Bab 16 : Syarat-syarat Sah Solat
SYARAT-SYARAT
SOLAT
Syarat
dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau
dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT
WAJIB SOLAT
Syarat
wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib
atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat
wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
1. Beragama
Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci
daripada haidh dan nifas.
5. Selamat
salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan.
Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan
pekak.
6. Sampai
seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang
tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah
Islam.
SYARAT SAH SOLAT
Syarat
sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu
sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang
bergantung kepadanya.
Syarat-syarat
sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci
daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis
yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui
tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau
jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu
mengenainya.
4. Menutup
aurat.
5. Menghadap
ke arah qiblat (Ka‘bah).
0 komentar:
Posting Komentar