Bab
23 : Puasa
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ
قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan
ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat
yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan
yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah
terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa
Wajib
Sunat
Makruh
Haram
Puasa
wajib :
Puasa
yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa
Ramadhan,puasa kifarah & puasa
nazar.
Puasa Sunat :
a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura
pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari
Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram
dan Rejab
Puasa Makruh :
a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad
sahaja
b) Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha
dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke
atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim
Syarat Sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat
Rukun Puasa
a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara
yang membatalkannya
Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan
miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap
diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan
dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan
buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam
rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah
dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan
yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka
berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara
yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut
Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat
bagi menyucikan jiwa.
b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga
benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang
yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara
pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa
Ramadhan
1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan
tahun ini kerana Allah Taala.
2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan
:
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu
Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu
aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu
Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas
sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa
Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ
أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ
مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا
خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa
hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau
dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa
sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan
wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana
tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan
puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu
kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
- Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan
yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan
dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti
di hari raya.
- Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan
tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka
ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan
dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah
(denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa
yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri
tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa
yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1) Membebaskan seorang hamba yang beriman
2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa
2 bulan berturut-turut
3) Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan
60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan
asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak
bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan
sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa
uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak
bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ
أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ
مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا
خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa
hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau
dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa
sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan
wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana
tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan
puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu
kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah
Al-Baqarah Ayat 184)
Sebab-sebab wajib Fidyah
1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa
mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan
air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan
yang berikutnya datang lagi.
0 komentar:
Posting Komentar