Bab
2: Pembahagian Jenis Air
Air dari segi
hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:
1.
Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada
dua:
a)
Air Mutlaq:
Air yang
suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat
asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
Air
tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah
disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat
bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal
ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara
tersebut .
Dalil
yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri
lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi
mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia
dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya
kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
Perintah
Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing
tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut
mempunyai sifat menyucikan.
b)
Air Musyammas:
iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
Air
yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan
pada tubuh badan tidak pada pakaian.
Air
Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya
matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang
mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain
yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih
badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana
Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada
cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya
janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya
air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat
Baihaqi)
2.
Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi
kepada dua:
a)
Air Musta'amal:
Iaitu
air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain
yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum
tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
Yang
dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh
kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah
bercerai daripada anggota.
Yang
dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika
air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
Air daripada
pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa
yang dibuat nira atau akar-akar kayu.
Air
yang berubah ada dua cara :-
Berubah
dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air
yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat
akan perubahannya.
Berubah
dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air
itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
- Cara mentaqdirkan
hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan
seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada
bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah
dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak
berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.
Air yang bercampur itu ada dua cara :-
Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan
sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan
daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air
termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh
dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah
air mutlak.
Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam
air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah
baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila
maka dihukumnya air Musta'amal.
b)
Air Muqayyad:
Air yang
bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu
sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil
air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap
dan lain-lain.
3.
Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis.
Ia terbahagi kepada dua:
a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda
najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa
dan bau) atau tidak.
b) Air yang
sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa
dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.
Ukuran
air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
Kalau
dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah
sebanyak 9 2/3 tin
Kalau
dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah
seberat 162.72 kg.
Kalau
dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua
kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
0 komentar:
Posting Komentar