Bissmillahirrahmanirrahiim
Tafsir Mimpi Mimpi
--------------
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia
tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya
merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa.
Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu
akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”.
(Surah al-Fath, ayat 27).
Dan memang benar Nabi s.a.w memasuki kota Makkah yang masih dikuasai
oleh musuh-0musuh baginda, tahun sesudah baginda bermimpi. Contoh lain
ialah mimpi Nabi Yusuf a.s: “Tatkala Yusuf berkata kepada bapanya,
‘Wahai bapaku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari
serta bulan – aku lihat – bersujud kepadaku”.
(Surah Yusuf, ayat 4).
Nabi s.a.w bersabda, “ Tidak ada nabi yang datang selepas aku tetapi
boleh datang pembukaan-pembukaan yang lain. Orang yang beriman akan
melihat pembukaan itu dalam mimpi mereka atau pembukaan itu akan
ditunjukkan kepada mereka menerusi mimpi”. “Bagi mereka pembukaan
tentang khabar baik dalam dunia ini dan di akhirat”.
(Surah Yunus, ayat 64).
Mimpi datangnya dari Allah tetapi kadang-kadang ada juga yang datang
dari syaitan. Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa yang melihatku di dalam
mimpi sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak dapat
mengambil bentukku” . Syaitan juga tidak dapat mengambil bentuk mereka
yang mengikut iman, jalan kebenaran, makrifat, kebenaran dan cahaya Nabi
s.a.w. Orang arif mentafsirkan hadis Nabi s.a.w di atas dengan
mengatakan syaitan bukan sahaja tidak dapat mengambil bentuk Nabi s.a.w
malah syaitan juga tidak dapat berpura-pura mengakui seseorang atau
sesuatu yang ada sifat kemurahan dan kebaikan atau kasih sayang dan
lemah lembut dan beriman.
Sesungguhnya Nabi-nabi, wali-wali,
malaikat, Masjidil haram, matahari, bulan, awan putih, Quran yang suci,
merupakan kewujudan yang ke dalamnya syaitan tidak boleh masuk juga
tidak dapat mengambil bentuk mereka. Ini kerana syaitan adalah tempat
dan keadaan yang menzahirkan kekerasan, hukuman dan kesengsaraan. Ia
hanya boleh menggambarkan kekeliruan dan keraguan. Bila seseorang sudah
memiliki di dalam dirinya kenyataan nama Allah, ‘Pembimbing Mutlak
Kepada Kebenaran’,
bagaimana sifat yang membawa kekacauan itu
boleh menyata dalam dirinya? Sifat-sifat yang bertentangan satu sama
lain tidak boleh bertukar tempat, seperti air dengan api. Kemurkaan
tidak dapat mengambil tempat kemurahan, juga tidak boleh api menyerupai
air. Mereka menolak sesama mereka, mereka berjauhan, mereka kepunyaan
ruang yang berlainan.
Allah Pisahkan kebenaran daripada kepalsuan:
“Demikianlah Allah nyatakan kebenaran dan kepalsuan… dengan misalan dan ibarat…”.
(Surah ar-Ra’d, ayat 17).
Tetapi syaitan boleh mengaku menjadi Allah dan menipu manusia, membawa
mereka menjadi sesat. Ini hanya boleh dilakukan dengan izin Allah.
------> ( Kitab Sirrul Asrar Syekh Abdul Qadir Al-Jailani )
Allah
mempunyai banyak sifat-sifat yang kelihatan bertentangan satu sama
lain. Misalnya sifat-Nya Yang Gagah dan Keras kelihatan berlawanan
dengan sifat-Nya Yang Indah dan Lemah-lembut. Syaitan dilaknati hanya
boleh berpura-pura mengambil watak kemarahan dan keperkasaan kerana ia
secara kejadian asalnya adalah bentuk menyatakan kekerasan Allah. Allah memiliki kedua-dua sifat, Pembimbing Mutlak kepada kebenaran dan juga Pembawa kepada kesesatan.
Syaitan tidak boleh menjelma dengan watak sifat yang mengandungi nilai
pembimbingan. Jika syaitan berpura-pura menjelmakan sebarang sifat
Allah, ia lakukannya dengan kehendak dan izin Allah, bagi membimbing
orang yang beriman kepada kebaikan dengan menentang kejahatan,
membawanya kepada kebenaran dengan cara menentang kepalsuan. Dalam
kenyataannya syaitan tidak ada sebarang kuasa untuk merampas iman
daripada seseorang yang beriman; ia hanya boleh mengambilnya jika orang
yang beriman itu sendiri mencampakkan imannya.
Allah
memerintahkan Nabi-Nya supaya: “Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku
dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah
dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah
aku dari golongan musyrikin”.
(Surah Yusuf, ayat 108).
Dalam ayat ini ‘orang yang mengikuti daku’ adalah manusia sempurna,
guru kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd
s.a.w, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda
dan yang akan berada hampir dengan Allah. Manusia yang demikian
digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.
(Surah al-Kahfi, ayat 17).
Ada dua jenis mimpi;
1. (memberi pandangan atau perasaan sendiri) dan objektif
(bermatlamat), masing-masing dibahagi kepada dua jenis. Jenis pertama
mimpi subjektif ialah bayangan atau gambaran suasana kerohanian yang
tinggi dan hasil daripada keharmonian, dan kelihatan dalam gambar
seperti matahari, bulan, bintang, pemandangan padang pasir putih
bermandikan cahaya, taman syurga, mahligai, roh yang cantik dalam bentuk
malaikat dan lain-lain. Ini semua adalah sifat-sifat hati yang murni.
2. mimpi subjektif mengandungi gambaran yang berkaitan dengan suasana
seseorang yang bebas daripada keresahan, yang mengenal diri dan menemui
ketenteraman fikirannya. Gambaran-gambaran ini adalah kelazatan yang dia
akan temui dalam syurga, bau-bauan dan suara di dalam syurga.
0 komentar:
Posting Komentar