Bab
4 : Kejadian Alam
Sesungguhnya
apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini
maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1.
Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi
atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut
tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya
dan yang mengadakannya.
Maka
dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh
ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya
tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.
2.
Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan
orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan
rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau
meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi
tidak pernah lengkap dan sempurna.
Maka
itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu
serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita
menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam
mencipta kejadian alam ini.
3.
Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala
ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan
yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna.
Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu:
berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.
Dan
apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit,
bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk
manafaat dan keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan
akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang
tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya
mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat
dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat
kekurangan.
Sesungguhnya
dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang
menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya
menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah
makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya
sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.
Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )
Selasa, 04 Maret 2014
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar