Munakahat
> Bab 6: Walimah Al-Urus
PENGERTIAN
WALIMATUL ‘ARUS
Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan
pengantin baru.
Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat
kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat
keuntungan duniawi.
PENSYARI‘ATAN
WALIMATUL ‘ARUS
Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan,
maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya:
Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)
TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS
Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan
di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang
pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana
mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis
perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan
pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah
penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang
perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut
adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan
syara‘.
Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan
beberapa syarat seperti berikut:
1.
Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan
mahram.
2.
Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu
wata‘ala.
4.
Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang
cabul atau tidak sopan.
HUKUM MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat
dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kata
Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin,
hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih
seekor kambing".
HUKUM MENGHADIRINYA
Menerima
jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang
yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya
disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila
kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah
kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
SYARAT
WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG
i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
ii)
Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri
dari musuhnya.
iii)
Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan
maksiat seperti arak, judi dan joget.
iv)
Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan
yang bukan mahramnya.
v)
Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan
tetamu yang bukan Islam.
vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan
seperti emas, perak dan sutera.
vii)
Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
viii)
Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari
berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
ix)
Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.
0 komentar:
Posting Komentar