Bab
9: Istinja'
PENGERTIAN
ISTINJA’
Istinja’
bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur
dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta
suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.
HUKUM ISTINJA’
Hukum istinja’
untuk menghilangkan najis adalah wajib.
Sunat beristinja’
dengan batu kemudian dibasuh dengan air.
Harus memilih
untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau
menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan
najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana
air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis.
Jika menggunakan
batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu
atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:
1. Najis yang
hendak dibersihkan itu tidak kering.
2. Tidak merebak
ke bahagian lain.
3. Tidak bercampur
dengan najis yang lain.
Sekiranya
tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan
air.
ADAB MEMBUANG AIR
1. Haram menghadap
ke arah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air di kawasan
lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak menghadap atau
membelakangi qiblat apabila membuang air di dalam bangunan seperti
tandas atau apabila ada dinding atau tabir antara orang itu dengan
qiblat.
2. Makruh
membuang air di dalam air yang tidak mengalir atau di dalam air
mengalir yang sedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak, maka
yang lebih baik dielakkan dari membuang ke dalamnya. Ini berdasarkan
hadith riwayat Muslim yang bermaksud:
“Bahawa
Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam menegah membuang air (kencing)
di dalam air yang tidak mengalir.”
3. Makruh
membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika berbuah
atau tidak.
4. Makruh
membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah.
5. Makruh
membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yang
bukan digali khas untuk membuang air.
6. Makruh
bercakap ketika membuang air kecuali kerana sesuatu keperluan.
7. Makruh
menghadap ke arah matahari atau bulan ketika membuang air.
8. Sunat berlindung
daripada pandangan manusia.
9. Haram membawa
bersama-sama sebarang benda yang ada catatan nama Allah, Al-Qur’an
dan seumpamanya ketika membuang air.
0 komentar:
Posting Komentar