Bab
7: Beriman Kepada Kitab
Beriman kepada
kitab-kitab Allah adalah suatu perkara yang diwajibkan oleh Allah S.W.T
kepada orang-orang yang beriman dan menjadi salah satu daripada
rukun-rukun iman yang enam. Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nisa’
ayat 136 :
Maksudnya : “Wahai
orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya, dan kepada kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada
Rasul-Nya (Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah
diturunkan dahulu daripada itu.
(Surah An-Nisa’ : 136)
Beriman kepada
kitab-kitab Allah yang dimaksudkan ialah beriman dengan
“al-kutubu al-ilaahiyah” (kitab-kitab ketuhanan) yang menjadi
sebahagian daripada aqidah orang-orang mukmin iaitu kalam Allah yang
telah diwahyukan oleh Allah kepada para rasul-Nya yang mengandungi
syariat-Nya dan ajaran agama-Nya (agama Islam) untuk disampaikan kepada
umat manusia.
0 komentar:
Posting Komentar