Bab
6: Beriman Kepada Malaikat
SIFAT-SIFAT MALAIKAT
1. Malaikat dijadikan daripada cahaya
Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Maksudnya : Dari Aisyah R.A. berkata, dari Rasulullah S.A.W bersabda : “ Malaikat dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada percikan api dan manusia dijadikan daripada bahan yang telah diberitahu kepada kamu.”
(Riwayat Muslim)
2. Malaikat tidak bersifat dengan lelaki dan perempuan
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Najm ayat 27-28 :
Maksudnya : “Sesungguhnya
orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat sahajalah, yang
tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, sedang mereka
tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain
hanyalah mengikut sangkaan semata-semata, padahal sesungguhnya sangkaan
itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran
i’tikad”.
(Surah Al-Najm : 27-28)
3. Malaikat tidak dapat dilihat
Malaikat ialah suatu
makhluk yang halus dan termasuk dalam alam ghaib yang tidak termasuk
dalam golongan makhluk yang wujud jasmaniyahnya iaitu malaikat tidak
dapat dilihat, diraba, didengar, dicium dan dirasa.
Maksudnya : Dari Abu Salamah bahawasanya ‘Aisyah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : “Wahai
‘Aisyah, ini Jibril datang dan dia menyampaikan salam kepadamu! ‘Aisyah
pun menjawab: Begitu pula ‘alaihis salam wa rahmatullah (baginya
keselamatan dan rahmat Allah), dia dapat melihatku sedangkan aku tak dapat melihatnya.
(Muttafaq ‘Alaihi)
4. Malaikat boleh menjelma dengan pelbagai rupa
Allah S.W.T telah
menceritakan penjelmaan malaikat dalam pelbagai bentuk termasuk bentuk
manusia dalam firman-Nya di dalam Surah Maryam ayat 17 :
Maksudnya : “Maka
Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami, lalu ia menyamar diri kepadanya
sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya.
5.Malaikat terpelihara daripada melakukan dosa
Malaikat dijadikan
dengan fitrah taat kepada Allah S.W.T dan terlindung daripada melakuan
maksiat. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Tahrim ayat 6 :
Maksudnya : “Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala; neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya;
mereka tidak menderhaka kepada Allah S.W.T dalam segala yang
diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan.”
(Surah Al-Tahrim : 6)
6.Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin dan bersih dari mempunyai nafsu syahwat.
0 komentar:
Posting Komentar