Bissmillahirrahmanirrahiim
MENGEMBALIKAN HARTA ALLAH…
------------------------------
Hidup kita ini hanya menumpang harta Allah, dengan itu kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah seumpama lembaga / patung, jika tidak didukungi, ditunjangi, dipayungi dan tidak didirikan oleh nyawa / roh, siapalah kita?
Untuk melihat roh yang bersemanyam didalam badan kita, kita hendaklah membinasa, melebur, melenyap dan mengembalikan terlebih dahulu sifat diri yang zahir ini kepada Allah, barulah disitu akan kelihatan dan akan terpandang tuan yang empunya badan iaitu Roh.
Bagi yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi disebalik jasad, maka akan jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis,
Iblis ketika disuruh sujud kepada Adam, Ia tidak nampak bahawa berdirinya Adam itu, adalah diatas dasar berdirinya roh.
Yang menguatkan pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh.
Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau rahsia Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar.
Yang menyebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan Allah dari surganya, adalah diatas dasar sifat lupa iblis kepada roh Adam. Bahawasanya yang mendiri dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenarnya adalah roh, yang disebalik jasad Adam
0 komentar:
Posting Komentar