bab 9 : Pembubaran Perkahwinan : Talaq
PENGERTIAN
TALAQ
Talaq
dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan.
Dari
segi syara‘ ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan
lafaz talaq atau seumpamanya.
DALIL HARUS TALAQ
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri
kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah
dengan cara yang baik.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh
yang bermaksud:
“Rasulullah
sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya
Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.”
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
RUKUN DAN SYARAT TALAQ
1.
Suami. Syarat-syarat suami ialah:
a)
Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan
yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah
bercerai dan habis ‘iddah.
b)
Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya
gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan
meminum minuman keras dengan sengaja.
c)
Baligh.
d)
Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut
menceraikan isteri.
2.
Isteri. Syarat-syarat isteri:
a)
Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah
semasa diceraikan.
b)
Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang
di dalam ‘iddah perceraian talaq satu.
3.
Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:
a)
Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan
jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti
berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”, “Aku
lepaskan kau” dan “Aku talaqkan kau”. Talaq
dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa
niat.
b)
Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan
bahasa sindiran seperti berkata: “Engkau haram atas diriku”
atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu”.
Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan
isterinya.
4.
Qasad (niat).
HUKUM
TALAQ
Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi
ia akan berubah menjadi:
1.
Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan
hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.
2.
Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh
atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.
3.
Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.
4.
Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab
yang munasabah.
Islam
menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon
cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).
PEMBAHAGIAN TALAQ
Talaq
terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1.
Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali
tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah
(sebelum tiga kali suci daripada haidh).
2.
Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:
a)
Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘
oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian
sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang
belum disetubuhi.
c)
Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘
kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:
i.
Setelah selesai ‘iddah si isteri.
ii.
Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
iii.
Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.
iv.
Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.
0 komentar:
Posting Komentar