Bab
8: Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Kedua
orang tua itu mempunyai kewajipan mendidik dan mengajar anaknya
berbuat baik dalam pergaulan serta adab sopan dalam hidup berumahtangga
dengan suaminya. Mengenai ini ada diriwayatkan bahawa Asma' binti
Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya
dengan berkata:
"
Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau
dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke
suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan
dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah
engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang
untukmu. Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi
hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran,
sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau
terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi
kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu,
jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya,
matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari
dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar melainkan
yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri
mu.
Kata-kata
yang merupakan kumpulan adab sopan wanita perlu dipanjangkan,
iaitu isteri hendaklah merupakan tiang utama di tengah - tengah
rumahnya. Isteri itu hendaklah sentiasa di bilik rumahnya, menetap
ditempat perkakas anyamannya, tidak banyak turun naiknya ataupun
keluar. Ia mesti kurang berbicara terhadap tetangganya. Janganlah
memasuki rumah tetangganya itu melainkan didalam keadaan yang
mengharuskan ia masuk di situ.
Isteri
hendaklah menjaga suaminya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika
ia ada di rumah. Hendaklah diusahakan agar suaminya gembira dalam
segala perkara yang dihadapinya. Jangan sekali-kali isteri mengkhianati
dirinya sendiri ataupun harta suaminya. Jangan pula isteri itu
keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suaminya. Jika telah
menerima keizinan dan terpaksa keluar, maka hendaklah isteri itu
berjalan bersembunyi-sembunyi, berpakaian yang sederhana, tidak
mendedahkan tubuh dan pakaiannya. Hendaklah selalu di cari tempat-tempat
yang lengang bukannya tempat lalulintas orang ramai sehingga berdesak-desakkan.
Ia mesti menghindarkan diri dari bercakap-cakap dijalanan dengan
lelaki bukan mahram.
Yang
wajib diutamakan oleh isteri itu ialah kebaikan keadaannya sendiri
serta mengatur dan mentertibkan keadaan rumahtangganya. Selain
itu mestilah rajin melakukan ibadat, sembahyang serta puasa dan
lain-lain yang menjadi kewajipan dirinya.
Apabila
ada kawan suaminya meminta izin dan sedang berada di hadapan pintu,
tetapi di masa itu suaminya tiada, maka tidak perlulah ia bertanya
ataupun bercakap - cakap dengannya. Hendaklah ia cemburu pada
dirinya sendiri dan juga perasaan cemburu terhadap suaminya. Seorang
isteri hendaklah puas dengan apa yang ada pada suaminya dan apa
sahaja yang direzekikan oleh Allah Taala kepadanya.
Ia
mestilah mendahulukan hak suaminya atas haknya sendiri serta hak
keluarganya. Ia wajib membersihkan dirinya selalu, bersiap sedia
setiap waktu dan keadaan, barangkali suaminya itu dengan tiba-tiba
menginginkandirinya untuk bersenang-senang. Selain itu isteri
juga wajib mengasihi anak-anaknya, menjaga dan menutup keburukan
mereka, jangan mudah mengeluarkan kata-kata makian kepada anak-anaknya
ataupun berbuat sesuatu yang menyakitkan suaminya. Demikian nasihat
seorang ibu yang budiman kepada anaknya. Sementara itu ada pula
beberapa perkara yang merupakan adab sopan seorang isteri, jikalau
ia menginginkan ketenangan dalam rumahtangganya iaitu:
a.
Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya
kerana kecantikan yang dimilikinya.
b.
Jangan menghina suaminya kerana buruk rupa dan wajahnya.
c.
Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.
d. Menahan diri sewaktu suaminya tidak ada di rumah.
e.
Menunjukkan sikap baik, bermain-main dan berlapang dada serta
melakukan segala hal yang menyebabkan kesenangan suami sewaktu
suaminya ada di rumah.
Ada
suatu kewajipan yang harus dipatuhi oleh isteri dan ianya termasuk
dalam hak-hak perkahwinan, iaitu:
a.
Jikalau isteri itu ditinggalkan mati oleh suaminya, maka hendaklah
isteri itu menjaga dirinya dan berkabung tidak lebih dari empat
bulan sepuluh hari. Dalam waktu itu dia dilarang mengenakan
harum-haruman dan berhias.
Dalam
hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak
halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, menunjukkan perkabungan kerana meninggalnya seseorang
lebih dan tiga hari lamanya, melainkan untuk suaminya, maka
bolehlah sampai selama empat bulan sepuluh hari" (Diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim)
b.
Isteri itu menetap di rumah yang disediakan sewaktu ia masih
menjadi isteri dan suaminya yang meninggal itu sehingga habis
masa iddah.
c.
Isteri itu tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya atau keluar
dari rumah itu, melainkan dalam keadaan darurat. Masih ada lagi
adab sopan sebagai seorang isteri iaitu hendaklah isteri itu
bekerja dan berkhidmat pada rumahtangga dalam segala perkara
yang mampu ia lakukan, hal yang sedemikian inilah yang dilakukan
oleh para isteri sahabat r.a.
0 komentar:
Posting Komentar