Bab
8 : Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah
HAID
Iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang
sihat a’fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan. Sekurang-kurangnya
umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari sembilan
tahun ke atas. Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat
apabila ia keluar.
Tempohnya
Lama masa keluar darah haid itu sekurang-kurangnya sehari semalam
dan selanjut-lanjut masanya selama lima belas hari siang dan
malam, kebanyakannya iaitu masa yang biasa keluar selama enam
atau tujuh hari.
Suci diantaranya
Sekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke satu haid itu
lima belas hari, biasanya dua puluh empat hari. Ada juga perempuan
tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telah putus
daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga.
NIFAS
Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak
atau darah yang keluar setelah lahir anak itu.
Tempohnya
sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip mata iaitu
sedikit sangat dan biasanya empat puluh hari dan selanjut-lanjut
masanya enam puluh hari.
ISTIHADHAH
Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan nifas.
Seperti darah haid yang keluar lebih daripada lima belas hari
lima belas malam atau darah yang keluar dahulu dari melahirkan
anak dan yang keluar di atas enam puluh hari dan ini harus di
namakan darah penyakit.
HAMIL/WILADAH
Sekurang-kurangnya masa mengandung itu enam bulan dan biasanya
sembilan bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga tiga
tahun. Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan
itu bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi
hanya memadai ia berbasuh.
Sumber Rujukan :
1)
Kitab Tuntutan Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah
0 komentar:
Posting Komentar