Jumat, 14 Februari 2014

Ilmu Qalam,Ilmu Ghaib & Ilmu Syahadah | Nawaaites Idnef |

Bissmillahirrahmanirrahiim 

Ilmu Qalam,Ilmu Ghaib & Ilmu Syahadah

-------------- 


Berkaitan dengan Ilmu Qalam, Al-Quran dlm Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan dan "Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yg mengajar kamu dgn (ilmu) kalam dan Tuhanmu mengajar kpd manusia apa-apa yg tidak diketahuinya."

Sedang mengenai ilmu ghaib dan ilmu syahadah diterangkan dlm Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22 yg bermaksud "Dialah Allah, yg tiada Tuhan kecuali Dia, Mengetahui yang (ilmu) ghaib dan (ilmu) syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

✔ ILMU QALAM adalah suatu ilmu yg boleh dipelajari oleh manusia biasa bg tujuan utk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut difahami dan diterima oleh pancaindera kita yg tujuh. Ilmu kalam diajar di sekolah secara formal atau inormal dlm masyarakat dan makhluk manusia dlm kehidupan sehari-hari. Contoh ilmu kalam ; ilmu kedoktoran, ilmu farmasi, ilmu ekonomi, ilmu hukum dll.

✔ ILMU GHAIB adalah merupakan suatu ilmu yg dpt menerangkan sesuatu yg tidak dpt diterangkan oleh Ilmu Kalam. llmu Ghaib hanya dpt diajar sepenuhnya oleh guru ghaib(batin) dan tidak dpt diajarkan oleh guru zahir. Biasanya guru ghaib(batin) adalah terdiri dari wali-wali Allah, para Nabi dan Rasul-Rasul. Ilmu Ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang2 tertentu shj iaitu orang2 yg dianugerahkan oleh Allah utk menerimanya atau kpd orang2 yg sedang menjalan jalan hakekat dan makrifat melalui jalan tasawuf atau sufi.

✔ ILMU SYAHADAH adalah suatu ilmu yg paling tinggi didlm tingkatan pelajaran ilmu Allah yg dpt dikuasai oleh manusia. ia merupakan martabat ilmu yg tertinggi. Ilmu ini adalah suatu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benar kpd Allah swt. Ilmu ini, Tuhan sendiri akan mengajar manusia mengenai diriNya. Dgn lain perkataan bolehlah ditegaskan disini bhw Ilmu Syahadah adalah ilmu utk menyatakan diri Allah itu sendiri.

Hanya orang2 yg mencapai martabat ilmu ghaib yg paling tinggi saja yg dpt menguasai ilmu syahadah ini.

0 komentar:

Posting Komentar