Bab 17 : Rukun Solat
Sembahyang
sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun
yang utama seperti berikut:
1. Berdiri
tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap
ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian
dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak
tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam
hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad
hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya
sama ada fardhu atau sunat.
3. Takbiratul
ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz .
Boleh juga dengan lafaz
atau .
Syarat-syarat takbir ialah :
Ucapan
takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
Melafazkan
takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
Takbir
diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian
dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi
mesti dipelajari.
Semua
huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
Ucapan
itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
Semasa
melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca
Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri
atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang.
Syarat-syaratnya adalah:
Bacaan
itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan
itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar
(makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
Janganlah
terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
Bacaan
itu hendaklah dalam bahasa Arab.
Bacaan
itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
Semua
ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at
kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku‘,
iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh
sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya
tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan
dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya.
Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan
iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘
itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah
iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca
satu tasbih.
6. I‘tidal
selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada
ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya
beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan
tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan
tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih
dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana
ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua
kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi
orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud
ialah:
Terbuka
dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
Sujud
hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua
tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua
kaki dengan serentak.
Bahagian
paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian
yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
Sujud
tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang
bergerak dengan pergerakannya.
Tidak
diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
Dahi hendaklah
ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar
memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
Tama’ninah
ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata
beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang
secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:
Bangkit
dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara
lain.
Jangan
terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling
pendek.
Dilakukan
dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika
selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan
itu.
9. Duduk tahiyyat
akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at
akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu
tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘,
iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya
dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki
kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan
jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari
kaki kanan itu menghala ke qiblat.
10. Membaca
tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna
ialah seperti berikut:
Syarat-syarat
tasyahhud adalah seperti berikut:
Bacaan
itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan
hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau
zikir lain.
Bacaan
itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
Bacaan
itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
Semasa
membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj)
dan segala shaddahnya (baris sabdu).
Pembacaannya
hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam
selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir.
Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya .
Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat
bacaan salawat ialah:
Bacaan
itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Hendaklah
dengan lafaz “Muhammad” .
Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”
atau “An-Nabiy” .
Hendaklah
dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
Bacaan
itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas
tasyahhud.
12. Salam
yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan
dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
Dimulakan
kalimah salam dengan alif dan lam
iaitu ,
maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
Diucapkan
dengan “kaf al-khitab”
bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
Setiap
kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
Diucapkan
dengan dimasukkan “mim al-jama‘”
yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
Diucapkan
salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
Ucapan
itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang,
tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
Ucapan
itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
Ucapan
dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat
belajar.
Ucapan
itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang
halangan.
13. Tertib
di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang
sepatutnya dikemudiankan.
0 komentar:
Posting Komentar