Bab 9 : Pembubaran Perkahwinan : Fasakh
PENGERTIAN
FASAKH
Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan
oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang
mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya
perkahwinan.
SEBAB FASAKH
Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh ialah:
1.
Sebab yang merosakkan akad.
a)
Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama
ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri
yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami pertamanya.
b)
Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila
baligh minta difasakhkan akad itu.
2.
Sebab yang mendatang selepas pernikahan.
a)
Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
b)
Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah
seorang memeluk Islam.
c)
Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab
persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.
Manakala dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka
2002, Seksyen 53 menegaskan lagi sebab-sebab yang menyebabkan
berlakunya fasakh seperti di bawah ini:
1.
Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama
tempoh lebih dari setahun.
2.
Suami cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah bagi
nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
3.
Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau
lebih.
4.
Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah
batin selama tempoh satu tahun.
5.
Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian
dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati
pucuk.
6.
Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap
penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang
boleh berjangkit.
7.
Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia
mencapai umur enam belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu
sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia belum
disetubuhi oleh suaminya itu.
8.
Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu antaranya:
a)
Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan
kelakuan aniaya.
b)
Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai
jahat atau hidup keji mengikut pandangan hukum syara‘.
c)
Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
d)
Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau
suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang
terhadap harta itu.
e)
Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan
kewajipan atau amalan agamanya.
f)
Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak
melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum
syara‘.
9.
Walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana
suami atau isteri bersengaja enggan bersetubuh.
10.
Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah
sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal
atau lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara‘.
HIKMAH
FASAKH
1.
Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya
mereka teraniaya.
2.
Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki
secara mutlak oleh suami sahaja.
3.
Menunjukkan keunggulan syari‘at Allah subhanahu wata‘ala
yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.
0 komentar:
Posting Komentar