Bab
5: Menyamak Kulit
1. Tujuan menyamak ialah untuk menyucikan kulit yang najis (bangkai).
2.
Hukum menyamak kulit adalah harus.
3.
Menyamak tidak tertentu kepada orang Islam sahaja bahkan orang
kafir pun boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang dilakukan
oleh orang Islam.
4.
Hubungan menyamak kulit dengan kehidupan manusia:
Untuk menambahkan ekonomi bagi mereka yang melakukannya.
Untuk mengelakkan daripada pembaziran.
5.
Hanya kulit sahaja yang boleh disamak, tidak boleh pada kuku,
gigi dan tulang.
6.
Takrif dan pengenalan bangkai :
Binatang yang halal dimakan yang mati tidak disembelih mengikut
cara-cara Islam.
Binatang
yang haram dimakan yang mati sama ada disembelih atau tidak,
tetap ia menjadi bangkai.
7.
Binatang-binatang yang mati termasuk dalam jumlah bangkai:-
Binatang yang disembelih dengan menggunakan tulang.
Binatang yang disembelih oleh orang Majusi (orang yang menyembah
api)
Sembelihan orang-orang yang berihram (Ihram haji atau umrah)
8.
Binatang yang tidak suci kulitnya walaupun disamak:
Babi
Anjing
Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara anjing dan
babi
Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang halal
dengan anjing atau babi.
9.
Alat-alat yang digunakan untuk menyamak kulit iaitu sesuatu yang
tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan
sebagainya.
10.
Cara menyamak kulit binatang :
Terlebih dahulu hendaklah disiat kulit binatang daripada anggota
badan binatang (setelah disembelih)
Dicukur semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat dan
lendir-lendir daging dan lemak yang melekat pada kulit.
Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan
benda-benda yang menjadi alat penyamak sehingga tertanggal segala
lemak-lemak daging dan lendir yang melekat di kulit tadi.
Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih dan dijemur.
11.
Kulit yang disamak itu haram dimakan kerna boleh mendatangkan
mudarat pada anggota badan manusia.
12. Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit
binatang:
Suci
pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat tumbuh bulu yang
telah dicukur dan kulit itu melekat pada daging.
Suci
pada batin ialah di sebelah dalam kulit yang bermakna kulit
itu dibelah maka bekas belahan itu suci.
13.
Bulu-bulu binatang yang telah disamak dan terlekat pada kulit
kiranya sedikit adalah dimaafkan.
14.
Hubungan menyamak kulit binatang dengan ilmu-ilmu yang lain:
Pada Ilmu Muamalat kulit yang telah disamak boleh dijualbeli.
Pada Ilmu Jinayat kulit yang telah disamak boleh dipotong tangan
apabila dicuri.
Pada Ilmu Faraid kulit yang telah disamak boleh dipusakakan
15.
Kesimpulan ialah menyam
( Kitab Matlaal Badrain - Syeikh Daud Fattani )
ak kulit binatang adalah bertujuan menyucikan
kulit.
0 komentar:
Posting Komentar