidak makruh.
9.
Hukum menampal bijana dengan emas hukumnya adalah haram.
10.
Makanan atau minuman yang ada di dalam bijana emas atau perak
hukumnya adalah halal di makan atau diminum kalau ia bukan daripada
makanan yang haram, yang diharamkan hanyalah menggunakan bijana-bijana
tersebut.
11.
Dihukumkan haram menggunakan bijana itu adalah terhadap ke semua
manusia sama ada lelaki atau perempuan.
12.
Bersuci dengan menggunakan bijana emas atau perak itu hukumnya
adalah sah.
Rujukan: (Kitab Matlaal Badrain – Syeikh Daud Fattani)
(Kitab Fiqh Syafi’I – Al-Ustaz Hj. Idris Ahmad S.H)
0 komentar:
Posting Komentar