Bab
5: Pengertian Maskahwin
1.
PENGERTIAN MASKAHWIN ( MAHAR ).
Maskahwin
adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya
dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
:
"
Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka
". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah
untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat
daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )
Dari
hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada
apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada
berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana
diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki
yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin
lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada
engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu
menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah
s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah
yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Maskahwin
itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk
menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua
pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat
pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin
yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"
Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu
Daud )
Dan
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"
Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya
". ( Riwayat Ahmad )
2.
BAHAGIAN-BAHAGIAN MAHAR :
a)
Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin
saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu
dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya
yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya
disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi
kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
b)
Mahar Musamma. Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan
telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang
kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.
3. HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AQAD NIKAH:
i ) Wajib.
a. Jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila
atau bodoh sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang
lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).
b.
Jika bakal isteri yang sudah baligh bijak dan boleh menguruskan
dirinya sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya
tetapi ia tidak menyerahkan kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya.
c.
Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri
seperti masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah
mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran
maskahwin kurang daripada mahar yang sepatutnya, oleh yang
demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Maksud wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak
sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar
mengikut kadar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).
ii
) Sunat.
Rasulullah
s.a.w tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad,
apabila ia menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya semasa
akad berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan,
berhubung dengannya, disamping dapat membezakan diantara perkahwinan
biasa dengan perkahwinan pada seorang perempuan yang menghebahkan
dirinya kepada Rasulullah s.a.w. tanpa mahar. Sekiranya mahar
tidak di sebut dimasa akad, tidaklah bererti akad perkahwinan
itu tidak sah tetapi makruh jika mahar itu tidak disebut.
4.
WAJIB MASKAHWIN
Maskahwin
itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut didalam
akad jika dinyatakan dimasa akad dan maskahwin itu wajib dibayar
dengan keadaan-keadaan yang berikut:-
i)
Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul
dan dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri
berhak melarang atau meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga
suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya
sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika dijanjikan tunai
maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya
sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.
ii)
Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran
pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan
atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin
tersebut dan bila kadi menentukannya akan maskahwin tersebut,
hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang).
5.
GUGUR SEPARUH MASKAHWIN
Apabila
berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin
sebagaimana firman Allah ta'ala Yang bermaksud: "Dan jika kamu
menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah
menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya , maka
bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".
Gugur
separuh maskahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca
dari pihak suami, seperti suami jadi murtad atau suami menganut
Islam dan isterinya tidak. Tetapi sekiranya berlaku perceraian
itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakhkan perkahwinan
tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri maka maskahwin
itu akan gugur semuanya.
6.
MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan,
pihak waris si suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya
kepada bekas isterinya dan jika maskahwin itu belum ditentukan
kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
Sebaliknya
pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan,
pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris
bekas isterinya jika maskahwin itu belum dijelaskan lagi.
Sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:
"Dari
Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang
lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya
itu dan maskahwin pun belum ditentukan kadarnya. Kata Ulqamah,
mereka mengadu hal tersebut kepada Abdullah, maka Abdullah berpendapat
perempuan itu berhak mendapat mahar misil sepenuhnya, dan perempuan
itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula dengan bereddah. Maka
ketika itu Ibnu Ma'kul bin Sanan Al- Saja'i menjelaskan bahawa
sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memutuskan terhadap Baraq bin
Wasaq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi". (Riwayat Al-Tarmidzi)
7.
MUT'AH
Mut'ah
bererti satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya.
Pemberian ini adalah wajib diberikan sekiranya perceraian itu
berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri. Banyaknya
pemberian itu adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan
kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya
sama ada kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh
mahar.
Firman
Allah: Ertinya : Tenangkan olehmu hati mereka dengan pemberian
dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik. ( Surah Al-Ahzab
ayat 49)
Bab
1 : Pernikahan (sambungan)
4.
Hukum berkahwin itu ada empat :
1.
Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan
berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.
5.
Rukun-rukun nikah :
1.
Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
6.
Syarat-syarat lelaki bakal suami :
1.
Beragama Islam
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu
4. Belum mempunyai empat isteri
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)
7.
Syarat-syarat perempuan bakal isteri :
1.
Beragama Islam.
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
8.
Syarat-syarat wali :
1.
Beragama Islam.
2. Seorang lelaki.
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil ( tidak fasiq ).
7. Seorang yang sempurna akalnya.
9.
Syarat-syarat saksi :
1.
Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam.
3. Berakal
4. Baligh
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur).
7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
8. Orang yang adil (tidak fasiq)
10.
Sighah Ijab:
1.
Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan
daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.
2.
Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.
Contohnya
: "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah
/ berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00
tunai ".
Sighah
Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri
ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi
oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.
Contohnya
: "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya
RM 40.00 tunai " .
11.
Tanggungjawab suami kepada isteri :
1. Pemberian maskahwin.
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik.
4. Memberi bimbingan.
5. Menjaga kehormatan isteri.
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.
12.
Tanggungjawab isteri kepada suami :
1. Wajib taat kepada suaminya.
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4. Wajib menjaga rumahtangganya.
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.
13.
Tanggungjawab bersama suami dan isteri :
1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan.
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.
Sumber
Rujukan :
1. Fiqh Imam As-Syafie - Hj. Idris bin Ahmad .
2. Ringkasan Munakahat - Ibnu Rahmat .
0 komentar:
Posting Komentar