Bab
7: Qazaf
PENGERTIAN
QAZAF
Pengertiannya
ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci
atau menafikan keturunanya.
PEMBAHAGIAN
QAZAF
1.)
Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti
seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa
mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.
2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir
seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri,
minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki
dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan
empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk
dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat)
sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya
selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman
Allah Taala yang bermaksud:
”Dan
orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan
yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa
empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah
kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka
itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)
PENUDUH
YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF
1.
Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika
orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh,
tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana
berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
”Allah
tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga
ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan
orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)
CARA-CARA
MELAKUKAN QAZAF
Dalam
Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga
cara:
i)
Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan
yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang
tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada
zina dan penafian nasab (keturunan)
ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan
yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang
boleh membawa erti zina atau selainnya.
iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu
tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak
tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina
sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.
BUKTI-BUKTI
YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF
Kesalahan
Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti
yang berikut:-
1.
Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)
0 komentar:
Posting Komentar