Bab
4 : Riba
1.
Maksud Riba’.
-
Pada bahasa ialah bertambah atau subur.
- Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang
yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan
syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan
kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.
2.
Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-
a)
Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu
pihak yang menukarkan barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo
beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).
b)
Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak
diterima dalam majlis aqad jualbeli.
Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi
apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.
c)
Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar
lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik
RM 120.00
3.
Dalil-dalil pengharaman riba’
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’.
”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’
yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan
kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)
-
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’
orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya
dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)
4.
Hikmah diharamkan riba’
- Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap
orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya
bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar
hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa
bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk
berusaha dan bekerja.
- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang
kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan
kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini
rompakan, pembunuhan dan sebagainya.
5.
Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’
:-
-
Barang yang sama jenis:-
a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
-
Barang yang tidak sama jenis:-
a)
hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.
6.
Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang
dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli
sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.
( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh
Daud Fattani )
0 komentar:
Posting Komentar