Bab
3 : Khiar Dalam Perkahwinan
1.
Khiar bermaksud salah satu pihak samada suami atau isteri mempunyai
hak untuk memilih di antara diteruskan nikahnya atau fasakh.
2.
Apabila berlaku pernikahan di antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan yang tidak diketahui ada cacat-celanya, maka bolehlah
kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar.
3.
Bagi lelaki yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara iaitu:
a)
Gila.
b) Jazam. ( penyakit kusta )
c)
Barash. ( penyakit sopak )
d)
Zakar yang terpotong semua sekali atau separuh.
e) 'Unnah ( mati pucuk )
4. Bagi perempuan yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara:
a)
Gila.
b) Jazam. (penyakit kusta)
c)
Barash (penyakit sopak)
d) Rutaqa' (faraj yang tersumbat dengan daging dan menghalang
dari persetubuhan)
e) Qurana' (faraj yang tersumbat dengan tulang dan menghalang
dari persetubuhan)
5.
Jika berlaku salah satu daripada cacat-cela ini maka bolehlah
kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar, fasakh aqad
nikah seberapa segera dengan syarat dilakukan khiar dihadapan
Qadhi.
6.
'Unnah ( mati pucuk ) tidak dinafikan melainkan pengakuan dari
suami sendiri di hadapan Qadhi atau dengan saksi yang menyaksikan
ikrarnya atau dengan sumpah isteri jika suaminya enggan membuat
pengakuan, maka ditetapkan bahawa ia mati pucuk, selepas itu Qadhi
memberi tempoh setahun kepada suami supaya berubat.Apabila sudah
setahun tempohnya jika ia tidak mampu mensetubuhi isterinya maka
isteri mengadu kepada Qadhi maka diterima fasakhnya.
0 komentar:
Posting Komentar